Thursday, May 21, 2009

Sebuah catatan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari ini saya pulang agak lewat dari SMU (A) HAMIDIAH, ada solat hajat dan tazkirah di sekolah, selepas selesai saya megimamah solat zohor dan solat hajat serta memberi tazkirah kepada para pelajar di musalla sekolah, masa tu semua guru dah pun pulang ke rumah, cuma tinggal beberapa guru di situ. Puas hati saya sebab dapat "meleter" kecaknaan tentang peperiksaan pertengahan tahun yang sedang berlangsung.. bila sibuk gitu, terlupa yang anak kat umah demam (adakah aku ibu yang tidak mithali..?), terus jer balik ke umah...

Rumah agak bersih hari ni. hmm.. sebab semalam saya "rajin", habih area saya buat rombakkan. al-maklum, suami nak pulang dari sabah setelah duk situ selama 6 hari.. Barangkali Mujib demam kes ingat kat abi dia.. mugkin ker?

Muhib pula, pihak nasom dari pusat datang ke sini utk temubual dengan parent. setiap parent masing-masing dah ada jadual utk di interview. semuanya di catat oleh 2 petugas dan kami di beri borang utk di isi, bila dah beres semua akan di mesyuaratkan utk tahu rawatan apa yang sesuai utk Muhib, sebab setiap budak autism berbeza..

Friday, May 15, 2009

Sinar untuk kanak-kanak autistik

Disediakan oleh PUAN MUNIRAH BINTI SABRAN (Penyelaras PPKI)


Keluarga boleh menghantar si kecil di beberapa rumah khusus untuk melatih si kecil berdikari


PADANG kecil yang terletak di antara dua buah rumah teres setingkat itu tiba-tiba menjadi riuh rendah dengan sebilangan kanak-kanak berebut-rebut memanjat dan bermain gelungsur. Terik matahari yang menggigit kulit langsung tidak diendahkan walaupun kebanyakan mereka juga berpuasa.


Tanpa deringan loceng, tepat 12.30 tengah hari, kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah autisme itu bagaikan cacing kepanasan kerana dapat merasakan waktu belajar di Rumah Kanak-Kanak Autistik di Jalan Chan Chin Mooi itu sudah tamat.


Sememangnya mereka dianugerahkan dengan keistimewaan yang tidak dimiliki orang lain. Tidak perlu melihat jam atau diberitahu guru, mereka juga dapat merasakan ibu bapa masing-masing sudah menunggu di luar untuk membawa mereka pulang.


Ketika pelajar sebelah pagi berpusu-pusu keluar, pelajar sebelah petang pula sudah siap sedia di dalam bilik darjah masing-masing. Walaupun terdapat dua rumah, hanya rumah di belakang yang mempunyai tiga bilik dan ruang tamu digunakan untuk aktiviti pembelajaran.


Kehadiran tetamu daripada media dan Procter & Gamble (Malaysia) Sdn Bhd (P&G) langsung tidak dipedulikan. Ada juga yang nakal cuba menarik kamera jurugambar dan tidak mahu melepaskan mikrofon wartawan televisyen yang menemuramah mereka. Sesi lawatan itu diadakan selepas majlis perasmian kempen amal P&G Gandakan Kegembiraan Hari Raya bagi menyalurkan dana kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom). Ia dirasmikan Pengurus Perhubungan Awam P&G, Zadil Hanief Mohamed Zaidi. Turut hadir, Presiden Nasom, Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin.


Megat Ahmad berkata, usaha P&G wajar diberikan sokongan oleh orang ramai. Hasil sumbangan itu bakal digunakan untuk membina bilik bacaan dan komputer di rumah berkenaan.


“Nasom mempunyai 15 pusat bagi menjalankan program intervensi bagi kanak-kanak autistik berusia antara dua hingga 14 tahun. Tiga pusat lagi bagi latihan vokasional di bawah program pengesanan keperluan khas. Autisme adalah penyakit yang tidak boleh diubati, tetapi penghidapnya boleh dilatih sehingga mereka mampu berdikari. Usaha perlu dilakukan bagi membantu memberikan kemahiran hidup kepada kanak-kanak ini agar mereka boleh berdikari seperti orang lain,” katanya.


Megat yang juga mempunyai anak lelaki autistik mengakui membela kanak-kanak begini amat sukar kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan kadangkala agak pelik. Katanya, anaknya itu pernah hilang beberapa kali kerana pergerakannya sukar dikawal.


“Memang bukan senang hendak mengawal kanak-kanak autistik. Anak saya sendiri pernah hilang empat jam. Rupa-rupanya dia berjalan kaki tanpa kasut sejauh lima kilometer. Dia juga pernah hilang di pusat beli-belah. Seperti kanak-kanak autistik lain, hobinya juga pelik. Ada satu masa, dia gemar menggunting tali pinggang dan satu masa lagi menggunting beg tangan. Hobi ini biasanya tidak lama dan bertukar-tukar,” katanya.Sementara itu, penyelia dan guru rumah berkenaan, Hasliza Abd Hamid, berkata ibu bapa boleh menghantar anak ke rumah berkenaan sebaik saja anak mereka disahkan doktor menghidap autisme. Lazimnya autisme boleh dikesan pada usia tiga hingga empat tahun. Bagi kes lebih sederhana, ia mungkin dikesan pada usia lima hingga enam tahun.


“Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah diletakkan di bawah program intervensi awal. Sebaik dimasukkan ke sini, mereka akan dinilai dari segi keupayaan menjaga diri sendiri seperti tahu ke tandas, memakai kasut, baju dan sebagainya. Jika mereka tidak boleh, kita akan ajar peringkat demi peringkat asas menjaga diri,” katanya.


Beliau berkata, kira-kira 30 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke rumah berkenaan memiliki asas ini akan diserap ke program pertengahan iaitu belajar ko-kurikulum yang ada disediakan. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan sehingga setahun sebelum melangkah ke peringkat lanjutan dan kemahiran vokasional seperti membuat kek serta roti selain cucian pakaian.


“Sistem akademik di sini sudah tentu berbeza dengan sekolah biasa. Walaupun kelihatan normal, mereka tidak boleh ke sekolah biasa kerana tahap pemikiran mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Sesetengahnya tidak boleh bercakap. Bagaimanapun, bukan mustahil untuk mereka belajar lebih tinggi kerana pada tahun ini kita mempunyai dua pelajar iaitu Lu Kok Choon dan Khairul Hazim Zainuddin yang masing-masing berusia 14 tahun bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kalau mereka lulus, kita akan cuba masukkan ke sekolah menengah pula,” katanya.


Selain aktiviti dalam kelas, kanak-kanak itu juga terbabit dengan aktiviti luar seperti menunggang kuda di Kelab Polo Diraja Selangor setiap Selasa ataupun berkhemah di dalam kawasan rumah berkenaan. Sehingga kini, terdapat 83 kanak-kanak di rumah berkenaan.


INFO: Apakah yang ditawarkan Nasom?


Program:


Intensif intervensi awal (2 hingga 5 tahun) Kemahiran: Asas diri, pertuturan dan komunikasi,
intervensi tingkah laku, pertumbuhan motor.

Intervensi awal (5 hingga 7 tahun) Kemahiran: Pengubahsuaian tingkah laku, kemahiran kehidupan harian, kognitif dan pra akademik.

Hala tuju utama (5 hingga 7 tahun)Kemahiran: Pengubahsuaian tingkah laku, kemahiran kehidupan harian, kognitif dan akademik, komunikasi dan sosial.

Elementari (7 hingga 12 tahun) Kemahiran: Pengurusan tingkah laku, sosial dan akademik.

Pra vokasional (12 hingga 14 tahun) Kemahiran: Sosial, fungsi akademik dan bantuan diri.


Vokasional Kemahiran:
Sosial, akademik, bantuan diri, kemahiran membuat bakeri, pencucian pakaian.

Telefon: 03-40223744

emel: nasom@streamyx.com


Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my

Berita Harian, 13 September 2008

Wednesday, May 13, 2009

Sunday, May 3, 2009

Autism Spectrum Disorder

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

DEFINISI


Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:


“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.


FAKTOR-FAKTOR AUTISME


Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).


Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).


Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.


Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005


CIRI-CIRI AUTISME


Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:


i. Komunikasi

Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:

Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.

Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak

mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Jarang menggunakan bahasa.

Sukar diajak bercakap.

Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.

Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.



ii. Interaksi Sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:

Suka bersendirian.

Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada

memandang orang lain.

Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.

Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.



iii. Gangguan Deria

Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:

Sensitif pada sentuhan.

Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.

Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.

Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.



iv. Pola Bermain

Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:

Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.

Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun

melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang

dipegangnya.

Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.

Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana

sahaja.



v. Tingkah Laku

Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:

Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.

Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang

seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-

nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).

Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang

reaksi.



vi. Emosi

Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:

Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa

terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada

melakukan sesuatu yang diingininya.

Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.

Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.

Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.

Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.



PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME


Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.


Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.


Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.


Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.


Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.


RUJUKAN


Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.


Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Kemementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas : Kuala Lumpur.


Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.


Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran : Open University Malaysia.

Saturday, May 2, 2009

Update On Mujib 2

Adik main...
Abi ngan abe mana??

Mujib dan Fatimah sedang bermain bersama..

takde barang dalam troli tu, yang ada anak-anakanda.. :-)

Mujib kena tanam.. takut jer nampaknya dia

Sekadar rumah..

Assalamulaikum warahmatullah...

lama saya tak online. sibuk dengan tugasan harian, kelas tambahan, dengan terapi Muhib, (si Mujib takpe jer dia , mudah nak urus dia ) dan urusan pindah rumah.. pindah nyer dah lama, siap ada wayerles lagi kat umah. internet unlimited.. (tp tak sempat jugak nak pegang keyboard). Hmm.. baru jer naik dalam bulan rabiul awwal yang lalu. rumah pun tak berapa nak beres.. boleh la buat apa saja umah ni.. nak deko ker nak apa ker.. sebab umah sendiri :-) alhamdulillah.

Mujib posting.. :-)

Abi baru balik kerje..

rumah yang tak berapa ada eksesori .. langsir pun tak siap lagik :-)

Perabot yang mesra kanak-kanak ..hehe

ambik satu section jer.. sebab seksen lain "tak beres ngemas" hehe

Jemput datang umah kekawan.. :-)

Santapan rohani ...

Abi bagi kuliah.. Muhib dan Mujib suka dengar:-