Tuesday, September 11, 2007

Aku hidup bermadu…?


Sesiapa jua tidak ingin hidupnya bermadu atau di madukan. Islam pada dasarnya membolehkan seseorang lelaki beristeri lebih dari satu dengan syarat suami harus dapat berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Namun, mampukah lelaki berlaku adil? persoalan yang sering di lontarkan dari pihak isteri untuk suami yang ingin isterinya hidup bermadu. Kenapa saya cerita bab madu- bermadu ni erk?? Entahlah yerk.
.
Saya juga hidup bermadu… hehehe.. jangan terperanjat kawan-kawan. Saya tidak bermadu dengan wanita lain.. tapi bermadu dengan perjuangan. Yerlah,dah tiap malam saya sering ditinggalkan oleh suami. Selain bekerja di siang hari, di sebelah malam pula suami saya memberi kuliah di masjid-masjid pada setiap malam… kekadang membawa ke lewat malam untuk tiba di rumah. Apatah lagi kalau tempat yang di tuju adalah tempat yang jauh. (kekadang ada jugak orang kol malam-malam, rasa bimbang gak- tapi pasrah jerlah- sebab dah yakin bangat kat suami). hmm.. entahlah.
.
Pernah suatu malam, muhib tak mahu tidur dan dia menarik-narik baju abinya (yang saya dah basuh cuma tak iron jer) dan tunjukkan pada saya, mungkin dia ingin bertanyakan “mana abi? Bila abi nak pulang?” kesian melihatnya begitu… tapi apa yang perlu saya lakukan sebagai seorang ibu? Saya cuba untuk memahamkan dia…
.
Tidak salah sekiranya kadang-kadang saya merasa sedikit sebak dan juga letih untuk mengasuh anak-anak seorang diri, tambahan pula ada si kecil yang berusia sebulan lebih. Mana nak uruskan jika pada masa yang sama yang kecil nak susu dan yang besar pun nak susu… jika yang kecil berak dan yang besar pun berak. Dan pada masa yang sama mereka berdua menangis.. Saya pula nak study.. nak menelaah pelajaran... Hmmm?


Tetapi saya sering memujuk hati agar sentiasa ikhlas dalam menjaga keluarga. bak kata pepatah arab- warak kul rajulin azim imraah. Bolehkah saya begitu? semoga begitulah hendaknya... begitu juga dalam mendidik anak dengan sebaik mungkin dan supaya keterbiasaan mereka melihat abi menelaah kitab sebelum memberi kuliah pada orang ramai menjadi ikutan buat mereka. Insyaallah..
.
Sesungguhnya islam tertegak seiringan dengan tertegaknya institusi ulama. Jadi, apalah salahnya jika saya menyokong segala perjuangannya dari belakang. Saya patut bersyukur mempunyai suami yang masa, tenaga dan ilmunya di manfaatkan untuk orang ramai.

5 comments:

Miss X said...

Sunnah hidup sebagai sayap kiri perjuangan.. Hidup memang begini, bukankah dunia ini penjara bagi orang mukmin? Buat itu tak boleh, lagho2 tak boleh. Hidup kita sebenarnya hanya di syurga.

Takut juga bila membaca artikel ukti ni. Entah bagaimana nasib kami puteri-puteri dakwah nanti. Bak kata seorang ustaz, 'Naqib jumpe naqibah, due-due rebah!' Rebah dari medan perjuangan. Rebah kerana terlalu menurut tuntuhan hidup berkeluarga.

Hm..

"Rabbana habla min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yun. Wa ja'alna lil muttaqinna imama"

Suhaiza Sa'at said...

uish, terkejut baca tajuk luahan hati yani ni... ingatkan betul2...

kalau betul, mmm...

so, isikan masa dengan benda-benda yang berfaedah... so, taklah boring. :)

Anonymous said...

assalamualaikum..

eida (kelawar hijau),

kenapa naqib jumpe naqibah perlu ‘rebah’? sepatutnya ia satu anjakan supaya terus berjuang.

tak semua akan ‘rebah’ dalam medan dakwah walaupun terlalu menurut tuntutan hidup berkeluarga. Malah ada yang terus istiqomah dalam perjuangan biarpun dia telah mempunyai anak-anak.tapi kecenderungan adalah berbeza. 'watak' juga berbeza... mengikut kemampuan.

Apa yang terpenting, fahami auwaliyat ,terus istiqomah serta ikhlaskan niat. insyaallah.

berdoalah... semoga kita tak lari dari landasannya :-)

Anonymous said...

ai, hehe..:-) sekadar tajuk la harapnyer...

memang banyak benda yg nak di buat..tapi tak terbuat.. apa nak buat (berapa banyak 'buat' daaa)

mujur ada blog ni...anyway,saya pun seorang pelajar,bnyk la benda nak di baca nyer.. :-)

ummu said...

assalamualaikum Ummumuhib,
apa khabar? salam taaruf ya.
saya terjumpa entry ni di googles.
sungguh suspens rasanya.apapun,memang kena sabar banyak bila kita sesorang hadapi anak-anak yang masih kecil