Saturday, July 18, 2009

Muhib and Mujib


Bermula kalam dengan lafaz Bismillah...


Lama sangat dah tak update blog ni,tp kalau nak buat alasan memanglah.. beribu alasan ler saya bleh buat.hehe... hmmm, tapi memang betul... hari tu, modem kat umah asyik rosak, ingatkan sebab wayerles, tp bukan pun.. ditambah dengan kesibukkan kerja dan anak-anak menghadkan aktiviti yang saya suka selama ni.


(teringin sangat nak bawa Muhib terapi guna dolphins)

Hari ni saya cukup gembira atas perkembangan Muhib. selain Muhib selalu nampak ceria dia juga nampaknya suka explore tempat lain. tidak statik macam dulu.. cuti hujung minggu kali ni saya gunakan sepenuhnya utk "menterapi" Muhib. Muhib nampak lebih pick up berbanding dulu. alhmadulillah...

Gembira dengan perkembangannya, saya pasti akan teringatkan pada kanak-kanak senasib dengan muhib.. bagaimana khabar agaknya dengan anak kak anis? anak kak hayati? anak kak nah? anak doktor ramizaz? anak khursiah? aimier? haziq? anak YB ilyas? anak puan zaharah? anak sue? anak jue?

Harap semua anak-anak mereka ada perkembangan yang baik.. insyaallah sesama doakan. dan kuatkanlah semangat..

p/s: Selalu saya ceritakan tentang Muhib dalam blog kekadang jadi lupa tentang Mujib yang petah bercakap dan suka bersoal jawab.. baru jer mencecah 2 tahun 2hari lepas. memang penghibur kami sekeluarga..:-)

4 comments:

sitisifir10 said...

Alhamdulillah...teringat kembali sajak ustaz buat satu masa dulu, di mana satu hari Muhib akan buat dua ibubapanya bangga. Insya ALLAH masa tu akan tiba

سُمَيَّة وصَفِيَّة said...

Salam perkenalan Yanie.. Saya teruja betul bila nampak nama Ummu Muhib di blog UmmuMishkah.. Kenapa yer? Sebabnya adalah, satu-satunya insan yang bertahta di hati saya adalah bernama Muhib.
Bila saya bukak blog ni dan lihat sepintas lalu gambar-gambar dan beberapa patah perkataan yang ditulis, keterujaan dan senyuman memanjang saya tadi terus bertukar menjadi tagisan...( nasib baik anak-anak dah tido, kalau tak bila diorang nampak mesti tanya kenapa Mama nangis..) Tak tahu kenapa saya begitu emosi..
Saya doakan semoga Muhib Yanie nanti akan menjadi kebanggaan buat Yanie & keluarga. Percayalah hanya mereka yang terpilih saja diberi ujian sebegini oleh Allah, kerana Dia Maha Mengetahui segalanya...
Dan saya juga doakan semoga Allah memberikan Yanie kesihatan dan kekuatan mental serta fizikal yang berterusan untuk menjaga kesayangan Yanie terutamanya Muhib Yanie yang hensem tu ":).
Kalau tak keberatan, sampaikan ciuman saya buat Muhib...

Salam with LOVE,
Isteri Muhib aka MamaSS

Areniece said...

assalamualaikum..
saya pun sama..tiba-tiba je hujan gerimis, terasa berat mata memandang, tapi bahu yg memikul lebih tahu...tahniah buat saudari yanie dan suami kerana tabah dengan ujian Allah...actually saya adalah guru pendidikan khas,masih baru dalam bidang ni.rasanya ilmu saudari melebihi dari apa yg saya tahu.so harap boleh berkongsi ilmu tentang dunia anak istimewa ni ye.saudari ni guru maahad muhammadi (p) ke?

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!