Oleh Rohaniza Idris
Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak2
AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain.
Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’ walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.
Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.
Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.
“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.
“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya
Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.
Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.
“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)
“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.
Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.
“Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.
Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.
Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.
FAKTA: Percakapan kanak-kanak
INFO: Tip membantu anak bercakap
6 comments:
alhamdulillah..
saya juga mempunyai anak yang lambat bercakap. sekarang berumur 1 tahun 7 bulan dan masih belum mula bercakap, yang dia cakap hanyalah ma, ayah, nak, mamam.. itu je, yang lain adalah bahasa dia sendiri.
selepas membaca artikel ini, saya akan cuba untuk memperbanyakkan aktiviti berbual dengan anak saya,
terima kasih.
MiMi - banting, selangor
salam mimi. terusakan usaha mengajar anak yer.. lakukan yg terbaik utk anak kerana ia amanah kita sebagai ibu bapa :-)
saya sebenarnya risau sebab anak saya dah 1 tahun 10 bulan tapi masih belum bercakap.apa yang saya dapat lihat anak saya tak mahu gerak kan lidahnya macam susah sangat. risau sangat.
hi anonymous, mcmana anak anda skg? sbb anak saya yang dah menjangkau 1 tahun 8 bulan pun belum bercakap lagi..dia cuma boleh memanggil abah,ma.. itu saja..paed ada mengesyorkan dia menjalani ujian dgn pakar dia HTAR..
slm...ank sy jg mmpnyai masalah lmbat berckp...skg usianye sudah 2thn2bln...masih blm blh menyebut 1 pn perkataan,,,walaupn 'ayah ke ibu' suara yg keluar cme 'arrr...dadaa' saja..dia baru mjalan kn proses pmbersihan telinga pd bln lps...skg ada sedikit perubahan dia mnggunakan bhsa isyart...sperti menarik tangan ke arah yg dia ingin pg...adakah ini proses permulaan utk dia berckp?
Post a Comment