Tuesday, May 8, 2007

Wuduk dengan segelas air


"Wuduk Secawan Air"... Saya membelek-belek majalah i keluaran terbaru bulan ini.. (belinya dah lama, tapi belum khatam lagi.. ehek.. banyak agenda la katakan...) hmm, tajuk ni nampak menarik dan serta merta ingatan saya singgah pada syarahan Prof dalam kuliah semester lepas... beliau menceritakan pengalamannya yang berada di perantauan... dan menggunakan hanya segelas air untuk berwuduk. Kita boleh ke buat begitu? hmm... (tepuk dada tanya lah iman..)

Rasulullah saw mengajar kita supaya mempunyai akhlak dalam penggunaan air.. penting untuk kita tidak membazir sekalipun kita mengambil wuduk di sungai yang mengalir.. (apalagi kalau guna air aip yang mengalir deras…)

Kita patut bersyukur sebenarnya sebab bumi Malaysia ni kaya dengan sumber air.. di mana-mana pun ada air... takde yang ada sungainyer kering kontang kecuali kita yang mengontangkannya (dengan cara pencemaran...). Kekadang sikap kita yang alpa menjadikan kita tanpa was-was menggunakan air tanpa bersikap cermat.. (dengan kata lain - membazir!). Kalau tak percaya, acu try tengoklah sikap segelintir dari kita... time ambil wuduk... habis semua kuyup.. kalau tak basah kuyup semua, tak sah.... sebenarnya dia nak ambil wuduk ke atau nak mandi wuduk..?

Ambil wuduk syaratnya rata di bahagian anggota yang fardu je… setelah niat, membasuh muka, membasuh kedua tanga hingga ke siku, menyapu air ke kepala, membasuh kedua kaki hingga buku lali dan tertib. Kalau semua bahagian tadi rata.. dah kira sah wuduk kita.

Cuma ada bahagian sunatnya – membasuh tangan, berkumur, sapu air ke hidung, menyapu semua bahagian kepala dan telinga. Dan rasanya tidak basah kuyup kalau semua bahagian ini diratakan…hmm… sebab tu, ada orang boleh ambil wuduk dengan hanya segelas air ..!

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya ada terbaca artikel puan dan terpanggil untuk sama-sama memberi pandangan saya. Memang pada zaman Rasullullah s.a.w., baginda,para sahabat dan sahabiah mengambil wuduk dengan menggunakan air dari bekas kecil dipanggil lota. Fadhilatnya selain daripada tidak membazir,ia juga akan menyebabkan solat kita lebih khusyuk ( dengan mengambil kira sunat-sunat wuduk; bersugi misalnya ). Ia juga sunah nabi s.a.w. dan sekiranya kita dapat mengamalkannya secara istiqamah ( sunah nabi tersebut), Allah s.w.t.akan mengganjarkan kita pahala 100 orang mati syahid ( untuk satu sunah nabi ).Wallahua'lam.