Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan yang bertandang ke blog saya.. maaf sesangat sebab dah lama takde pengisian...
Sekian lama saya tidak meng'update'kan blog ini, bukan tiada kisah kehidupan.. atau cetusan rasa, terlalu banyak pentas kehidupan yang telah berlalu dan saya biarkan saja ia berlalu, tanpa memori di dalam blog. Bila pikir balik sayang la pulak.. paling kurang pun, molek jugak kalau saya cerita pasal pengalaman saya kini sebagai 'ustazah' atau pengalaman dari kursus yang baru saja selesai ahad lalu. Hmm.. entahlah... takut jugak pembaca akan boring mendengar kisah hidup saya. Kan??
Tajuk posting kali ini pun entah berkaitan dengan apa yang saya nak ceritakan atau tidak. macam banyak sangat nak ditulis.. cuma tak tahu nak start yang mana satu. lagi pulak, Muhib dan mujib demam panas dua tiga hari ni, batuk dan selsema. Suhu mereka naik semalam sampai 40 darjah selsius. demam pilihan rayakah?? Panik jugak saya.. Saya dah kasi ubat namun tak berapa kebas. Sapu air asam jawa kat badan diorang dan tuam dengan air sejuk.. alhamdulilah, hari ini dah susut panas mereka.. alhamdulillah.
Sekian lama saya tidak meng'update'kan blog ini, bukan tiada kisah kehidupan.. atau cetusan rasa, terlalu banyak pentas kehidupan yang telah berlalu dan saya biarkan saja ia berlalu, tanpa memori di dalam blog. Bila pikir balik sayang la pulak.. paling kurang pun, molek jugak kalau saya cerita pasal pengalaman saya kini sebagai 'ustazah' atau pengalaman dari kursus yang baru saja selesai ahad lalu. Hmm.. entahlah... takut jugak pembaca akan boring mendengar kisah hidup saya. Kan??
Tajuk posting kali ini pun entah berkaitan dengan apa yang saya nak ceritakan atau tidak. macam banyak sangat nak ditulis.. cuma tak tahu nak start yang mana satu. lagi pulak,
Cuma sekarang ni, banyak betul aktiviti sekolah... yang berbentuk pertandingan ilmiah dan jugak pertandingan sukan. Selain merupakan guru kelas tingkatan 4A1, guru kaunseling dan kerjaya, guru badan dakwah di sekolah. Saya juga merupakan guru untuk pertandingan nasyid. dan hafazan al-quran.. Hari ini latihan nasyid sekolah di adakan.. entah kali ke berapa saya pun tak ingat. Kumpulan nasyid kali ini dibimbing oleh saudara Firdaus dari KIAS. Semoga menang la nanti yer bulan 3 ni nanti.:-) Saya sebagai guru penasihat mengharapkan yang terbaik untuk pelajar saya.
No comments:
Post a Comment