Bismillah dan assalamualaikum warahmatullah..
Mungkin disebabkan penat belajar pagi tadi di nasom, Muhib lena jer.. lama dia tidur tengahhari tadi.. (moga2 malam ni pun dia tidur awal dan lena). Muhib sekarang tidak lagi berada di nursery iQ anakku tetapi kami tinggalkan dia di pusat autisme USM-NASOM yang baru bermula pada hari ini. bermula jam 8pagi hingga jam 12 tengahhari.
Balik USM... Saya tinggalkan Muhib seketika tengah hari tadi kerana di sekolah ada latihan dan saringan sukan.
Mempunyai anak autisme memang agak memenatkan dan memaksa kita untuk lebih "kuat" sebab segala pengurusan dirinya perlu kita jaga dan uruskan. Kebiasaan anak autisme ini sukar utk tidur malam, sukar untuk makan, sukar untuk bergaul dengan orang lain, apatah lagi mereka ini sukar untuk bertutur!.
Muhib kebiasaannya pada setiap malam, tidurnya akan terganggu.. dan menagis dengan kuat pada pukul 2 atau 3 pagi. itulah rutin tidur malamnya. untuk tidak mengganggu tidur jiran lain, abinya akan membawanya menaiki kereta, akhirnya dia tidur berbilikkan dalam kereta dan berkatilkan kusyen kereta.
Dari aspek pemakanan pula, Muhib cerewet terhadap semua jenis makanan kecuali kuih kapit dan kacang pistacio. Kalau saya mengambil masa 30 minit untuk memasak lauk pauk, bila dah sudah, dalam masa 2 minit jer dia terus berlari kerana tak mahu makan. tak berbaloi saya memasak.. kekadang saya paksa jugak dia makan, tp nampak tensen dia.. kesian pulak.
Berat untuk berkata2 tapi berat lagi bahu yang memikul. Untuk parent yang ada anak autisme janganlah berputus asa.. insyaallah, Allah takkan uji kita kalau kita sendiri tak mampu utk pikulnya, kita sesama berkongsi.. cubalah:
1. Lihat anak dari aspek kelebihan jangan lihat anak dari aspek kekurangan.
Khamis lalu, Muhib dah pandai tadah kedua belah tangan dan mengaminkan, sambil menyebut amin... itulah detik bahagia buat saya sebagai ibu.. sebab muhib dah boleh tahu konsep tersebut. Dia juga terlalu obses pada kain telekung labuh saya. kalau saya balik kerja,dia akan pegang dan peluk serta seret ke merata-rata tempat kain tudung saya itu. walaupun agak tidak normal pelakuannya, saya akan anggap itu sebagai satu kelebihan dia.
2. Jangan jemu dan malu mencari maklumat.
Anak sebegini Allah kurniakan pada kita, jangan jemu untuk kita mencari maklumat serta informasi baru. Biasanya saya dapat maklumat melalui terapis dan web site. banyak dalam tenet.
3. Memilih terapi dan mencari penawar utk anak.
walaupun kajian mengatakan bahawa tiada ubat utk autisme, perlu kita membawanya menjalani terapi di hospital atau private punya terapi, terutamanya occupation terapi dan speech therapy. Bebaru ni, kami bawa Muhib bertemu dengan Dato' Doktor Harun Din.. lepas ni ingin bawa mengurut refleks... dulu makan ubat homopati.. utk cucuk akupuncur saya tak berani nak bawa dia.. stemcell pun saya tak berani..
4. Berkongsi dengan parent yang ada anak autisme yang lain.
Melalui perkongsian cerita, pengalaman, tempat berubat dan kaedah terapi anak autisme lain ianya sungguh bermakna dan berharga buat saya. ini kerana hanya ibu bapa yang mempunyai anak sebegini sahaja yang faham perasaan dan pemikiran kita. melaluinya, saya dapat ramai sahabat baru yang boleh kami syer... tambahan pula, parent support usm baru ditubuhkan.. baguslah.
5. Peranan keluarga yang sangat besar.
masa bersama keluarga adalah masa yg paling penting utk anak ini berinteraksi dgn ahli keluarga. sama ada keluarga kecil atau keluagra besar. ahli keluarga kena faham dan beri galakkan utk anak istimewa ini. tok, nenek, mak saudara,pak sedara, adik beradik pesakit autisme memerlukan anda..
6.Janganlah memukul anak.
Tipu kalau saya kata, saya tak pernah pukul Muhib.. pernah... time saya panggil dia buat tak tahu. time dia mengamuk tak tahu kenapa.. time dia menjerit yang saya dah habis cara utk memujuknya.. tp makin kuat dia menangis.. masa tu, hilang dah sabar.. terus jer naik tangan,walaupun niat hanya utk mendisiplin dan mendidiknya.. tapi lepas tu, saya akan menyesal atas kekasaran saya. menangis sendiri!!
7. Ajaklah dia belajar bersosial.
Mujib suka panggil abangnya Muhib dgn panggilan- abee.., Mujib baru berusia 19 bulan tapi dah tahu buat ayat guna 2-3 patah perkataan. selalu dia panggil Muhib utk ajak bermain atau makan. saya akan galakkan mereka bertepuk bersama.. bermain bola besar bersama.. dan sebagainya. dengan sepupunya pun Muhib agak kurang bersosial memandangkan ramai daripadanya adalah lebih besar darinya. cuma ada 3 orang daripada berbelas-belas orang sepupu dia yang leih kurang seusia dengan muhib. jadi, saya selalu cipta permainan kalau mereka bersama. biasanya Muhib akan mengalah macam tu jer... takpelah,yg penting kita ciptakan suasana permainan bersama.
8. Janganlah terlalu membandingkan keadaan anak kita dengan anak yang normal.
biasalah mak ayah mana tak mahu anak dia hidup normal. tapi bila Allah dah uji begini, kenalah juga kita faham.. anak autisme tak sama dengan anak normal yang lain. jadi kita jangan lah sedih sangat bila tengok anak kita kurang berbanding budak lain. kenalah bawa bersabar selalu. dibimbangi kalau kita selalu membandingkan dangan anak normal, kita jadi patah semangat nak terapi anak autisme ni.
tetapi apa yg saya nak syer di sini, ada jugak orang yang selalu membangga-banggakan anak diorang di depan saya di tempat kerja walhal dah tahu saya mempunyai anak autisme.. saya faham mereka sememangnya tidak bermaksud apa-apa.. sekadar bercerita.. bahkan saya benar-benar tumpang gembira atas perkembangan anak-anak mereka. tetapi saya terasa hati apabila ada yang tergamak berkata dengan sengaja di dalam perbualan kami ramai-ramai : "anak yani jauh beza (ketinggalan jauh) berbanding dengan anak dia". Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya tika itu.
9. Menerima anak dengan segala kekurangan dan kelebihannya.
Terimalah seadanya anak kita.. ingatlah, Allah takkan uji kita jika kita tidak mampu memikulnya. hari ini kita susah insyaallah, Allah balasnya dengan pahala dan kesenangan di masa hadapan. insyaAllah.. jadilah parent terbaik utk anak autimse anda... mereka sungguh istimewa!

9 comments:
Assalammualaikum,
Alhamdullillah Yanie dah hantar Muhib ke Nasom .
from Kak Hidayati
apa kaedah digunakan utk mengajar ke tandas, latihan sokongan yg digunakan di rumah bg membantu perkembangan kanak2 autisme..wassalam (from: ani)

tq for info sharing..
moga lil muhib membesar sbg si manja yang menghibur hati ibu ayah..
ani, toilet trainer tu.. bagus dibuat utk anak2 mcm ni. kena tetapkan satu masa utk dia tak pakai lampin pakai buang tu. contohnya jam 10 pagi. kita ajar dia ke tandas.. duduk ats mangkuk tandas tu (lapik dgn alas duduk mangkuk tandas yg kanak2 punya- potty training) ajar sekali dalam sehari.. lama kelamaan. dua kali sehari.. then, 3kali sehari.. seterusnya sampai dia terbiasa.. muhib pun dalam proses.ok ani.
terima kasih ummumishkah
Saya ibu kepada seorang anak autisme berusia 3 thn.. Terima Kasih kerana berkongsi.. Kini saya x rasa lagi keseorangan kerana mendapat 'kekuatan' dari blog ini.. Terasa amat besar anugerah Allah pada kami.
Yani, semoga terus berkongsi maklumat berguna ttg anak autisme ini.
insyaallah ... semoga kita sesama kuat.. kini, saya sering berfikiran positif utk muhib.dia pun kini ada kemajuan.harap ank azura pun semakin pulih . sesama kita buat yg terbaik :-)
Assalm...ank sulong saya juga adalh knk2 autistik..saya pasrah dan redha menerima anugerah Allah ini kpd saya...saya juga ada terpk utk membw ank berjumpa dr haron din...masa puan membwa ank puan..ape komen dato? Ada tak rawatan or ubat yg diberikan?
Post a Comment