Selesai tugasan mengajar di sekolah, saya tidak terus pulang ke rumah, saya masih di meja.. ingin mengambil masa berharga ini utk menelaah subjek " sistem undang-undang di malaysia" , sambil menanti kelas tambahan yang berlangsung kul 3ptg. perjalanan hari ini seperti hari-hari biasa di sekolah kecuali sedikit tekanan kerana saya hampir menempuh peperiksaan tak lama lagi.
Balik dari sekolah saya terus solat asar.. mengemas apa yang patut.. dan.. online... mencari apa sajer maklumat yang saya inginkan, tanpa ketinggalan terus ke pautan web suami saya..
"hujan" tiba membasahi pipi saya selepas membaca posting suami saya hari ini di dalam webnya. saya melihat gambar-gambar lama muhib.. terkenang memori ketika membesarkannya.. senyumamnya.. keaktifannya dulu.. keceriaannya, senyumannya dulu...
Bagaimanakah hati seorang bapa dapat mengungkap bait-bait "syahdu" seperti ini jika tidak kerana sama-sama merasai apa yang saya rasa.. lantas, hati saya yang saya rasa 'kuat' kembali bergelinang.. tapi saya sedar, ada insan lebih sukar dari kami. Ya Rabb.. gantikanlah kekurangan ini dengan kelebihan..
Bicara Buat Anakanda
Lahirmu membawa kebanggaan pada ayah bonda,
Ketika laungan azan Jumaat terbang ke udara,
Kau hadir bagi menyambung perjuangan ayahanda,
Sungguh, hanya air mata abi menjadi saksi,
Sewaktu tangisan pertamamu menerjah ke telinga,
Syukur dan tahmid tidak pernah putus
Kerana hadirnya anakanda…
Kau sudah mula membesar..
Biar apapun bicara mereka
Kau tetap anak kami… ayah dan bonda,
Selagi hayat kami dikandung badan,
Kau akan kami lindungi
Kau tetap buah hati kami
Temanilah kami sepanjang hayat.
Anakanda,
Dindamu memanggil-manggil dirimu,
Ayah bonda menyeru-nyeru namamu,
Ketahuilah, kami akan sentiasa menyayangimu
Walau ke mana kaki kami melangkah,
Hati kami sentiasa bersamamu
Takkan kami biarkan dirimu keseorangan,
Menongkah arus hidup dalam cabaran mengganas ini,
Memang, dunia ini terlampau ganas untukmu,
Namun, kau perlu terus berjuang,
Andai hayat kami berakhir,
Teruskanlah hidupmu wahai anakanda,
Kau punya doa kami,
Dengan izin Allah, kau kan punya adinda-adinda,
Allah akan memeliharamu.
Anakanda,
Bicaramu mungkin tersembunyi di benakmu,
Namun, hari itu pasti akan tiba juga,
Pada saat kamu akan menjadikan hati kami bangga,
Kalau tidak di sini, pasti di sana….
2 comments:
Terima kasih kerana mengunjungi blog ligakampung..
Saya berharap anda tabah dan kuatkan semangat anda... Walaupun saya belum berumahtangga namun anak merupakan rahmat dariNYa..
terima kasih atas bantuan, saya berharap dengan tautan yg zool tolong bina tu,sedikit sebanyak membantu meringankan "beban" saya.
Post a Comment