Hmm.. laman srikandi kali ingin membawa anda semua ke alam ‘kesuamian’.. ‘memuji isteri’ sesuai untuk bacaan bagi insan yang bergelar suami…tapi kalau orang perempuan baca pun apa salahnyer…. kan?
Sebagai seorang isteri mestilah kita sering ingin dipuji oleh suami kita.. betul tak? Rasanya takde isteri yang tak nak suaminya memberi pujian kepada dia. Bukan nak menggalakkan untuk jadi riak atau bangga ker apa ker…jauh sama sekali, tapi perasaanya akan membuatkan kita berasa diri dihargai dan disayangi.. betul tak wahai sekelian isteri?
Yelah, dari bab memasak lauk pauk.. membuat hidangan petang… membuat air.. mengasuh anak.. membasuh baju… menyeterika pakaian… menyelenggarakan rumah… memenuhi kehendak suami dan sebangainya… takkan sikit pun tak boleh nak bagi pujian, kan? Sebenarnya bagi seorang isteri, pujian akan menjadikannya lebih ‘semangat’ untuk melakukan kerja rutinnya…
Tapi kekadang kalau suami tak pernah nak bagi pujian walaupun dah hidup bersama berpuluh tahun… tiba-tiba memberi pujian pada kita.. ish… gerun jugak tu.. kot ada ‘something wrong’ jer… contohnya, isteri buat nasi lemak, suami yang selama ni tak pernah nak bagi pujian tetiba buat pujian mengejut… tentulah si isteri akan rasa ‘ada udang di sebalik mee’… kekadang benda yang tak patut beri pujian di beri pujian, macammana si isteri nak percaya.. jadi, kalau nak puji tu biarlah bertempat yer…
Seharusnya isteri perlu ada rasa percaya dan yakin pada suami dalam hidup berumah tangga.. janganlah su’uz zann (bersangka buruk) terhadap suami… suami pula janganlah membiarkan isteri dalam berkeadaan demikian… nanti hilang harmoninya…
Sebenarnya kita boleh bezakan antara pujian yang diberikan pada kita ikhlas atau tidak. Pujian yang ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada si penerima sebenarnya. Jadi, Pujilah isteri anda dengan teknik-teknik yang betul supaya isteri bertambah kasih dan sayangnya kepada anda. Memuji isteri dengan cara yang betul akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri , antaranya ialah:
a.Isteri akan berasa dirinya sangat istimewa dan berbeza daripada wanita-wanita lain.
b. Keyakinan diri si isteri akan naik dan keupayaannya akan meningkat.. Hasilnya dia akan dapat meninggikan lagi prestasinya.
c.Keyakinan isteri terhadap diri suami akan bertambah teguh.
d. Isteri akan bertambah yakin bahawa hubungan perkahwinannya masih kukuh.
e. Isteri akan bertambah yakin bahawa dirinya masih disayangi.
f. Si isteri merasa yakin bahawa cara dia melayan suami adalah betul, seperti yang dikehendaki oleh suami.
g. Estim-diri si isteri akan meningkat.
h. Isteri akan bersikap lebih terbuka untuk mendengar nasihat dan teguran daripada suami.
Percayalah…. jadi, janganlah lupa untuk memuji isteri anda... yer? hmm... :)
3 comments:
hee..best gak posting ni. tp benda2 camni kena start dari awal. kalau tak mmg akan timbul rasa janggal. tp kalau blum start pun, never too late to change.
betul danialle... that's true
saya nak kongsi rasa kat sini...nak cerita la ckit, sepanjang perkahwinan saya selama 2 tahun ni tak pernah dapat pujian dari suami walau dalam apa2 sekalipun...memang rasa sedih sgt, rasa diri ni sama je dgn orang lain..kadang2 saya sendiri kena tanya dia..cantik ke bang?,sedap tak bang? pandai tak saya buat bang?....tlg komen sikit ye...
Post a Comment