Wednesday, May 30, 2007

Breech (?)


Assalamualaikum semua.. hari ni perasaan saya bercampur-campur macam abc campur.. semua ada.. suka, bimbang, sedih, letih dan sebagainya... takpe je, bleh handle tu semua.. insyaallah...

Hmm.... saya check antenatal macam biasalah hari ni tapi mengejutkan saya sebab misi tu kata anak saya breech..terkejut jugaklah sebab anak sulong saya dulu semua okey jer.. dari awal kehamilan sampailah proses bersalin tu semua, tapi saya sedikit lega apabila terbaca artikel yang ditulis oleh arwah Prof Dr Azizan tentang masalah bayi songsang.


Bukannya apa pun lagi sebab kandungan baru berusia 31 minggu.. sebab baby ni akan bergerak lagi.. kalau dah masuk 34 minggu masih lagi songsang, itu yang problem. Adalah biasa sebenarnya kalau kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yang dipenuhi cecair amnion... tapi sesetengah orang suruh berurut, minta tok bidan betulkan kedudukan bayi, sebenarnya boleh ker gitu yer? tak bahaya ker?

Sebenarnya lebih 90% bayi di lahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada breech atau melintang. Bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Punca baby songsang ni merupakan satu petanda bahawa baby yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pra matang.. sebab tu tarikh akhir putaran haid si ibu perlu disemak semula. Jika semuanya betul dan bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Baby songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan atau berkurangan. na'uzubillah... minta jauh tu semua.

Saya berbincang dengan seorang kawan, cadangannya minggu hampir bersalin nanti makanlah ketam guri... saya tak pernah dengar istilah ni...? dan tak tahu bentuk dia macammana? hmmm :?

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

saya dgr anak yg lahir songsang ni...kira mmg lahir normalla..ada keistimewaan dia...ni bidan yg kasik tau mak saya...anak tu boleh mengubat org sakit...ada penah dgr tak??

mak saya cakap kalu org ada kudis...kita suruh jer anak yg lahir songsang nih kunyah² sirih...pastu tampal kat kudis tu...insyaAllah baik kudis tu..

cam boley jadik tabibla gitu..ada dgr tak??

saya excited nak tau sbb saya lahir keluar kaki dulu...kot²la boleh jadik tabib...hehe

ummumuhib said...

walaikum salam...

:-) saya tak pernah dengar tu. tapi kalau bab sireh memang ada khasiatnyer..

tapi anak saya keluar normal... saya jer yang bimbang lebih :-)

Izham Miyake said...

yang saya dengar, anak songsang boleh ubatkan orang yang tercekik tulang.

wallahu alam

AiDa said...

asalammualaikum,
saya juga mengalami masalah anak songsang. hati saya sedih juga memikirkan. sebab sekarang sudah 34 minggu, baby masih tak pusing lagi.....sudah la ini anak pertama. risau rasa hati ni.

Meredith O said...

Hi thaanks for sharing this