Wednesday, May 9, 2007

Khasiat Serai



Tak lama lagi saya akan 'say good bye' pada pokok serai yang saya tanam di belakang rumah ini sejak mula-mula pindah ke sini lagi sebab bulan depan kami akan berpindah ke rumah lain yang lebih selesa... sekarang pokok serai ni dah tumbuh merimbun pun... bukan apa, nanti lepas ni mesti teringat betul kat serai belakang rumah ni.. yelah, selalu sangat saya guna serai ni bila nak masak.... nak buat tomyam, rendang dan lain-lain lah... kalau tak masukkan serai dalam masakan tentu kurang sedap nanti... hmm, betapa kuatnya pengaruh serai ni, kan?

Kekadang selalu juga saya kirim serai buat kawan-kawan di bumi ambiya' (Mesir).. sebab khabarnya kat sana takde serai. Selain tanam buat makan sendiri… elok juga bagi kat orang lain.. buat tanda ingatan dari kejauhan… hehehe....

Serai dalam bahasa saintifiknya ialah "cymbopogon citragus" (saya tengok kamus), bagus tau untuk wanita dalam pantang.. mak saya buat mandi wap selepas beberapa minggu bersalin dengan menggunakan serai dan beberapa jenis tumbuhan lain seperti daun limau purut + pandan + daun kunyit + lada hitam. Semua bahan ni direbus dalam periuk besar, bila dah gelegak.. halakan semua wapnya ke badan dan muka.. bila dah suam air rebusan tadi, boleh lah di buat air mandian. hmm... tahu tak apa kesannya?Badan kita akan terasa segar dan berbau wangi selain dan ia dapat menyeimbangkan pengeluaran minyak di kaki.. (kalau kaki jenis berpeluh).

Apa yang saya tahu sebelum ini, serai juga elok untuk rawatan demam... kerana ia boleh menyejukkan badan yang panas... (dengan cara - mandi air rebusannya atau airnya dibuat tuaman kat badan dan dahi). Serai juga kaya dengan kandungan “citral” yanag dapat membantu prses pencernaan, melegakan kekejangan, meredakan ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala… (cara ; minum rebusan air serai).

Entah kenapa saya bercakap tentang serai pada kali ini.. bukannya saya nak promote produk berasaskan serai.. hmm, mungkin tadi tertengok serai kat belakang umah ler tadi ni.. apa pun harapnya dapat berkongsi manfaat. Mana tahu boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang memerlukan… rawatan ni asli dan murah.. tak keluar duit pun… kan? Kekadang makan ramuan asli gini, lebih baik dari telan panadol… iyer tak?

6 comments:

danialle said...

setahu sy serai ni buat masak tomyam je.haha

tp pelik jugak apsal serai ni senang sgt tumbuh. tanam je, xyah nk siram2. lama kemudian tumbuh mcm lalang. mayb tanah blakang rumah sy tu subur sgt kot.

Anonymous said...

"Kekadang selalu juga saya kirim serai buat kawan-kawan di bumi ambiya' (Mesir).. sebab khabarnya kat sana takde serai."

kawan-kawan je ke? orang lain takde? hikhik :-)

ummumuhib said...

Danialle.. .
banyak masakan yg guna serai sebagai bahannya... kalau nak tahu tengok resepi2 dalam buku atau dalam tenet nih...

Anonymous said...

Kepada anda ingin memperolehi pendapatan sambilan lumayan melalui tanaman serai, Layari usahawantani.fotopages.com. Selamat Mencuba.

Anonymous said...

tak silap saya.. jus serai elok gak utk kanser... btol x??

Anonymous said...

sa suka mandi air rebus serai.