Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI)
Keluarga boleh menghantar si kecil di beberapa rumah khusus untuk melatih si kecil berdikari
PADANG kecil yang terletak di antara dua buah rumah teres setingkat itu tiba-tiba menjadi riuh rendah dengan sebilangan kanak-kanak berebut-rebut memanjat dan bermain gelungsur. Terik matahari yang menggigit kulit langsung tidak diendahkan walaupun kebanyakan mereka juga berpuasa.
Tanpa deringan loceng, tepat 12.30 tengah hari, kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah autisme itu bagaikan cacing kepanasan kerana dapat merasakan waktu belajar di Rumah Kanak-Kanak Autistik di Jalan Chan Chin Mooi itu sudah tamat.
Sememangnya mereka dianugerahkan dengan keistimewaan yang tidak dimiliki orang lain. Tidak perlu melihat jam atau diberitahu guru, mereka juga dapat merasakan ibu bapa masing-masing sudah menunggu di luar untuk membawa mereka pulang.
Ketika pelajar sebelah pagi berpusu-pusu keluar, pelajar sebelah petang pula sudah siap sedia di dalam bilik darjah masing-masing. Walaupun terdapat dua rumah, hanya rumah di belakang yang mempunyai tiga bilik dan ruang tamu digunakan untuk aktiviti pembelajaran.
Kehadiran tetamu daripada media dan Procter & Gamble (
Megat Ahmad berkata, usaha P&G wajar diberikan sokongan oleh orang ramai. Hasil sumbangan itu bakal digunakan untuk membina bilik bacaan dan komputer di rumah berkenaan.
“Nasom mempunyai 15 pusat bagi menjalankan program intervensi bagi kanak-kanak autistik berusia antara dua hingga 14 tahun. Tiga pusat lagi bagi latihan vokasional di bawah program pengesanan keperluan khas. Autisme adalah penyakit yang tidak boleh diubati, tetapi penghidapnya boleh dilatih sehingga mereka mampu berdikari. Usaha perlu dilakukan bagi membantu memberikan kemahiran hidup kepada kanak-kanak ini agar mereka boleh berdikari seperti orang lain,” katanya.
Megat yang juga mempunyai anak lelaki autistik mengakui membela kanak-kanak begini amat sukar kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan kadangkala agak pelik. Katanya, anaknya itu pernah hilang beberapa kali kerana pergerakannya sukar dikawal.
“Memang bukan senang hendak mengawal kanak-kanak autistik. Anak saya sendiri pernah hilang empat jam. Rupa-rupanya dia berjalan kaki tanpa kasut sejauh
“Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah diletakkan di bawah program intervensi awal. Sebaik dimasukkan ke sini, mereka akan dinilai dari segi keupayaan menjaga diri sendiri seperti tahu ke tandas, memakai kasut, baju dan sebagainya. Jika mereka tidak boleh, kita akan ajar peringkat demi peringkat asas menjaga diri,” katanya.
Beliau berkata, kira-kira 30 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke rumah berkenaan memiliki asas ini akan diserap ke program pertengahan iaitu belajar ko-kurikulum yang ada disediakan. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan sehingga setahun sebelum melangkah ke peringkat lanjutan dan kemahiran vokasional seperti membuat kek serta roti selain cucian pakaian.
“Sistem akademik di sini sudah tentu berbeza dengan sekolah biasa. Walaupun kelihatan normal, mereka tidak boleh ke sekolah biasa kerana tahap pemikiran mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Sesetengahnya tidak boleh bercakap. Bagaimanapun, bukan mustahil untuk mereka belajar lebih tinggi kerana pada tahun ini kita mempunyai dua pelajar iaitu Lu Kok Choon dan Khairul Hazim Zainuddin yang masing-masing berusia 14 tahun bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kalau mereka lulus, kita akan
Selain aktiviti dalam kelas, kanak-kanak itu juga terbabit dengan aktiviti luar seperti menunggang kuda di Kelab Polo Diraja Selangor setiap Selasa ataupun berkhemah di dalam kawasan rumah berkenaan. Sehingga kini, terdapat 83 kanak-kanak di rumah berkenaan.
INFO: Apakah yang ditawarkan Nasom?
Program:
Intensif intervensi awal (2 hingga 5 tahun) Kemahiran: Asas diri, pertuturan dan komunikasi,
intervensi tingkah laku, pertumbuhan motor.
Intervensi awal (5 hingga 7 tahun) Kemahiran: Pengubahsuaian tingkah laku, kemahiran kehidupan harian, kognitif dan pra akademik.
Hala tuju utama (5 hingga 7 tahun)Kemahiran: Pengubahsuaian tingkah laku, kemahiran kehidupan harian, kognitif dan akademik, komunikasi dan sosial.
Elementari (7 hingga 12 tahun) Kemahiran: Pengurusan tingkah laku, sosial dan akademik.
Pra vokasional (12 hingga 14 tahun) Kemahiran: Sosial, fungsi akademik dan bantuan diri.
Vokasional Kemahiran: Sosial, akademik, bantuan diri, kemahiran membuat bakeri, pencucian pakaian.
Telefon: 03-40223744
emel: nasom@streamyx.com
Oleh Halina Mohd Noor halina@bharian.com.my
Berita Harian, 13 September 2008
No comments:
Post a Comment