Wednesday, May 30, 2007

Breech (?)


Assalamualaikum semua.. hari ni perasaan saya bercampur-campur macam abc campur.. semua ada.. suka, bimbang, sedih, letih dan sebagainya... takpe je, bleh handle tu semua.. insyaallah...

Hmm.... saya check antenatal macam biasalah hari ni tapi mengejutkan saya sebab misi tu kata anak saya breech..terkejut jugaklah sebab anak sulong saya dulu semua okey jer.. dari awal kehamilan sampailah proses bersalin tu semua, tapi saya sedikit lega apabila terbaca artikel yang ditulis oleh arwah Prof Dr Azizan tentang masalah bayi songsang.


Bukannya apa pun lagi sebab kandungan baru berusia 31 minggu.. sebab baby ni akan bergerak lagi.. kalau dah masuk 34 minggu masih lagi songsang, itu yang problem. Adalah biasa sebenarnya kalau kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yang dipenuhi cecair amnion... tapi sesetengah orang suruh berurut, minta tok bidan betulkan kedudukan bayi, sebenarnya boleh ker gitu yer? tak bahaya ker?

Sebenarnya lebih 90% bayi di lahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada breech atau melintang. Bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Punca baby songsang ni merupakan satu petanda bahawa baby yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pra matang.. sebab tu tarikh akhir putaran haid si ibu perlu disemak semula. Jika semuanya betul dan bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Baby songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan atau berkurangan. na'uzubillah... minta jauh tu semua.

Saya berbincang dengan seorang kawan, cadangannya minggu hampir bersalin nanti makanlah ketam guri... saya tak pernah dengar istilah ni...? dan tak tahu bentuk dia macammana? hmmm :?

Monday, May 28, 2007

Apa ada pada nama?

Apa ada pada nama.. yer? Bukan nak kejar 'nama' berpangkat.. tapi 'nama' di sini sekadar nama panggilan untuk si kecil. Ia penting sebenarnya, kalau takde nama apa orang nak panggil dia pulak, kan? Saya masih tercari-cari panggilan apa yang perlu di berikan kepada ‘orang baru’ kami yang akan datang tak lama lagi nih.

Muhammad Harith Haikal Daniel bin Muhammad Badrul Hisham. Wah, banyakknya huruf yang di gunakan. Memang sedap didengar, tapi praktikalkah nama tu? Terdapat beberapa masalah jika nama anak terlampau panjang. Selain nama susah di ingat.. anak ini nanti akan hadapi masalah bila nak isi borang unit pusat Universiti yang hanya menyediakan petak huruf terhad… kalau anak perempuan pula, tentu sukar untuk bakal suami untuk menyebut nama itu ketika akad nikah nanti. Hmm :?

Sebaik-baik nama ialah 'Abdullah dan 'Abdurrahman. Nama yang paling sesuai adalah Harits dan Hammaam. Nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah. Taruhla nama anak-anak yang baik-baik sajer.. sebab itu doa dari kita selaku parent diaorang.

Nama sesuatu yang penting sebab dalam Islam, antara tanggungjawab mak bapak terhadap anak mereka ialah memberi anak nama yang baik. Menurut undang-undang negara kita pula, nama anak perlu di daftarkan dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran. Jadi, kena fikir baik-baik sebab gelaran ni lah dia nak guna sampai ke tua malah hingga di ‘sana’ pun nanti. Hmm… nak beri nama apa yer? Banyak sangat kalau nak list sebenarnya… tapi kalau mengikut pengalaman, abinya lah yang menang.. abi dia pula, biasa tak fikir banyak untuk nama.. kejab jer yang terlintas di kalbu.. itulah yang di kira. Saya pun tak kisah.. tapi kekadang kisah juga… aikss..

Kalau orang dulu-dulu, mereka suka taruh nama anak mereka denagn panggilan yang selalu mereka guna dalam seharian jer, mudah bagi mereka tanpa mengira makna dalam bahasa arab… (saya tak nak sebutlah contoh-contoh nama tu, kot nanti ada yang tersinggung.. hehe..)

Satu lagi fenomena orang suka buat.. mereka gabung antara nama isteri dia, suami dia, kekadang tok nenek mereka sekali…mereka nak biar nama anak tu panjang-panjang… kalau misal kata, nama si ayah Arsyad (panggil Ar), pastu nama isteri dia Zainab (panggil Nab)... kalau di gabung jadi namanya apa yer? ish... dasyat tuh.

Tapi ingatlah... kebanyakan nama bayi Islam di zaman Rasulullah saw adalah singkat.. takde yang panjang-panjang sehingga merubah makna sebenar.

Nak beri nama anak ni biarlah yang ada maksud baik dengan harapan panggilan mak bapak ke atas anak merupakan satu doa untuk dia. Tapi kekadang nama yang baik sebutan dan maksudnya pun, tidak semestinya boleh di terima atas sebab agak kontroversi seperti : Osama, Ladin, Hamas dan Saddam. Orang yang nama ni mesti banyak masalah kalau mereka nak pergi ke Amerika atau Eropah. Malah, melihat perkataan BIN pun mereka dah kalut!

Nama mencerminkan segalanya... Jadi, pilihlah yang terbaik buat mereka.

Sunday, May 27, 2007

InsyaAllah...selamat..


Kesibukkan menguruskan si kecil 17 bulan ini di tambah pula dengan kesibukkan dalam pengajian saya membuatkan saya tidak banyak berfikir untuk mengimbas saat mendebarkan yang penuh dengan seribu satu persoalan mengenai kelahiran nanti… walaupun sekarang kandungan dah masuk minggu ke 31.

Saat menantikan kehadiran ‘orang baru’ memang di nantikan... dan kebanyakkan bakal ibu pasti akan rasa bimbang serta takut sebenarnya untuk menanti saat dan tika untuk bersalin, masa yang akan tiba tentunya kita akan sering memikirkan samaada selamatkah kedua-dua nyawa itu nanti. Itulah perasaan saya sekarang… Cuma doalah yang penting, semoga anak yang di kandung akan lahir dengan selamat dan sempurna sifatnya... menjadi anak soleh seperti abang longnya..

Kalau dulu, masa mengandungkan Muhib, habis semua orang saya tanya tentang pengalaman bersalin mereka… episiotomi macammana? Perlu ker? Sakit ker? Nak tahu time baby nak keluar macammana? kontraksi nanti apa perlu buat?.. dan macam-macam persoalanlah yang timbul. Mana taknya, pengalaman belum ada masa tu.. di tambah dengan perasaan takut sebab majoritinya yang cerita kat saya ialah tentang betapa sakitnya saat bersalin dan episiotomi tu nanti..

Terkenangkan itu semua membuatkan saya bersyukur sesangat. Alhamdulilah… apa yang berlaku semua atas kuasa tuhan. Saya bersalin tanpa rasa sakit yang kuat.. kontraksi pun sekejab… (saya berharap kandungan kedua ini pun begitu juga). Saya masuk labour room dekat pukul 9 pagi dan rasa nak bersalin sekejab sejurus itu. (Hmm… tekenangkan masa awal kelahiran muhib di letakkan atas dada saya… sayu jer saya lihat dia.. terasa ‘keibuaan’ saya meresap ke naluri.)

Doktor pun pada asalnya tak berapa nak peduli lagi sebab katanya anak sulong ni mesti lambat sikit, mungkin masa nak jumaat nanti (hari jumaat), tapi kenyataanya ternyata salah sebab saya bersalin tepat jam 10.45 pagi tu. Siap boleh berbincang lagi dengan doktor masa dia buat episiotomi. Sedikit pun tak rasa sakit.. Cuma saya penat sangat-sangat sebabnya sebelum tu saya tak makan apa-apa.. berbekalkan beberapa biji buah kurma dan sedikit air saya panjatkan doa ke hadrat Allah swt supaya kelahiran selamat dan di mudahkanNYa.. Alhamdulillah segalanya diperkanankan.

Semoga Allah meempermudahkan segala urusan kelahiran kali kedua ini seperti kelahiran yang pertama dulu... dan semoga syariat juga dpt di jaga... semoga selamat semuanya

Saturday, May 26, 2007

3 Kunci Kebahagiaan Hidup

Ali : Hhuhh.. ahh (Ali mengeluh, seakan orang yang putus harapan)


Ahmad : Kenapa dengan engkau ni Ali?

Ali : Entahlah.. semua yang aku buat semua serba tak kena aje. Kenapa aku sering rasa tak bahagia dalam hidup aku? Hati tak tenteram je rasanya.

Ahmad : Bertenang… istighfar banyak-banyak.. ingat Allah sedang menguji.
.................
Biasa tak dialog ini kita dengar? Kekadang hati yang tenang pun boleh jadi gundah gulana. Siapa yang tidak mahu mengecapi kebahagiaan hidup? Ianya perkara yang sering kita idamkan dalam hidup ini.. betul tak? Takde yang hidup dalam dunia ini yang di tanya, akan membantah untuk mengecapi bahagia.

Setiap manusia yang beriman pasti menginginkan kebahagiaan hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Kita tidak semestinya mempunyai simpanan wang jutaan ringgit di bank, atau memiliki apartmen mewah di pusat bandar, atau berjawatan tinggi, atau juga mempunyai isteri yang cantik menawan untuk mengecapi hakikat bahagia sebenarnya.. tapi seseorang itu hanya perlu melakukan 3 perkara sahaja.. seperti di dalam hadis ada menyebut:

Uqbah bin Amir r.a bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah, apa sahaja yang boleh menjadikan seseorang itu Berjaya dab bahagia dalam hidupnya?. Rasulullah menjawab, “Peliharalah lidahmu, berlapanglah kamu di rumahmu, menangislah terhadap kesalahan (dosa) yang engkau lakukan” (HR Abu Daud, Tirmidzi, dan lain-lain)

Memelihara lidah.
Kerana lidah.. rosak persaudaraan yang terjalin. Kerana lidah, retak hubungan yang tersimpul rapi sebelum ini. Kerana lidah, orang lain merana. Bukan kerja senang untuk ‘meluruskan’ lidah kalau lidah yang dah biasa mencaci dan mengata orang. Sebab tu, kita kena jaga lidah ni daripada menyakiti hati orang lain. Kalau dah tak tahu nak buat apa dengan lidah tu.. baik ajer diam.. dapat elak dosa free… dalam hadis pun ada menyebut, hadis daripada riwayat Bukhari dan Muslim : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.

Berlapang-lapang semasa di rumah.

Maksudnya di sini bukanlah nak biarkan rumah jadi lapang gitu aje.. tetapi kita perlu menghidupkan fungsi rumah itu sendiri sebagai tempat membina keluarga bahagia dan aman damai, serta menjadikan suasana rumah yang membolehkan kita beribadat kepada Allah. Rumah juga merupakan ‘madrasah’ pertama kehidupan kita untuk beramal, berukhuwwah dan membina masa depan keluarga. Kalau dah umah pun tunggang langgang, pastilah hidup pun tunggang langgang kan?

Menangisi kesalahan dan dosa.

Percayalah… dosa akan membuatkan hati seseorang itu tidak tenang. Semakin banyak seseorang tu buat dosa, semakin tidak tenanglah dirinya. Sebab tu timbulnya keluh kesah dan sebangainya. Cara untuk menghilangkan dosa ialah dengan bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Sesungguhnya beruntung kalau hati seseorang itu sering menangisi dosa-dosa yang telah dilakukan.

Demikian sederhana kunci kebahagiaan yang di berikan oleh Rasulullah saw dengan penuh makna tersirat tetapi besar erti untuk kita mencapainya. Terpulanglah pada kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan. Semoga kebahagiaan di dunia dan di akhirat milik kita bersama... insyaAllah. Sama-sama kita berdoa...

Friday, May 25, 2007

Rahsia alam.... Buah-buahan

Siapa yang tak suka makan buah, angkat tangan? hehe... Rasanya tak ramai yang tak sukakan buah. Saya sendiri termasuk dalam kategori 'hantu buah'.. suka sangat makan buah.. sebab saya tahu buah-buahan mengandungi gula semula jadi yang mampu merangsang otak menjadi lebih cekap berfikir dan mengingati sesuatu perkara. Bila makan buah tak payah nak takut terkena kencing manis ke apa ker... sebab ia manis yang ori..

Buah-buahan sebenarnya menjadi sumber air utama selepas air biasa, sebabnyer... 80 peratus kandungan buah-buahan terdiri daripada air. Jadi maknanya, sayuran pun tak mampu menggugat kedudukan buah dalam bab jumlah kandungan air ni.

Setiap manusia akan mengalami masalah depresi... takde sape yang dapat elak daripada kejadian ni, sebab tu nak kena makan buah secukupnya... kalau tak percaya, cuba amalkan makan buah selama 30 hari.. pasti ada kesannya...

Sebuat pasal kolestrol pula, semua orang mahu mengelaknya.. macam-macam makan ubat itu ubat ini... sebenarnya dalam buah-buahan, ianya 100% bebas dari kolestrol. Malah ia juga di katakan boleh menguruskan badan.... sebabnyer, dalam buah ada fiber... fiber ni elok untuk mengatasi maslah peredaran darah... mengurangkan kolestrol.. dan memudahkan anda membuang air. Jadi, untuk mengambil fiber yang banyak.. buahlah jawapannya...

Buah juga mudah di dapati.. tapi kekadang mahal kan? (hm...itula, kalau ada peniaga buah terbaca artikel ni, harap sangat dimurahkan sedikit harga buah-buahan tu....). Tapi kalau anda ada kelapangan atau kawasan rumah yang ada lebihan tanah.. baik tanam sendiri buah-buahan kan.. ?

Antara buah-buahan yang saya boleh buat kesimpulan tentang khasiatnya ialah:

Betik : mempunyai khasiat melancarkan pencernaan makanan, anti sembelit dan.... meningkatkan nafsu makan.. jadi, kalau anak-anak anda tak suka makan.. galakkan mereka makan betik. Insyaallah.. 'lalu' diorang makan nanti.

Tembikai : Baik untuk mengelakkan kanser... penghilang dahaga... kan?

Nenas : Membantu dalam pencernaan protien, menyihatkan mata, menurunkan kolesterol darah dan menjaga kesihatan kulit.

Limau : Menyembuhkan masalah seriawan, menghilangkan batu hempedu, dan mencegah sembelit.

Epal : Mengandungi antioksidan dan flavonoids yang mana ia menambahkan aktiviti vitamin C dengan menolong menurunkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.

Kiwi : Ia banyak mengandungi kalium, magnesium, vitamin E, serat, dan mengandungi 2 kali ganda vitamin C berbanding sebiji buah oren.

Hmm... banyak lagi lah buah-buahan lain yang banyak khasiatnya... jambu, pisang, strawberi, oren, rambutan, anggur dan sebagainya.. yang boleh di rumuskan ialah, makanlah buah-buahan kerana ia sangat baik untuk kesihatan diri kita... bila badan sihat banyak perkara yang kita boleh buat nanti.... okey... itu saja buat kali ini.

Monday, May 21, 2007

Memuji Isteri



Hmm.. laman srikandi kali ingin membawa anda semua ke alam ‘kesuamian’.. ‘memuji isteri’ sesuai untuk bacaan bagi insan yang bergelar suami…tapi kalau orang perempuan baca pun apa salahnyer…. kan?

Sebagai seorang isteri mestilah kita sering ingin dipuji oleh suami kita.. betul tak? Rasanya takde isteri yang tak nak suaminya memberi pujian kepada dia. Bukan nak menggalakkan untuk jadi riak atau bangga ker apa ker…jauh sama sekali, tapi perasaanya akan membuatkan kita berasa diri dihargai dan disayangi.. betul tak wahai sekelian isteri?

Yelah, dari bab memasak lauk pauk.. membuat hidangan petang… membuat air.. mengasuh anak.. membasuh baju… menyeterika pakaian… menyelenggarakan rumah… memenuhi kehendak suami dan sebangainya… takkan sikit pun tak boleh nak bagi pujian, kan? Sebenarnya bagi seorang isteri, pujian akan menjadikannya lebih ‘semangat’ untuk melakukan kerja rutinnya…

Tapi kekadang kalau suami tak pernah nak bagi pujian walaupun dah hidup bersama berpuluh tahun… tiba-tiba memberi pujian pada kita.. ish… gerun jugak tu.. kot ada ‘something wrong’ jer… contohnya, isteri buat nasi lemak, suami yang selama ni tak pernah nak bagi pujian tetiba buat pujian mengejut… tentulah si isteri akan rasa ‘ada udang di sebalik mee’… kekadang benda yang tak patut beri pujian di beri pujian, macammana si isteri nak percaya.. jadi, kalau nak puji tu biarlah bertempat yer…

Seharusnya isteri perlu ada rasa percaya dan yakin pada suami dalam hidup berumah tangga.. janganlah su’uz zann (bersangka buruk) terhadap suami… suami pula janganlah membiarkan isteri dalam berkeadaan demikian… nanti hilang harmoninya…

Sebenarnya kita boleh bezakan antara pujian yang diberikan pada kita ikhlas atau tidak. Pujian yang ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada si penerima sebenarnya. Jadi, Pujilah isteri anda dengan teknik-teknik yang betul supaya isteri bertambah kasih dan sayangnya kepada anda. Memuji isteri dengan cara yang betul akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri , antaranya ialah:

a.Isteri akan berasa dirinya sangat istimewa dan berbeza daripada wanita-wanita lain.

b. Keyakinan diri si isteri akan naik dan keupayaannya akan meningkat.. Hasilnya dia akan dapat meninggikan lagi prestasinya.

c.Keyakinan isteri terhadap diri suami akan bertambah teguh.

d. Isteri akan bertambah yakin bahawa hubungan perkahwinannya masih kukuh.

e. Isteri akan bertambah yakin bahawa dirinya masih disayangi.

f. Si isteri merasa yakin bahawa cara dia melayan suami adalah betul, seperti yang dikehendaki oleh suami.

g. Estim-diri si isteri akan meningkat.

h. Isteri akan bersikap lebih terbuka untuk mendengar nasihat dan teguran daripada suami.

Percayalah…. jadi, janganlah lupa untuk memuji isteri anda... yer? hmm... :)

Thursday, May 17, 2007

Menyemai Budaya Membaca


Ish.. Nak pilih buku mana ni ?... "Kisah Parameswara" ni macam sejarah jer...


Buku "Keluarga Dollah yang suka membazir" ni macam dah pernah dengar...


Nanti... Muhib nak tengok hak lain la.. nak cari buku... buku.... yang tajuk dia.. "Sejarah perjuangan Nabi" tak jumpa pun nih... ish, kat mana dia letak?

Ops... dah selerak... biar Muhib susun balik.. tak baik selerak-selerak... nanti umi marah...

Umi... abi... Muhib ambil buku ni lah..."Kisah raja bersiung" lah... nanti abi tolong bacakan yer..
----------------------------
Budaya membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak-anak mereka.. yela,semua mak bapak mahukan anak mereka berjaya,kan? Jadi kita kenala usaha sikit.. anak-anak ini sebenarnya perlu dididik menjadi ‘ulat buku’.

Tidak semua anak dilahirkan bijak. Kebanyakan anak dididik untuk menjadi bijak. Kesannya kita akan lihat tetapi bukan segera, didikan tersebut hanya boleh dilihat dan dinilai setelah beberapa tahun.. kita kena usahalah sikit…

Membaca cerita sebenarnya adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka belajar membaca.Muhib sejak kecil lagi dia memang tak banyak menangis.. suka tengok sekeliling dia jerk… tidur pun tak banyak..(selalu je gerak kaki dan tangan dia..) sebab tu saya ambil kesempatan dia yang tak tidur dan tak menangis ni dengan bercerita dengan dia… (apa jua jenis buku pun takpe sebenarnya asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka… buku-buku sirah ker… storybook ker…) saya baca mangadap dia dengan menggunakan ekspesi gaya terutama sekali suara.. tak perlu lama pun, saya buat cukup 5 hingga 7 minit jer sekali cerita…percayalah, dia akan cepat ‘ tangkap’ dan kekadang kita akan terkejut dengan respon yang baby berikan.. kita pun seronok kan bila tengok perkembangan begitu….

Ada beberapa teknik di bawah ini sebagai panduan untuk menyemai budaya membaca di kalangan anak-anak:

Biarkan anak melihat anda membaca sebagai satu keseronokan.
Jangan memaksa anak anda membaca kalau mereka tak suka.. tetapi sedayanya cuba terapkan dengan cara ; amalan kita yang suka membaca… kita bacalah apa pun 'produk' bahan bacaan di hadapan mereka.. nak baca newspaper ker.. nak baca buku apa saja pun kita baca depan dia…biar dia tengok kita begitu... (Muhib masa kecil selalu mengoyakkan newspaper abi dia.. sekarang pun asyik nak ambil buku yang umi nak baca... kena bagi jugak buku lain kat dia...)

Galakkan anak anda “membaca” kepada anda.
Bila anak anda buat begitu… jangan lupa untuk memuji atas usahanya itu walaupun nampak kecil tapi ia amat berharga untuk si kecil… dan kekadang try cari buku dalam bahasa asing pula… seperti bahasa Inggeris dan bahasa arab.. galakkan mereka menguasai dua bahasa tersebut..

Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda tulisan.
Kalau kita naik kereta nak ke mana-mana.. tentu banyak terdapat signboard yang ada tulisan… banyak sangat kan? jadi sambil-sambil duduk dalam kereta tu apa salahnya bagitahu si anak…bacakanlah untuk dia.. memang dia tak reti lagi baca… tapi itulah sebenarnya satu galakkan untuk mereka membaca.. selain kat atas jalanraya, kat makanan kita beli pun kekadang ada tertulis sesuatu.. jadi, bacalkan untuk mereka.

Simpan bahan-bahan membaca dan menulis di tempat yang mudah di ambil.
Buku, majalah, pensel dan kertas simpanlah di tempat yang mudah untuk mereka ambil. Tapi para ibu kenalah rajin-rajin untuk menyimpan balik bahan-bahannya.. kena buat ‘dek’ dengan keselerakkan yang anak-anak tinggalkan… takpelah… sebab itu yang menjadikan kita ‘slim’ nanti... hehe

Jangan jadikan waktu membaca sebagai ugutan.
Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda kurang berminat untuk membaca… Jangan memaksa anak anda membaca. Cuba jadikan masa membaca masa yang menyeronokkan agar anak anda dapat memupuk minat membaca. Jangan jadikan masa membaca seolah-olah masa yang menggerunkan mereka.. nanti mereka ‘lari’ dari tabiat yang suka membaca. try cari inisiatif lain...

Jangan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain.
Tahap keupayaan anak-anak tak sama walaupun mereka adik beradik bahkan walaupun mereka kembar seiras.. ada antara mereka cepat menerima apa yang kita ajarkan dan ada pula yang sebaliknya.. kekadang anak-anak pintar tidak menunjukkan prestasinya sekarang tapi di masa akan datang… setelah kita sebagai ibu bapa berusaha yang terbaik untuk anak-anak, berdoa dan bertawakkallah.. semoga mereka menjadi anak berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara nanti.. jadi, jangan cuba bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain yer… walaupun anak kita ‘lebih’... ingat tu yer..

Wednesday, May 16, 2007

Kisah dua ibu hamil


Hari ini 16 Mei sambutan Hari Guru di sambut di merata tempat.. ia disambut sebagai memperingati jasa dan penat lelah serta tabur bakti terhadap anak-anak didikannya... tetapi dalam sambutan yang menggalakkan kita bersikap terima kasih serta bersikap amalan murni ini ada pula kisah yang cukup menyayat hati, kedua-duanya kisah mengenai ibu yang hamil..

Sekali baca berita ni agak meyeramkan saya sebabnya tergamak si suami tendang perut isteri yang mengandungkan anak dia kerana si isteri tak mahu menggugurkan anak yang ada dalam kandungannya... ingatkan kes begini terjadi kalau anak tu anak luar nikah.. tapi ini sebaliknya, anak tu memang anak 'dalam nikah' tapi cuma masih belum mendaftar di Jabatan Agama Islam Kelantan je... di mana sikap penyayang lelaki tersebut? hilang sudahkah pertimbangan akal warasnya?


Dalam pada itu juga satu lagi berita sedih seorang ibu yang mengandung dua bulan (Rosmawati Rasidin, 27) maut ditimpa pokok kelapa sawit yang tumbang di bilik tidurnya di Jalan Tanjung, Kampung Batu 9, Sijangkang. Manakala suaminya Mohd. Arshad Aziz, 29, dan bayi mereka Nurul Azwa, 10 bulan selamat dalam kejadian tersebut.... takziah buat keluarga mereka.. semoga mereka bersabar atas ujian Allah swt.

Kedua-duanya berita tentang ibu hamil tetapi berlainan kisah... apa yang penting sama-samalah kita mengambil iktibar... Jadilah insan yang bertimbang rasa dan berfikiran positif.... dan... ingatlah ajal dan maut kita ada di mana saja... apabila datang masanya kita tidak dapat 'lari' dari ketentuan ajal yang telah pun Allah tentukan.... walau di mana... walau berapa pun usia kita.. walau apa pun sedang kita lakukan... doalah sentiasa, agar kita mendapat husnul khatimah...

Selamat Hari Guru


16 Mei... Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah banyak berjasa... Jasamu ku kenang selamanya

Monday, May 14, 2007

Perihal Sang Semut


Nampakkah anda kalau haiwan kecil yang bernama semut melintas di depan anda? Saya kekadang terfikir juga apabila melihat mereka berjalan dalam satu barisan… dan apabila ada semut berlainan jalan atau arah… mereka seolah-olah ‘berbisik’...seperti ada berita yang mereka syer dengan sahabatnya sang semut yang lain.

Banyak pepatah Melayu yang menggunakan modal ‘semut’ sebagai sandaran. “Di mana ada gula di situ ada semut”... “Pijak semut pun tak mati ”...(saya pun tak faham, kenapa perlu pijak semut sampai mati untuk menyatakan dia seseorang yg baik?) tak pasal-pasal kita guna perkataan ‘semut’ tanpa minta izin dari tuannya untuk menjadi pepatah kita.

Bila sebut “semut”… sesiapa pun kenal spesis haiwan yang kecil ini, walaupun ia kecil tetapi mempunyai keistimewaan sehinga Allah swt menyebutnya di dalam al-Quran. Di dalam surah an-naml, ayat 17-18 Allah swt berfirman yang bermaksud :

"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Pada masa dahulu.. mereka yang membaca ayat ini akan mempersendakan bahawa al-Quran adalah sebuah cerita dogeng kerana ia menceritakan tantang semut yang bercakap antara satu sama lain. Namun, bagaimanapun ia telah dibuktikan oleh sains moden bahawa corak kehidupan semut hampir sama dengan corak kehidupan manusia. Berikut antaranya yang saya petik dari buku "Al-Quran dan Sains Moden... Faktanya bercanggah atau tidak?" oleh Dr Zakir Naik :

1) Semut akan menanam ‘jenazah’ semut lain yang telah mati.

2) Semut juga mengamalkan sistem yang sama dengan manusia dalam melakukan kerja kerana di kalangan mereka terdapat ketua dan pekerja-pekerja dalam melakukan sesuatu kerja.

3) Mereka ber‘cakap’ pada waktu-waktu tertentu.

4) Mereka menggunakn sistem yang canggih untuk berkomunikasi.( cara dia la tu kot)

5) Mereka menukar barang-barang mereka dalam ‘pasar harian’.

6) Mereka dapat menyimpan biji-bijian dengan lama pada musim sejuk. Apabila bijian itu bercambah mereka akan memotongnya untuk mengelakkannya daripada rosak. Jika bijian tersebut terkena air, mereka akan mengeluarkannya untuk dijemur di bawah matahari.

Sunday, May 13, 2007

13 Mei... Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu Buat Bonda Tersayang
(Hjh Habsah binti Abdul Kadir dan Hjh Noriah Abd Rahman)

Umi.. ibu… mama… mak..mummy.. dan sebagainya… tak kisahla apa jua panggilan yang dipanggil untuk orang yang telah membawa kita ke dunia ini dengan izin Allah, seorang wanita yang sanggup mengandungkan kita sembilan bulan dengan penuh kerelaannya… dengan kepayahan dan penat jerih bertarung nyawa semata-mata mahu melihat kita selamat dan sihat keluar dari rahimnya. Tiada manusia yang mampu tersenyum dalam kesakitan… tiada insan yang mampu mengucup dalam kemarahan… hanya mereka…. mereka yang bergelar ibu..

Saya semakin memahami hati dan perasaan seorang ibu setelah saya sendiri bergelar seorang ibu.. (anak saya belum mampu untuk mengucapkan hari ibu untuk saya…hmm, sebab dia masih kecil). Hati saya akan berasa sayu apabila mengingati detik dulu.. kini dan selamanya ibu menatang bagaikan emas permata dengan belaian kasih dan sayang.. mereka berkhidmat untuk kita siang dan malam. Kalau ada nyamuk gigit sikit, pasti dia akan susah hati.. kalau kita demam sikit pasti dia akan risau.. kalau kita menangis sikit pasti dia akan runsing… mana ada insan lain seperti golongan mereka ini? Benarlah… syurga di bawah telapak kaki ibu.

Hari ini 13 Mei 2007, rakyat seluruh dunia menyambut Hari Ibu atau juga disebut Mothers Day. Ia disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun… hakikat yang sebenarnya, jasa mereka tak terbalas walau setiap hari kita menyambut Hari Ibu… tetapi sekurang-kurangnya Hari Ibu yang disambut ini menjadi ‘hadiah’ untuk mereka… dan yang paling penting, perlu sangat kita jadikan hari ini sebagai hari memuhasabahkan diri.. merenung kembali segala jasa mereka walau mereka tidak pernah mengharapkan balasan.

Pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka untuk kita memang tidak ternilai harganya dan tidak boleh di bayar dengan segala kekayaan serta kemewahan. Hati seorang ibu ini pasti cukup untuk merasa puas sekiranya kita mengingati dan menghormatinya sebagai tanda dialah yang sentiasa bertakhta di hati.

Mereka memang insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Rugilah mereka yang tidak menyayangi ibunya seperti ibunya menyayangi dia…Rugilah mereka yang tidak mahu mengambil kesempatan untuk mendapat ganjaran pahala kerana menjaga seorang ibu. Wahai insan bergelar anak, jagalah mereka sebelum mereka ‘pergi’.

Selamat Hari Ibu…. untuk semua insan bergelar ibu

Friday, May 11, 2007

Orang-orang yang didoakan malaikat


Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak", Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimuliakan. mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya. (Surah al-anbiyaa’ ayat 26-28)

Malaikat merupakan makhluk Allah yang taat dan patuh terhadap segala perintahNya .. Mereka juga telah lama diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia yang pertama lagi... malah malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Nabi Adam as.
Para malaikat tidak pernah membangkang atau melawan segala perintah Allah. Mereka makhluk yang diciptakan Allah swt daripada cahaya. Memandangkan mereka adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah swt…Mahukah kita jika kita ialah termasuk dalam kategori orang yang sentiasa didoakan oleh para malaikat? Tentunya mahu kan….? Antara golongan tersebut ialah :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang duduk menunggu solat.
3. Orang yang berada di sof hadapan dalam solat.
4. Orang yang menyambungkan sof solat (dia tidak membiarkan berlaku kekosongan di dalam sof solat).
5. Para malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solat setelah melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang-orang yang berinfak.
10. Orang yang makan sahur.
11. Orang yang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Wednesday, May 9, 2007

Khasiat Serai



Tak lama lagi saya akan 'say good bye' pada pokok serai yang saya tanam di belakang rumah ini sejak mula-mula pindah ke sini lagi sebab bulan depan kami akan berpindah ke rumah lain yang lebih selesa... sekarang pokok serai ni dah tumbuh merimbun pun... bukan apa, nanti lepas ni mesti teringat betul kat serai belakang rumah ni.. yelah, selalu sangat saya guna serai ni bila nak masak.... nak buat tomyam, rendang dan lain-lain lah... kalau tak masukkan serai dalam masakan tentu kurang sedap nanti... hmm, betapa kuatnya pengaruh serai ni, kan?

Kekadang selalu juga saya kirim serai buat kawan-kawan di bumi ambiya' (Mesir).. sebab khabarnya kat sana takde serai. Selain tanam buat makan sendiri… elok juga bagi kat orang lain.. buat tanda ingatan dari kejauhan… hehehe....

Serai dalam bahasa saintifiknya ialah "cymbopogon citragus" (saya tengok kamus), bagus tau untuk wanita dalam pantang.. mak saya buat mandi wap selepas beberapa minggu bersalin dengan menggunakan serai dan beberapa jenis tumbuhan lain seperti daun limau purut + pandan + daun kunyit + lada hitam. Semua bahan ni direbus dalam periuk besar, bila dah gelegak.. halakan semua wapnya ke badan dan muka.. bila dah suam air rebusan tadi, boleh lah di buat air mandian. hmm... tahu tak apa kesannya?Badan kita akan terasa segar dan berbau wangi selain dan ia dapat menyeimbangkan pengeluaran minyak di kaki.. (kalau kaki jenis berpeluh).

Apa yang saya tahu sebelum ini, serai juga elok untuk rawatan demam... kerana ia boleh menyejukkan badan yang panas... (dengan cara - mandi air rebusannya atau airnya dibuat tuaman kat badan dan dahi). Serai juga kaya dengan kandungan “citral” yanag dapat membantu prses pencernaan, melegakan kekejangan, meredakan ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala… (cara ; minum rebusan air serai).

Entah kenapa saya bercakap tentang serai pada kali ini.. bukannya saya nak promote produk berasaskan serai.. hmm, mungkin tadi tertengok serai kat belakang umah ler tadi ni.. apa pun harapnya dapat berkongsi manfaat. Mana tahu boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang memerlukan… rawatan ni asli dan murah.. tak keluar duit pun… kan? Kekadang makan ramuan asli gini, lebih baik dari telan panadol… iyer tak?

Tuesday, May 8, 2007

Wuduk dengan segelas air


"Wuduk Secawan Air"... Saya membelek-belek majalah i keluaran terbaru bulan ini.. (belinya dah lama, tapi belum khatam lagi.. ehek.. banyak agenda la katakan...) hmm, tajuk ni nampak menarik dan serta merta ingatan saya singgah pada syarahan Prof dalam kuliah semester lepas... beliau menceritakan pengalamannya yang berada di perantauan... dan menggunakan hanya segelas air untuk berwuduk. Kita boleh ke buat begitu? hmm... (tepuk dada tanya lah iman..)

Rasulullah saw mengajar kita supaya mempunyai akhlak dalam penggunaan air.. penting untuk kita tidak membazir sekalipun kita mengambil wuduk di sungai yang mengalir.. (apalagi kalau guna air aip yang mengalir deras…)

Kita patut bersyukur sebenarnya sebab bumi Malaysia ni kaya dengan sumber air.. di mana-mana pun ada air... takde yang ada sungainyer kering kontang kecuali kita yang mengontangkannya (dengan cara pencemaran...). Kekadang sikap kita yang alpa menjadikan kita tanpa was-was menggunakan air tanpa bersikap cermat.. (dengan kata lain - membazir!). Kalau tak percaya, acu try tengoklah sikap segelintir dari kita... time ambil wuduk... habis semua kuyup.. kalau tak basah kuyup semua, tak sah.... sebenarnya dia nak ambil wuduk ke atau nak mandi wuduk..?

Ambil wuduk syaratnya rata di bahagian anggota yang fardu je… setelah niat, membasuh muka, membasuh kedua tanga hingga ke siku, menyapu air ke kepala, membasuh kedua kaki hingga buku lali dan tertib. Kalau semua bahagian tadi rata.. dah kira sah wuduk kita.

Cuma ada bahagian sunatnya – membasuh tangan, berkumur, sapu air ke hidung, menyapu semua bahagian kepala dan telinga. Dan rasanya tidak basah kuyup kalau semua bahagian ini diratakan…hmm… sebab tu, ada orang boleh ambil wuduk dengan hanya segelas air ..!

Monday, May 7, 2007

Punca Utama Keguguran


Apabila seseorang itu pernah mengalami keguguran dalam proses kehamilan, pasti kesan ke atas emosi dan psikologinya memerlukan masa yang lebih untuk kembali kepada emosi yang normal... walaupun tak pernah lagi saya merasainya, tapi saya dapat memahami perasaannya tika itu.

Rasa marah, tak percaya, bersalah, sedih, tertekan dan sebagainya pasti membuatkan seseorang wanita itu merasa sedikit tertekan dan emosi terganggu... Kala inilah, peranan seorang suami amat penting untuk memberikan keyakinan kepada si isteri untuk teruskan kehidupan seperti sedia kala.

Adalah normal sebenarnya bagi seseorang itu merasa sedih selepas berlaku keguguran. Rasa kasih dan sayang yang telah dikorbankan sepanjang proses kehamilan tidak dapat ditukar ganti dengan apa-apa pun.. tapi hendaklah kita sentiasa bersikap redha... redha terhadap ketentuan illahi. Allah swt hendak menguji tahap kesabaran seseorang dan dengannya keimanan kita ditingkatkan sekiranya kita sabar dan redha.

Terdapat beberapa faktor sebenarnya yang menjadi punca keguguran.. anatarnya ialah...:

Umur

Risiko kepada wanita yang hamil terlalu awal iaitu kurang daripada usia 15 tahun dan yang berusia lebih daripada 35 tahun.

Kemalangan yang tidak diingini

Termasuklah kemalangan jalan raya yang serius, terjatuh dan cedera. Kaalu kita bergerak dengan pergerakkan yang terlalu aktif pun tak leh juga seperti berlari, memanjat dan naik tangga turun tangga yang tinggi dengan kerap di awal kehamilan. (Ada juga petua ; kata orang masa hamil 9 bulan tu molek naik tangga turun tangga.. cepat bersalin nanti...)



Rahim tidak kuat

Ada juga sesetengah wanita mempunyai rahim yang tidak kuat dan tidak berupaya untuk menampung berat kandungan yang semakin hari semakin membesar.

Jangkitan kuman

Keguguran juga boleh berlaku akibat jangkitan kuman seperti virus, dan kuman akibat penyakit kelamin.

Pemakanan

Orang tua dulu kata bila mengandung tak boleh makan buah nenas dan rebung. Tapi kesahihannya masih tidak di ketahui. Tapi ada kes yang berlaku di mana keguguran berlaku di sebabkannya. (kalau tengok drama dalam tv.. kan ada mak mertua dia tak suka kat menantu ni sampai nak bunuh cucu dia dalam kandungan.. dia bagi makan buah nenas.. saya tak ingat cerita apa - tapi tak boleh nak buat hujah kan, sebab tak tahu betul ke tak... tapi seeloknya jauhlah daripada memakan 2 jenis tumbuhan ni).



~~ Semoga bermanfaat~~

Sunday, May 6, 2007

Wanita


Wanita merupakan perhiasan.. wanita juga sentiasa mahukan perhiasan... tapi, perhiasan sebenar ialah wanita yang solehah.. hmm, laman srikandi kali ni ingin membawa anda seketika ke alam wanita... (jika anda wanita, renung-renungkan dan jadikan ia sebagai iktibar... jika anda bukan wanita, jadikan ia sebagai ilmu).

Semua wanita makruf bahawa menutup aurat baginya adalah wajib dari semua angota badan kecuali muka dan tapak tangan... (tapi ada juga yang buat-buat tak tahu sedangkan dia tahu). Islam menetapkan hukum ini tentu ada asbab dan hikmahnya..semuanya untuk maslahat kita, bukannya untuk menyusahkan kita.

Ramai kan sekarang wanita mencukur bulu keningnya..? berpakaian tapi seperti tidak berpakaian... dedah sana.. dedah sini.. tudung labuh di jadikan singkat...pakai baju seperti balut buah nangka... macam-macam lagi le.. mereka berbuat demikian seolah-olah seperti tiada apa-apa... tahukah mereka bahawa Allah murka atas perbuatan ini? Apalah gunanya jika hidup kita.. hidup dalam kemurkaan Allah swt.. takde rahmah dan berkah ...

Cuba renung sejenak beberapa anggota badan kita serta dalil ke atasnya.. :

1. Bulu kening
“Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31.

4. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

5. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

6. Gigi
“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

7. Muka dan leher
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.”


8. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

9. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

10. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31.

Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

11. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. '

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

12. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” AnNur : 31.

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar.

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

13. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab :59.

Semoga dapat di jadikan pedoman...

Saturday, May 5, 2007

Menjaga Masa

Eh, macammana engkau buat ek? nak jaga anak, nak jaga suami…. nak kerje lagi.. study lagi…? Macammana engkau bahagikan masa yer? Soalan ni selalu berlegar dalam perbualan di kalangan isteri-isteri yang rasa tak cukup masa untuk menguruskan banyak hal (dan dia pun tahu bahawa dia bukannya superwomen..). Bahkan sesiapa pun sering berkata… “saya tak cukup masa!” (hmm… saya sendiri pernah menyatakan demikian..hehe, maklumlah masa tu memang rasa tak cukup masa).

Tapi perlu kita ingat bahawa Allah swt menjadikan kita sebagai hamba yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak mengikut perancangan yang kita buat dengan baik dan sempurna. Dalam dunia ini, Allah swt bagi masa 24 jam untuk kita dalam sehari... tak de seorang pun yang duk atas muka bumi Allah ni dapat 23 jam atau 25 jam dalam sehari…. (ke ader orang yang dapat 25 jam sehari? kalau ada, bagila setengah jam untuk saya….erkk)

Dalam hadis sohih ada menyebut… hadis daripada riwayat Imam Bukhari yang bermaksud :

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah S.A.W memegang bahuku seria bersabda : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebahagian seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : apabila kamu berada pada waktu petang , jangan tunggu menjelangnya waktu pagi . Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang , gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati .

Maka, elok untuk kita menjaga dan menguruskan masa supaya penggunaan masa dapat dimanfaatkan sebaik mungkin... cuba dahulukan apa yang perlu di dahulukan.. perkara yang kurang penting di kesampingkan dulu… yelah.. takkan nak buat juga kalau perkara tu memang dah takde faedah langsung. Rugila kalau buat gitu.. ibarat mencangkul angin. Semoga kita tidak termasuk dalam kategori orang-orang yang rugi. Di bawah ada sedikit teknik bagaimana untuk kita menggunakan masa dengan efektif :

Merancang penggunaan masa.

Masa merupakan satu elemen penting kepada manusia sehinggakan Allah swt ada menyebutnya di dalam al-Quran. Penyediaan jadual waktu adalah cara terbaik untuk menjadikan penggunaan masa lebih efektif dan sistematik . Apabila kita sering merancang penggunaan masa, dengan sendirinya kita dapat mengimbang di antara benda yang penting dengan benda yang tidak penting. Dengan cara begitu, kita dapat memperuntukkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan menjauhi aktiviti yang tidak berfaedah.


Pengurusan masa dengan bijak.

Apabila kita ada masa lapang… gunakannya untuk tujuan yang berfaedah dan cubalah untuk sentiasa mengkreatifkan masa dengan pelbagai kegiatan bermanfaat… Paling kurang pun, apabila berada di dalam kenderaan, di perhentian bas atau menunggu seseorang yang tidak kunjunga tiba…. Masa tu, kita boleh membaca buku, surat khabar atau bacaan yang berfaedah. Malah kalau kita ada bawa mashaf al-Quran kita boleh membacanya.. (atau sekadar berzikir… ) yang penting jangan duk saja… selain isi masa dengan benda berfaedah... secara tak langsung kita juga akan dapat pahala, kan ke untung tuh?


Menentukan urusan hidup.

Ada ke kat atas muka bumi ini manusia yang tidak ada urusan dalam kehidupannya? Bila kita fikir… budak kecil pun ada urusannya yang tersendri… mereka bermain dan mempunyai aktiviti yang tersendiri.

Kita sebagai orang dewasa tentunya mempunyai banyak urusan yang perlu dibereskan. Dengan adanya pengurusan kehidupan yang baik kita dapat mendisiplinkan diri dan mengkaji semula kualiti penggunaan masa yang telah kita lalui.

Penggunaan masa yang efektif adalah faktor kejayaan tokoh-tokoh dunia sepanjang zaman. Napoleon pernah berkata : “Rahsia kemenanganku di medan perang tersembunyi di sebalik kelemahan musuh yang tidak tahu nilai masa 5 minit . Sama-sama kita berfikir…

Satu lagi, kita juga boleh menggunakan jadual atau diari.. penggunaannya adalah cara yang efektif untuk mengukur pencapaian wawasan yang telah kita gariskan. Samaada tercapai ataupun sebaliknya…. Paling kurang kita dapat memuhasabahkan diri, betul tak? Apa yang jelas ialah… masa amat berharga… sesaat yang berlalu tidak akan dapat di kembalikan walaupun di bayar dengan segunung emas sekalipun!

Thursday, May 3, 2007

Serat... baik...




Bahan-bahan:

3 cawan kacang hijau yang sudah dimasak
4 keping roti
2 ½ cawan kubis yang sudah di masak
3 ½ cawan kentang yang sederhana besar
2 ½ biji oren
½ mangkuk kangkung
3 ½ biji epal
3 ½ biji pisang emas
5 biji tomato

Assalamualaikum.... hmm... err... jangan terperanjat...bahan-bahan di atas bukannya bahan resepi untuk membuat kek atau lauk pauk tetapi merupakan makanan diet kesihatan yang setiap satunya mengandungi 10 gram serat.

Kalau kita perhatikan semua bahan tersebut kebanyakkannya adalah jenis tumbuh-tumbuhan, ini kerana serat ialah bahagian tumbuhan yang tidak boleh dihadam melalui pencernaan. Sumber serat yang paling baik ialah sayur-sayuran, bijirin dan bijian. Ahaks.. kepada yang tak suka makan sayur, macammana ek? Ubahlah sikap pemakanan anda yer… try la makan sayur.. sayur ni sedap sebenarnya…tak percaya? acu try test.. :-)

Semua orang tahu bahawa serat itu penting dalam amalan pemakanan kita. Pengambilan serat yang banyak amat berkesan dan boleh melegakan sembelit serta membantu mencegah gangguan usus. Diet yang banyak mengandungi serat boleh membantu mengawal kadar gula di dalam darah, sebab tu orang yang ada diebetis kena perhatikan makanan mereka betul-betul supaya pengambilan makanan tu mengandungi serat yang betul.

Percaya tak kalau saya kata, (tp saya bukan pakar pemakanan yang diiktiraf, cuma pakar pemakanan untuk keluarga je.. haaa) serat boleh membantu mengawal berat badan? Sebab apa… sebab dengan serat, ia akan menambahkan jisim yang lebih kepada makanan dan kita akan rasa lebih kenyang, jadi secara otomatik dapat mengatasi masalah pengambilan kalori secara berlebihan.

Kita digalakkan mengambil serat sebanyak 25-35 gram dalam diet setiap hari… so, kalau kita makan 4 keping roti + 2 ½ biji oren + 3 ½ biji pisang emas dalam sehari = 30 gram serat sehari, hmm… dah cukuplah tuh.. tapi jangan lupa minum air, sebab dengan meminum air yang banyak boleh membantu meningkatkan kecekapan serat dalam penghadaman kita.

Semoga kita sentiasa sihat walafiat dan tidak sakit-sakit, supaya nanti dapat melaksanakan ibadat dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah dengan baik.

Wednesday, May 2, 2007

Hari ni result keluar...


Kisah nenek dan dua orang cucu rentung dalam kebakaran begitu menyentuh hati saya.. betapa kasih sayang mereka utuh walau berdepan dengan kesulitan tika itu, walhal budak-budak tu cuma berusia 6 dan 4 tahun. Mohd Zaidi dan Mohd Zulhisyam, mereka tidak mahu meninggalkan neneknya di situ sedangkan abang dan kakaknya telah berusaha untuk mengheret mereka keluar.

Seketika kemudian, mayat nenek mereka (Fatimah) yang lumpuh sebelah badan akibat angin ahmar dijumpai dalam keadaan rentung dan berpelukan bersama cucunya...

Sejenak membaca kisah mereka, hati saya sayu seketika… mereka yang ‘setahun jagung’ tu pun tahu dan faham erti kasih dan sayang… “Ops, dah pukul berapa ni?” tersentak seketika dan saya terus menyarungkan jubah…serta menyiapkan anak… sebelum terlambat… kekawan pun dah menunggu saya di tempat pendaftaran.. (nak tahu result saya la tuh…). Hari ini result semester lepas keluar… pagi-pagi lagi sahabat dan sahabiah telah pun berada di tapak pendaftaran untuk mendaftar semester baru serta mendapatkan result… hmm… :-)

Tuesday, May 1, 2007

Cinta Kita... Cinta Perjuangan

Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia.. cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa ke syurga…?

Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..



Cinta Kita... Cinta Perjuangan

“Enti menangis..?”
“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”
“Habis, mata enti berair?”
“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.
“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.
……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”

“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”

“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

“Ustaz tidak main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”

“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
………………………………………….

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”
Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :
“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

-TAMAT-
Pengarang cerpen ini sedang bermukim di http://www.ahmadfadhli.com/

Keajaiban Ciptaan Allah




Gambar-gambar di dalam slide di atas ramai yang telah melihat dan mengetahuinya.. cuma mungkin kulit limau tersebut sesuatu yang baru kerana ia terjadi pada sahabat saya sendiri dan saya sekadar ingin cuba mengingatkan kembali kita semua tentang keajaiban ciptaan Allah swt… sekadar peringatan buat kita bersama...

Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu untuk untuk menghalangnya. Hanya Dia yang berhak melakukan apa jua hal dan keadaan. Banyak tanda kekuasaan dan kebesaranNya ditunjukkan pada kita agar menjadi peringatan serta menjadikan kita lebih taqarrub pada Yang Esa. Kejadian yang terjadi di depan mata sahabat saya (http://www.hadirnyasakinah.blogspot.com) pada kulit buah limau, iaitu terdapat kalimah ALLAH, membuatkan saya takjub sebentar. Subhanallah… Maha Suci Allah… hebatnya kuasa Dia. Apabila direnung dan tafakkur sejenak, benarlah firman Allah swt di dalam al-Quran.

Cuba kita hayati di dalam surah Ali-imran ayat 190-191 yang memberi maksud : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Ayat tersebut menunjukkan bukti-bukti kekuasaan Allah… bagaimana kejadian matahari, bintang, pembentukan manusia di dalam rahim ibu, awan yang membawa hujan, cap jari manusia yang tidak sama, pertukaran siang dan malam dan sebagainya, bahkan sehingga ke urat-urat nadi manusia juga merupakan tanda kebesaran Allah.. maka sentiasalah kita berfikir, untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

Teringat saya akan kisah-kisah orang barat yang memeluk Islam. Saya pasti sudah ramai yang maklum mengenainya, cuma di sini saya sekadar memperingati diri sendiri dan sahabat semua.Mereka ini di anugerahkan akal agar berfikir tentang kekuasaan Allah selain di beri hidayah oleh Allah swt. Dr. Titat Tjison (pensyarah di Universiti Chiang Mei Thailand) menganut Islam apabila membaca ayat al-Quran yang berkaitan dengan kejadian manusia dalam rahim ibu. Begitu juga dengan Prof. Keith More (professor anatomi di Universiti Toronto) mengatakan bahawa tidak mungkin al-Quran itu dari manusia kerana ketika al-Quran diturunkan, manusia tidak mengetahui tentang embriologi dengan tepat. Jacque Costeau (seorang penyelidik lautan terkenal dari Perancis), menyelidik lautan di Secure dunia, merasa takjub melihat air tawar tidak bercampur dengan air masin.

Lantas bagi kita orang yang telah beriman dan mengaku Islam, mengapa tidak kita berfikir, merenung dan memuhasabahkan diri kita sentiasa tentang kebesaran Allah swt. Moga-moga dengannya bertambah lagi keimanan kita kepadaNya….