
Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam, semoga pengorbanan kita di terima di sisi Allah swt. Kepada yang berada di tanah suci, semoga selamat kembali ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur...
Tuesday, December 9, 2008
SaLAm aiDiL AdhA ...
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje
Saturday, February 23, 2008
Tidak salah jika mempunyai blog...
Sekian lama saya tidak meng'update'kan blog ini, bukan tiada kisah kehidupan.. atau cetusan rasa, terlalu banyak pentas kehidupan yang telah berlalu dan saya biarkan saja ia berlalu, tanpa memori di dalam blog. Bila pikir balik sayang la pulak.. paling kurang pun, molek jugak kalau saya cerita pasal pengalaman saya kini sebagai 'ustazah' atau pengalaman dari kursus yang baru saja selesai ahad lalu. Hmm.. entahlah... takut jugak pembaca akan boring mendengar kisah hidup saya. Kan??
Tajuk posting kali ini pun entah berkaitan dengan apa yang saya nak ceritakan atau tidak. macam banyak sangat nak ditulis.. cuma tak tahu nak start yang mana satu. lagi pulak,
Cuma sekarang ni, banyak betul aktiviti sekolah... yang berbentuk pertandingan ilmiah dan jugak pertandingan sukan. Selain merupakan guru kelas tingkatan 4A1, guru kaunseling dan kerjaya, guru badan dakwah di sekolah. Saya juga merupakan guru untuk pertandingan nasyid. dan hafazan al-quran.. Hari ini latihan nasyid sekolah di adakan.. entah kali ke berapa saya pun tak ingat. Kumpulan nasyid kali ini dibimbing oleh saudara Firdaus dari KIAS. Semoga menang la nanti yer bulan 3 ni nanti.:-) Saya sebagai guru penasihat mengharapkan yang terbaik untuk pelajar saya.
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje
Thursday, September 13, 2007
Dia datang lagi…
Dia datang lagi… ahlan wasahlan ya Ramadhan karim. Sukanya bila tiba bulan yang mulia ni. Hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dalam tahun 1428 Hijriah. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan blog dan seluruh umat Islam. (semalam saya tidak dapat menjadi makmum terawih dengan suami saya di masjid, berterawih hanya di rumah kerana menjaga anak).
Alhamdulillah kita masih dapat melakukan ibadah puasa pada tahun ini. Berapa ramai kaum keluarga, sahabat, saudara mara, jiran tetangga atau kenalan kepada kenalan kita yang sudah pergi meninggalkan kita. Bila tiba bulan ramadhan, saya pasti mengingati saat-saat terakhir ayah saya dijemput illahi 2 tahun yang lepas. Beliau meninggal dunia pada 10 ramadhan, pagi jumaat setelah solat subuh.. al-fatihah.
Semoga kita semua benar-benar memahami konsep puasa yang sebenar yang tidak hanya berpuasa pada makan dan minum saja tetapi pada semua anggota. Menjaga lidah daripada berbohong, mengumpat dan “jaga tepi kain” orang lain yang tiada kena-mengena. Jaga mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak. Juga kawal perut daripada makan minum yang haram atau syubhah.
Bersempena ramadhan yg mulia.. dengarkan. surah ar-rahman:
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
YouTube pilihan
Sunday, July 1, 2007
Hari ini dalam sejarah
30 Jun 2007 - Majlis penyampaian anugerah tokoh belia negeri Kelantan 20007
Assalamualaikum semua..
1 Julai 2007 . Hari ini dalam sejarah.. (hee.. laman srikandi kali ini nak bawa kita ke alam sejarah- sekadar nak imbau kembali peristiwa yang telah berlaku). 1 Julai merupakan hari ke-182 (hari ke-183 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory.
Dalam sejarah Malaysia pada hari ini, Gagasan Malayan Union di tubuhkan. British telah memperkenalkan pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union pada tahun 1946.
Singapura tidak termasuk dalam gagasan Malayan Union. Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris iaitu Sir Harold MacMichael untuk memujuk sultan-sultan menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union. Sir Harold MacMichael telah menggunakan tipu muslihat untuk mendapat tandatangan daripada sultan-sultan.
Perlaksaan Malayan Union telah ditentang oleh orang-orang Melayu dan sebilangan pegawai British atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya, British bersetuju membubarkan Malayan Union dan di ganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah di terima oleh orang-orang Melayu kerana syarat-syarat kewarganegaraan telah diperketatkan.
Antara yang menjadi peristiwa bersejarah dunia pula ialah :
1867 - Hari Kanada: Wilayah Kanada, Brunswick Baru, dan Nova Scotia bersatu di bawah Gabungan Kanada.
1904 - Sukan Olimpik pertama di Amerika Utara membuka di St.Louis, Missouri.
1916 - Hari pertama di Somme merupakan hari yang paling banyak menumpahkan darah dalam sejarah Angkatan Tentera British.
1991 -Pakatan Warsaw dibubarkan secara rasmi.
1997 - Kedaulatan Hong Kong, sebuah tanah jajahan British, dipindahkan kepada Republik Rakyat China untuk diperintah oleh Wilayah pentadbiran khas di bawah dasar "Satu negara, dua sistem".
Walau bagaimanapun, ada juga yang mempunyai peristiwa bersejarah pada hari ini… yang menyambut hari ini sebagai hari ulangtahun... apa2 sajer.. seperti anniversary ker, hari lahir ker.. apa sajer.
Hmm, selamat hari lahir buat saya sendiri.... :-)
Anugerah "tokoh ulamak muda" kepada suami saya semalam dalam majlis Anugerah Tokoh Belia Negeri Kelantan 2007, adalah hadiah yang bermakna buat saya sempena hari lahir saya pada kali ini... semoga semua dalam hidayahNya..
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
Diari,
Gambar,
Sejarah
Monday, May 28, 2007
Apa ada pada nama?
Nama sesuatu yang penting sebab dalam Islam, antara tanggungjawab mak bapak terhadap anak mereka ialah memberi anak nama yang baik. Menurut undang-undang negara kita pula, nama anak perlu di daftarkan dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran. Jadi, kena fikir baik-baik sebab gelaran ni lah dia nak guna sampai ke tua malah hingga di ‘sana’ pun nanti. Hmm… nak beri nama apa yer? Banyak sangat kalau nak list sebenarnya… tapi kalau mengikut pengalaman, abinya lah yang menang.. abi dia pula, biasa tak fikir banyak untuk nama.. kejab jer yang terlintas di kalbu.. itulah yang di kira. Saya pun tak kisah.. tapi kekadang kisah juga… aikss..
Kalau orang dulu-dulu, mereka suka taruh nama anak mereka denagn panggilan yang selalu mereka guna dalam seharian jer, mudah bagi mereka tanpa mengira makna dalam bahasa arab… (saya tak nak sebutlah contoh-contoh nama tu, kot nanti ada yang tersinggung.. hehe..)
Nama mencerminkan segalanya... Jadi, pilihlah yang terbaik buat mereka.
Ditulis oleh ummumuhib 1 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
Keluarga
Wednesday, May 16, 2007
Kisah dua ibu hamil

Hari ini 16 Mei sambutan Hari Guru di sambut di merata tempat.. ia disambut sebagai memperingati jasa dan penat lelah serta tabur bakti terhadap anak-anak didikannya... tetapi dalam sambutan yang menggalakkan kita bersikap terima kasih serta bersikap amalan murni ini ada pula kisah yang cukup menyayat hati, kedua-duanya kisah mengenai ibu yang hamil..
Sekali baca berita ni agak meyeramkan saya sebabnya tergamak si suami tendang perut isteri yang mengandungkan anak dia kerana si isteri tak mahu menggugurkan anak yang ada dalam kandungannya... ingatkan kes begini terjadi kalau anak tu anak luar nikah.. tapi ini sebaliknya, anak tu memang anak 'dalam nikah' tapi cuma masih belum mendaftar di Jabatan Agama Islam Kelantan je... di mana sikap penyayang lelaki tersebut? hilang sudahkah pertimbangan akal warasnya?
Dalam pada itu juga satu lagi berita sedih seorang ibu yang mengandung dua bulan (Rosmawati Rasidin, 27) maut ditimpa pokok kelapa sawit yang tumbang di bilik tidurnya di Jalan Tanjung, Kampung Batu 9, Sijangkang. Manakala suaminya Mohd. Arshad Aziz, 29, dan bayi mereka Nurul Azwa, 10 bulan selamat dalam kejadian tersebut.... takziah buat keluarga mereka.. semoga mereka bersabar atas ujian Allah swt.
Kedua-duanya berita tentang ibu hamil tetapi berlainan kisah... apa yang penting sama-samalah kita mengambil iktibar... Jadilah insan yang bertimbang rasa dan berfikiran positif.... dan... ingatlah ajal dan maut kita ada di mana saja... apabila datang masanya kita tidak dapat 'lari' dari ketentuan ajal yang telah pun Allah tentukan.... walau di mana... walau berapa pun usia kita.. walau apa pun sedang kita lakukan... doalah sentiasa, agar kita mendapat husnul khatimah...
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
Sekadar Tazkirah
Monday, May 14, 2007
Perihal Sang Semut
Ditulis oleh ummumuhib 1 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
Sekadar Tazkirah
Sunday, May 13, 2007
13 Mei... Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu Buat Bonda Tersayang
(Hjh Habsah binti Abdul Kadir dan Hjh Noriah Abd Rahman)
Umi.. ibu… mama… mak..mummy.. dan sebagainya… tak kisahla apa jua panggilan yang dipanggil untuk orang yang telah membawa kita ke dunia ini dengan izin Allah, seorang wanita yang sanggup mengandungkan kita sembilan bulan dengan penuh kerelaannya… dengan kepayahan dan penat jerih bertarung nyawa semata-mata mahu melihat kita selamat dan sihat keluar dari rahimnya. Tiada manusia yang mampu tersenyum dalam kesakitan… tiada insan yang mampu mengucup dalam kemarahan… hanya mereka…. mereka yang bergelar ibu..
Saya semakin memahami hati dan perasaan seorang ibu setelah saya sendiri bergelar seorang ibu.. (anak saya belum mampu untuk mengucapkan hari ibu untuk saya…hmm, sebab dia masih kecil). Hati saya akan berasa sayu apabila mengingati detik dulu.. kini dan selamanya ibu menatang bagaikan emas permata dengan belaian kasih dan sayang.. mereka berkhidmat untuk kita siang dan malam. Kalau ada nyamuk gigit sikit, pasti dia akan susah hati.. kalau kita demam sikit pasti dia akan risau.. kalau kita menangis sikit pasti dia akan runsing… mana ada insan lain seperti golongan mereka ini? Benarlah… syurga di bawah telapak kaki ibu.
Hari ini 13 Mei 2007, rakyat seluruh dunia menyambut Hari Ibu atau juga disebut Mothers Day. Ia disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun… hakikat yang sebenarnya, jasa mereka tak terbalas walau setiap hari kita menyambut Hari Ibu… tetapi sekurang-kurangnya Hari Ibu yang disambut ini menjadi ‘hadiah’ untuk mereka… dan yang paling penting, perlu sangat kita jadikan hari ini sebagai hari memuhasabahkan diri.. merenung kembali segala jasa mereka walau mereka tidak pernah mengharapkan balasan.
Pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka untuk kita memang tidak ternilai harganya dan tidak boleh di bayar dengan segala kekayaan serta kemewahan. Hati seorang ibu ini pasti cukup untuk merasa puas sekiranya kita mengingati dan menghormatinya sebagai tanda dialah yang sentiasa bertakhta di hati.
Mereka memang insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Rugilah mereka yang tidak menyayangi ibunya seperti ibunya menyayangi dia…Rugilah mereka yang tidak mahu mengambil kesempatan untuk mendapat ganjaran pahala kerana menjaga seorang ibu. Wahai insan bergelar anak, jagalah mereka sebelum mereka ‘pergi’.
Selamat Hari Ibu…. untuk semua insan bergelar ibu
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
Sekadar Tazkirah
Thursday, April 26, 2007
Cuti Pertabalan Yang Dipertuan Agong…

"Nak gi mana kita hari ni?", pasti itu yang menjadi mauduk perbincangan suami isteri untuk menghabiskan hari cuti umum yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada semua kakitangan di sektor awam bersempena pertabalan Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga dan anak-anak keluar bersama atau paling tidak, berada di rumah menghabiskan masa bersama isteri dan anak-anak. Walau bagaimanapun, tidak semua orang dapat menikmatinya setiap kali cuti.
Memang benar bagi sesetengah isteri, mereka akan rasa bahagia jika si suami sering bersama, makan bersama, keluar shopping bersama, ke taman bersama, mengajar anak bersama serta menonton televisyen bersama. Namun, bagi si isteri yang suaminya sibuk bekerja atau mempunyai program ceramah sana sini, pasti memahami apa yang saya rasa. Tetapi itu bukan bermakna saya tidak bahagia. Sukatan untuk menilai bahagia ni tidak sama bagi semua orang.
.
Dan saya tidak akan berkecil hati kerana di sinilah letaknya sikap memahami isteri terhadap suami yang terlalu sibuk setiap hari, siang dan malam.
Saya akan tetap rasa bahagia apabila suami tidak hanya bekerja untuk mencari nafkah dunia semata-mata tetapi juga keluar memberi manfaat kepada orang lain. Setiap kali keluar, sering saya berpesan minta agar berdoa untuk kesejahteraan keluarga. Doa orang yang bermusafir dan berjihad mudah dimakbulkan olehNya dan akan membawa keberkatan dalam hidup kita.
.
Bukankah ini semua di namakan pengorbanan dan perjuangan? Kepada kaum isteri… Ingatlah, hidup ini perlu berjuang bukan untuk bersenang….!
DIRGAHAYU BUAT TUANKU....
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
Keluarga,
Sekadar Tazkirah
Wednesday, April 25, 2007
Anak saya sukakan keyboard!
Ditulis oleh ummumuhib 3 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje,
Keluarga,
Muhib
Buat sesiapa yang tersesat.. masuk dalam blog ni… ana harapkan, dapatlah kiranya memberi sikit pandangan tentang satu ‘isu’. “Wanita, patut bekerja atau tidak?" Hmm.. saya pasti masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri. Jadi, apa salahnya berkongsi pandangan… :-)
Ditulis oleh ummumuhib 6 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje
Saturday, April 14, 2007
Penantian Seorang Ibu Berakhir...
Ditulis oleh ummumuhib 0 Komen untuk artikel ini
Ketagori :
Apa apa aje





