Monday, December 10, 2007

Resepi untuk Muhib



Assalamualaikum. Alhamdulillah,masih dapat menulis dalam blog yang agak lama saya tinggalkan, bukan sebab saya tak nak menulis tetapi kecenderungan saya lebih ke arah lain buat masa ini. Namun, agak tercabar dengan web suami saya yang berwajah baru walaupun ’position’ kami berbeza. :-) Hmm.. cuba lihat ni kalau tak percaya- http://www.ahmadfadhli.com/

Saya tak tau topic apa yang bakal saya tulis ni .. (mungkin lama sangat tinggalkan blog ni kot... ) tapi kebelakangan ini saya sering memikirkan tentang cara asuhan saya terhadap anak-anak. Ia betul-betul perkara yang jadi main topic dalam fikiran saya. Adakah betul cara didikan saya terhadap mereka? cukupkan khasiat mereka dalam diet seharian...??

Beberapa minggu sebelum ini, saya dalam situasi yang buntu, tak tahu apa yang perlu di buat. Muhib hilang selera makan... sebagai seorang ibu saya risau melihat keadaan gitu. Macam-macam saya cuba ubah resepi untuk ubah selera dia. Kalau tak nasi, mee atau roti untuk karbohidrat dia... tapi dia tetap tak mahu, dia cuma suka makan biskut, dan buah-buahan sajer.. Air masak pun dia tak nak minum, jadi kenalah saye rajin-rajin buat jus buah untuk dia... tapi sekarang alhamdulillah semua dah ok (thanx jugak buat kekawan yang sudi syer resepi dalam YM), malah sekarang ni dia ’lalu’ (berselera) sangat bila makan.. apa semua dia makan..hehe

Ada satu resepi yang saya nak syer untuk semua... kot kalau-kalau anak tak mahu makan nasi, jadi boleh buat time tu untuk ganti menu nasi, resepi ni macam bebola bersayur la..

1 senduk daging atau ayam yang dicincang halus
1 sudu besar telur goreng yang dipotong halus
1 biji telur ayam
1 sudu besar bayam yang dicincang
1 sudu kecil beras yang direndam di dalam air sebelum digunakan- supaya lembut
1 sudu besar carot yang diparut halus
1 biji kentang bersaiz kecil - direbus bersama kulit, kemudian kupaskan kulit dan lecekkan.

Cara memasaknya senang jer.. campurkan semua bahan-bahan dan buatkan macam bebola gitu... then, kukus dalam 25 minit. Dah siap.... sedia untuk di makan. Kalau tak habis, boleh jugak simpan dalam peti ais.

Wednesday, October 17, 2007

You Tube Eid Fitri :-)

Sekitar majlis jamuan aidilfitri alumni KIAS 1428H - MURNI di Hotel Ansar..4 syawal, 16.10.07, selasa. saya yang bertudung hijau daun pisang... hmm yang mana satu erk..(ramai pulak yang pakai baju hijau hari tu... :-)

semoga keikhlasan menyuburkan lagi jalinan ukhuwwah yang terbina.... :-)



Moga Eid Fitri di berkati.
puasa ramadhan di ganjari.
dosa di ampuni.
syurga dekat di hati.

Thursday, October 4, 2007

Teks Khutbah AidilFitri 1428H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selesai dah...

Beberapa hari yang lalu suami saya 'sibuk' merangka dan menulis teks khutbah aidilfitri untuk Dewan Ulama' yang akan di baca pada pagi 1 syawal nanti.... (beberapa minggu sebelum tu menyiapkan buku petikan al-quran untuk tadarus ramadhan).

ada dalam 2 edisi.. rumi dan jawi.. saya dah minta kebenaran dari tuannyer :-) untuk link kat sini. kepada sesiapa yang nak, bleh ler klik kat bawah ni:


EDISI RUMI

EDISI JAWI

kalau takleh baca ayat-ayat quran, klik sini... AYAT QURAN

kalau tulisan jawi tak keluar..atau ejaan berterabur, install tulisan JAWI

Sunday, September 16, 2007

Update on Mujib

Mujib @ 2 months :-

(sama jer muka dia dengan abang long dia masa kecik , betul2 serupa :-)










Thursday, September 13, 2007

Dia datang lagi…

AHLAN YA RAMADHAN....


Dia datang lagi… ahlan wasahlan ya Ramadhan karim. Sukanya bila tiba bulan yang mulia ni. Hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dalam tahun 1428 Hijriah. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan blog dan seluruh umat Islam. (semalam saya tidak dapat menjadi makmum terawih dengan suami saya di masjid, berterawih hanya di rumah kerana menjaga anak).

Alhamdulillah kita masih dapat melakukan ibadah puasa pada tahun ini. Berapa ramai kaum keluarga, sahabat, saudara mara, jiran tetangga atau kenalan kepada kenalan kita yang sudah pergi meninggalkan kita. Bila tiba bulan ramadhan, saya pasti mengingati saat-saat terakhir ayah saya dijemput illahi 2 tahun yang lepas. Beliau meninggal dunia pada 10 ramadhan, pagi jumaat setelah solat subuh.. al-fatihah.

Semoga kita semua benar-benar memahami konsep puasa yang sebenar yang tidak hanya berpuasa pada makan dan minum saja tetapi pada semua anggota. Menjaga lidah daripada berbohong, mengumpat dan “jaga tepi kain” orang lain yang tiada kena-mengena. Jaga mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak. Juga kawal perut daripada makan minum yang haram atau syubhah.
.
Ramadhan menjelma amalkan qiam,
Hiasi ia dengan tadarus al-Quran,
Berterawihlah pada setiap malam,
Segala yang sunat sentiasa di lakukan.

Bersempena ramadhan yg mulia.. dengarkan. surah ar-rahman:

Tuesday, September 11, 2007

Aku hidup bermadu…?


Sesiapa jua tidak ingin hidupnya bermadu atau di madukan. Islam pada dasarnya membolehkan seseorang lelaki beristeri lebih dari satu dengan syarat suami harus dapat berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Namun, mampukah lelaki berlaku adil? persoalan yang sering di lontarkan dari pihak isteri untuk suami yang ingin isterinya hidup bermadu. Kenapa saya cerita bab madu- bermadu ni erk?? Entahlah yerk.
.
Saya juga hidup bermadu… hehehe.. jangan terperanjat kawan-kawan. Saya tidak bermadu dengan wanita lain.. tapi bermadu dengan perjuangan. Yerlah,dah tiap malam saya sering ditinggalkan oleh suami. Selain bekerja di siang hari, di sebelah malam pula suami saya memberi kuliah di masjid-masjid pada setiap malam… kekadang membawa ke lewat malam untuk tiba di rumah. Apatah lagi kalau tempat yang di tuju adalah tempat yang jauh. (kekadang ada jugak orang kol malam-malam, rasa bimbang gak- tapi pasrah jerlah- sebab dah yakin bangat kat suami). hmm.. entahlah.
.
Pernah suatu malam, muhib tak mahu tidur dan dia menarik-narik baju abinya (yang saya dah basuh cuma tak iron jer) dan tunjukkan pada saya, mungkin dia ingin bertanyakan “mana abi? Bila abi nak pulang?” kesian melihatnya begitu… tapi apa yang perlu saya lakukan sebagai seorang ibu? Saya cuba untuk memahamkan dia…
.
Tidak salah sekiranya kadang-kadang saya merasa sedikit sebak dan juga letih untuk mengasuh anak-anak seorang diri, tambahan pula ada si kecil yang berusia sebulan lebih. Mana nak uruskan jika pada masa yang sama yang kecil nak susu dan yang besar pun nak susu… jika yang kecil berak dan yang besar pun berak. Dan pada masa yang sama mereka berdua menangis.. Saya pula nak study.. nak menelaah pelajaran... Hmmm?


Tetapi saya sering memujuk hati agar sentiasa ikhlas dalam menjaga keluarga. bak kata pepatah arab- warak kul rajulin azim imraah. Bolehkah saya begitu? semoga begitulah hendaknya... begitu juga dalam mendidik anak dengan sebaik mungkin dan supaya keterbiasaan mereka melihat abi menelaah kitab sebelum memberi kuliah pada orang ramai menjadi ikutan buat mereka. Insyaallah..
.
Sesungguhnya islam tertegak seiringan dengan tertegaknya institusi ulama. Jadi, apalah salahnya jika saya menyokong segala perjuangannya dari belakang. Saya patut bersyukur mempunyai suami yang masa, tenaga dan ilmunya di manfaatkan untuk orang ramai.

Wednesday, August 8, 2007

Exam lagi...


Assalamualaikum warahmatullah..
Hari ini anakanda Mujib berusia 23 hari, 3.5 kg beratnya ketika berusia 20 hari. asyik tidur walaupun abang longnya 'gege'... dan dia kuat betul menyusu. tak sampai sejam mintak lagi disusui walaupun rasanya dia dah kenyang sebelum tuh... sampai naik lenguh uminya :-)
.
kesibukan menguruskan baby tidak melupakan saya dengan urusan pelajaran... exam pun tak dah tak lama.. hmm .. doakan

Sunday, July 22, 2007

Buat yang tertunggu-tunggu..... jeng jeng



assalamualaikum wrh wbh..

Hmm, hari ini hari ke-7 kelahiran anak ke 2 saya. tengah berpantang ni, bukan senang nak berblog ni sekarang.. al-maklum berpantang kat umah orang tua. alhamdulillah, anak kedua dilahirkan dengan selamatnya.. banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama, tapi saya rasa kesempatan ini agak tidak sesuai, maklum saje.. orang sedang berpantang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami. Anak kedua ini kami namakan Mujiburrahman. Lahir pada pagi 1 rejab. bersamaan 16 Julai 2007... hadiah hari lahir buat suami saya.... yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke 27 pada 18 Julai 2007... :-)

Sunday, July 1, 2007

Hari ini dalam sejarah

30 Jun 2007 - Majlis penyampaian anugerah tokoh belia negeri Kelantan 20007


Assalamualaikum semua..

1 Julai 2007 . Hari ini dalam sejarah.. (hee.. laman srikandi kali ini nak bawa kita ke alam sejarah- sekadar nak imbau kembali peristiwa yang telah berlaku). 1 Julai merupakan hari
ke-182 (hari ke-183 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory.


Dalam sejarah Malaysia pada hari ini, Gagasan Malayan Union di tubuhkan. British telah memperkenalkan pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union pada tahun 1946.


Singapura tidak termasuk dalam gagasan Malayan Union. Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris iaitu Sir Harold MacMichael untuk memujuk sultan-sultan menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union. Sir Harold MacMichael telah menggunakan tipu muslihat untuk mendapat tandatangan daripada sultan-sultan.


Perlaksaan Malayan Union telah ditentang oleh orang-orang Melayu dan sebilangan pegawai British atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya, British bersetuju membubarkan Malayan Union dan di ganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah di terima oleh orang-orang Melayu kerana syarat-syarat kewarganegaraan telah diperketatkan.

Antara yang menjadi peristiwa bersejarah dunia pula ialah :


1867 - Hari Kanada: Wilayah Kanada, Brunswick Baru, dan Nova Scotia bersatu di bawah Gabungan Kanada.

1904 - Sukan Olimpik pertama di Amerika Utara membuka di St.Louis, Missouri.


1916 - Hari pertama di Somme merupakan hari yang paling banyak menumpahkan darah dalam sejarah Angkatan Tentera British.


1991 -Pakatan Warsaw dibubarkan secara rasmi.


1997 - Kedaulatan Hong Kong, sebuah tanah jajahan British, dipindahkan kepada Republik Rakyat China untuk diperintah oleh Wilayah pentadbiran khas di bawah dasar "Satu negara, dua sistem".



Walau bagaimanapun, ada juga yang mempunyai peristiwa bersejarah pada hari ini… yang menyambut hari ini sebagai hari ulangtahun... apa2 sajer.. seperti anniversary ker, hari lahir ker.. apa sajer.


Hmm, selamat hari lahir buat saya sendiri.... :-)


Anugerah "tokoh ulamak muda" kepada suami saya semalam dalam majlis Anugerah Tokoh Belia Negeri Kelantan 2007, adalah hadiah yang bermakna buat saya sempena hari lahir saya pada kali ini... semoga semua dalam hidayahNya..

Tuesday, June 26, 2007

Sunnah Berjuang

assalamualaikum semua..

salam dari saya.. buat sementara blog ini 'di abaikan' kejab, sebab penumpuan pada peperiksaan nanti pada bulan8... saya tinggalkan dengan "sunnah berjuang". harap bertemu kembali selepas itu.. salam ukhuwwah fillah.. :)



Hanya dengan kasih mengasihi kerana Allah hati akan bertemu,
hanya dengan membangun jalan ketaatan hati akan menyatu,
hanya dengan meniti di jalan dakwah ia akan berpadu dan
hanya dengan berjanji menegakkan kalimat Allah
dalam panji-panji jihad fi sabilillah ia akan saling erat bersatu...

Tuesday, June 19, 2007

Sedangkan lidah lagi tergigit



Sedangkan lidah lagi tergigit.. ini kan pula suami isteri.. itulah hakikat kehidupan bersama.. suami isteri selama duk hidup bersama pasti ada time bertengkar atau tak sependapat... ada kan? Mesti ada punya..kalau tak banyak, sikit pun mesti ada..

Biasanya, selepas laki bini bergaduh dan bertengkar, mereka pasti mahu berdamai semula.. kalau boleh, mereka nak pergaduhan itulah yang terakhir, tapi kekadang kebiasaannya, apa yang berlaku adalah sebaliknya... esok lusa balah pulak. Hmm? nak buat macammana...? yang penting ialah, usaha kita untuk menjaga keharmonian keluarga.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari semasa ke semasa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik yang betul untuk berdamai. Pakar komunikasi interpersonal memberi panduan untuk mencapai perdamaian yang tahan lama, antaranya ialah:

Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan yang buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung nak menghukum antara satu sama lain, sebabnya nak memuaskan hati yang sedang sakit.

Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki biasa akan “menarik diri“ dengan cara tidak mahu lagi bercakap dengan si isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. nak tunjuk kuasa la sikit kononnya..

Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah ia hanya akan mempercepatkan proses keretakkan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai... ( orang kata, masih ada sayang...) janganlah menghukum.

Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun juga mahu berdamai, janganlah nak berdalih lak. Jangan pura-pura tidak sudi.. pura-pura tarik harga, sengaja jual mahal.. seolah-oalh kita dah membenci dia. Perbuatan macam gitu ada risikonya dan akibatnyer tau. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai. Ha... masa tu, barulah nak gigit jari... same jer suami ker isteri ker.. jangan buat gitu.

Jangan mencari salah
Kalau mahu untuk hidup terus bersama, berhentilah dari tabiat suka mencari salah pasangan. Perbuatan macam gitu.. mencari kelemahan kekurangan, menuduh... berleter dan mengkritik... tidak mungkin membawa penyelesaian. Ada kajian menyatakan, wanita cenderung menuduh suami bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Betul ker? Tak jugak kan......?

Elak bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif. Tak baik.. apatah lagi kalau anak ada mendengarnyer..

Senyum semula
Kajian mendapati antara perkara yang banyak di sebut oleh lelaki terhadap bekas isteri mereka ialah janda mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah... walaupun susah bagaikan memanjat tiang bendera... kena senyum jugak..sebab... senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama... Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat untuk di atasi, selagi itulah konflik yang sama akan berulang kali dan tercetus lagi.

Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi bagi mengelakkannya berulang pada masa depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan yang berfungsi sebagai label kepada perbuatan pasangan. Gunakan perkataan yang memperjelaskan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.
Isteri kekadang cuma mahukan perhatian dari suami.. tetapi di salah ertikan dengan firasat suami yang pelbagai.. jadi, suami cubalah buat manja-manja degan isteri skit... takpe.. isteri suka.. takkan nak suruh isteri aje yang manja kat dia kan...??

Kenal pasti perubahan

Perjelaskan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Nak suami kita lebih cakna kat kita ker.. nak minta isteri senyum selalu ker... atau apa pun yang kita mahukan perubahan dari pasangan... beritahulah dengan jujur.
Ramai orang, apabila mahu pasangannya mengubah tingkahlaku, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan yang mempunyai banyak makna (buat ayat kiasan la pulak.. terus terang jerlah..). Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu nak dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan tuh, ibarat manusia yang boleh berceramah, tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara bagaimana berceramah dengan berkesan.!

Wednesday, June 13, 2007

Muraqabah


Alhamdulillah... bersyukur kepadaNya, masih lagi kita di panjangkan usia dalam menjalani pentaklifan sebagai hambaNya di muka bumi Allah ini. Saya betul-betul minta maaf kepada penyinggah blog, mesti hampa sebab takde apa yang nak saya sajikan. Lama betul saya tinggalkan dunia blog ni.. memang rindu sesangat nak menulis.. bukannya apa, kami baru jer selesai urusan pindah umah (tapi mengemasnya memang tak habis-habis lagih nih..)

Sekadar tazkirah buat diri saya dan sahabat fillah... Dalam kita menjalani amanat Allah seringkali kita alpa untuk benar-benar menjadikan diri kita taqarrub kepadaNya. Kekadang susah untuk kita merasakan kehadiran Allah swt dalam ibadat kita... kan? (Diri ini lah tu...).

Sebenarnya itulah maksud muraqabah sebenarnya. Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).

Sebelum kita start sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, cubalah kita bertanyakan dalam diri masing-masing.... apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti??? atau adakah kerana dorongan mahukan redha Allah swt?


Ada 4 jenis muraqabah iaitu :

1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepada-Nya.

2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.

3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.

4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran dan keyakinan.

Jika kita lihat contoh sahabat Nabi saw, Saidina Umar r.a pernah mengajar jiwanya sendiri ketika ketinggalan solat fardu berjemaah iaitu dengan cara menghidupkan semalaman suntuk pengabdiannya kepada Allah swt sebagai penebus solat jemaah yang ditinggalkannya tadi. Hmm, kalau kita.. rasanya, bolehlah sekadar beberapa minit di atas tikar solat!

Jiwa dan hati kita memerlukan penelitian setiap hari dan harus ditingkatkan mutu ibadat setiap hari sehinggalah ajal menjemput kerana di sinilah letaknya keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

• Orang yang suka memperhitungkan keadaan dirinya sendiri sebelum diperhitungkan nanti di akhirat, pasti akan ringanlah perhitungannya pada hari kiamat.

Wednesday, May 30, 2007

Breech (?)


Assalamualaikum semua.. hari ni perasaan saya bercampur-campur macam abc campur.. semua ada.. suka, bimbang, sedih, letih dan sebagainya... takpe je, bleh handle tu semua.. insyaallah...

Hmm.... saya check antenatal macam biasalah hari ni tapi mengejutkan saya sebab misi tu kata anak saya breech..terkejut jugaklah sebab anak sulong saya dulu semua okey jer.. dari awal kehamilan sampailah proses bersalin tu semua, tapi saya sedikit lega apabila terbaca artikel yang ditulis oleh arwah Prof Dr Azizan tentang masalah bayi songsang.


Bukannya apa pun lagi sebab kandungan baru berusia 31 minggu.. sebab baby ni akan bergerak lagi.. kalau dah masuk 34 minggu masih lagi songsang, itu yang problem. Adalah biasa sebenarnya kalau kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yang dipenuhi cecair amnion... tapi sesetengah orang suruh berurut, minta tok bidan betulkan kedudukan bayi, sebenarnya boleh ker gitu yer? tak bahaya ker?

Sebenarnya lebih 90% bayi di lahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada breech atau melintang. Bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Punca baby songsang ni merupakan satu petanda bahawa baby yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pra matang.. sebab tu tarikh akhir putaran haid si ibu perlu disemak semula. Jika semuanya betul dan bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Baby songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan atau berkurangan. na'uzubillah... minta jauh tu semua.

Saya berbincang dengan seorang kawan, cadangannya minggu hampir bersalin nanti makanlah ketam guri... saya tak pernah dengar istilah ni...? dan tak tahu bentuk dia macammana? hmmm :?

Monday, May 28, 2007

Apa ada pada nama?

Apa ada pada nama.. yer? Bukan nak kejar 'nama' berpangkat.. tapi 'nama' di sini sekadar nama panggilan untuk si kecil. Ia penting sebenarnya, kalau takde nama apa orang nak panggil dia pulak, kan? Saya masih tercari-cari panggilan apa yang perlu di berikan kepada ‘orang baru’ kami yang akan datang tak lama lagi nih.

Muhammad Harith Haikal Daniel bin Muhammad Badrul Hisham. Wah, banyakknya huruf yang di gunakan. Memang sedap didengar, tapi praktikalkah nama tu? Terdapat beberapa masalah jika nama anak terlampau panjang. Selain nama susah di ingat.. anak ini nanti akan hadapi masalah bila nak isi borang unit pusat Universiti yang hanya menyediakan petak huruf terhad… kalau anak perempuan pula, tentu sukar untuk bakal suami untuk menyebut nama itu ketika akad nikah nanti. Hmm :?

Sebaik-baik nama ialah 'Abdullah dan 'Abdurrahman. Nama yang paling sesuai adalah Harits dan Hammaam. Nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah. Taruhla nama anak-anak yang baik-baik sajer.. sebab itu doa dari kita selaku parent diaorang.

Nama sesuatu yang penting sebab dalam Islam, antara tanggungjawab mak bapak terhadap anak mereka ialah memberi anak nama yang baik. Menurut undang-undang negara kita pula, nama anak perlu di daftarkan dalam tempoh 14 hari selepas kelahiran. Jadi, kena fikir baik-baik sebab gelaran ni lah dia nak guna sampai ke tua malah hingga di ‘sana’ pun nanti. Hmm… nak beri nama apa yer? Banyak sangat kalau nak list sebenarnya… tapi kalau mengikut pengalaman, abinya lah yang menang.. abi dia pula, biasa tak fikir banyak untuk nama.. kejab jer yang terlintas di kalbu.. itulah yang di kira. Saya pun tak kisah.. tapi kekadang kisah juga… aikss..

Kalau orang dulu-dulu, mereka suka taruh nama anak mereka denagn panggilan yang selalu mereka guna dalam seharian jer, mudah bagi mereka tanpa mengira makna dalam bahasa arab… (saya tak nak sebutlah contoh-contoh nama tu, kot nanti ada yang tersinggung.. hehe..)

Satu lagi fenomena orang suka buat.. mereka gabung antara nama isteri dia, suami dia, kekadang tok nenek mereka sekali…mereka nak biar nama anak tu panjang-panjang… kalau misal kata, nama si ayah Arsyad (panggil Ar), pastu nama isteri dia Zainab (panggil Nab)... kalau di gabung jadi namanya apa yer? ish... dasyat tuh.

Tapi ingatlah... kebanyakan nama bayi Islam di zaman Rasulullah saw adalah singkat.. takde yang panjang-panjang sehingga merubah makna sebenar.

Nak beri nama anak ni biarlah yang ada maksud baik dengan harapan panggilan mak bapak ke atas anak merupakan satu doa untuk dia. Tapi kekadang nama yang baik sebutan dan maksudnya pun, tidak semestinya boleh di terima atas sebab agak kontroversi seperti : Osama, Ladin, Hamas dan Saddam. Orang yang nama ni mesti banyak masalah kalau mereka nak pergi ke Amerika atau Eropah. Malah, melihat perkataan BIN pun mereka dah kalut!

Nama mencerminkan segalanya... Jadi, pilihlah yang terbaik buat mereka.

Sunday, May 27, 2007

InsyaAllah...selamat..


Kesibukkan menguruskan si kecil 17 bulan ini di tambah pula dengan kesibukkan dalam pengajian saya membuatkan saya tidak banyak berfikir untuk mengimbas saat mendebarkan yang penuh dengan seribu satu persoalan mengenai kelahiran nanti… walaupun sekarang kandungan dah masuk minggu ke 31.

Saat menantikan kehadiran ‘orang baru’ memang di nantikan... dan kebanyakkan bakal ibu pasti akan rasa bimbang serta takut sebenarnya untuk menanti saat dan tika untuk bersalin, masa yang akan tiba tentunya kita akan sering memikirkan samaada selamatkah kedua-dua nyawa itu nanti. Itulah perasaan saya sekarang… Cuma doalah yang penting, semoga anak yang di kandung akan lahir dengan selamat dan sempurna sifatnya... menjadi anak soleh seperti abang longnya..

Kalau dulu, masa mengandungkan Muhib, habis semua orang saya tanya tentang pengalaman bersalin mereka… episiotomi macammana? Perlu ker? Sakit ker? Nak tahu time baby nak keluar macammana? kontraksi nanti apa perlu buat?.. dan macam-macam persoalanlah yang timbul. Mana taknya, pengalaman belum ada masa tu.. di tambah dengan perasaan takut sebab majoritinya yang cerita kat saya ialah tentang betapa sakitnya saat bersalin dan episiotomi tu nanti..

Terkenangkan itu semua membuatkan saya bersyukur sesangat. Alhamdulilah… apa yang berlaku semua atas kuasa tuhan. Saya bersalin tanpa rasa sakit yang kuat.. kontraksi pun sekejab… (saya berharap kandungan kedua ini pun begitu juga). Saya masuk labour room dekat pukul 9 pagi dan rasa nak bersalin sekejab sejurus itu. (Hmm… tekenangkan masa awal kelahiran muhib di letakkan atas dada saya… sayu jer saya lihat dia.. terasa ‘keibuaan’ saya meresap ke naluri.)

Doktor pun pada asalnya tak berapa nak peduli lagi sebab katanya anak sulong ni mesti lambat sikit, mungkin masa nak jumaat nanti (hari jumaat), tapi kenyataanya ternyata salah sebab saya bersalin tepat jam 10.45 pagi tu. Siap boleh berbincang lagi dengan doktor masa dia buat episiotomi. Sedikit pun tak rasa sakit.. Cuma saya penat sangat-sangat sebabnya sebelum tu saya tak makan apa-apa.. berbekalkan beberapa biji buah kurma dan sedikit air saya panjatkan doa ke hadrat Allah swt supaya kelahiran selamat dan di mudahkanNYa.. Alhamdulillah segalanya diperkanankan.

Semoga Allah meempermudahkan segala urusan kelahiran kali kedua ini seperti kelahiran yang pertama dulu... dan semoga syariat juga dpt di jaga... semoga selamat semuanya

Saturday, May 26, 2007

3 Kunci Kebahagiaan Hidup

Ali : Hhuhh.. ahh (Ali mengeluh, seakan orang yang putus harapan)


Ahmad : Kenapa dengan engkau ni Ali?

Ali : Entahlah.. semua yang aku buat semua serba tak kena aje. Kenapa aku sering rasa tak bahagia dalam hidup aku? Hati tak tenteram je rasanya.

Ahmad : Bertenang… istighfar banyak-banyak.. ingat Allah sedang menguji.
.................
Biasa tak dialog ini kita dengar? Kekadang hati yang tenang pun boleh jadi gundah gulana. Siapa yang tidak mahu mengecapi kebahagiaan hidup? Ianya perkara yang sering kita idamkan dalam hidup ini.. betul tak? Takde yang hidup dalam dunia ini yang di tanya, akan membantah untuk mengecapi bahagia.

Setiap manusia yang beriman pasti menginginkan kebahagiaan hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Kita tidak semestinya mempunyai simpanan wang jutaan ringgit di bank, atau memiliki apartmen mewah di pusat bandar, atau berjawatan tinggi, atau juga mempunyai isteri yang cantik menawan untuk mengecapi hakikat bahagia sebenarnya.. tapi seseorang itu hanya perlu melakukan 3 perkara sahaja.. seperti di dalam hadis ada menyebut:

Uqbah bin Amir r.a bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah, apa sahaja yang boleh menjadikan seseorang itu Berjaya dab bahagia dalam hidupnya?. Rasulullah menjawab, “Peliharalah lidahmu, berlapanglah kamu di rumahmu, menangislah terhadap kesalahan (dosa) yang engkau lakukan” (HR Abu Daud, Tirmidzi, dan lain-lain)

Memelihara lidah.
Kerana lidah.. rosak persaudaraan yang terjalin. Kerana lidah, retak hubungan yang tersimpul rapi sebelum ini. Kerana lidah, orang lain merana. Bukan kerja senang untuk ‘meluruskan’ lidah kalau lidah yang dah biasa mencaci dan mengata orang. Sebab tu, kita kena jaga lidah ni daripada menyakiti hati orang lain. Kalau dah tak tahu nak buat apa dengan lidah tu.. baik ajer diam.. dapat elak dosa free… dalam hadis pun ada menyebut, hadis daripada riwayat Bukhari dan Muslim : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.

Berlapang-lapang semasa di rumah.

Maksudnya di sini bukanlah nak biarkan rumah jadi lapang gitu aje.. tetapi kita perlu menghidupkan fungsi rumah itu sendiri sebagai tempat membina keluarga bahagia dan aman damai, serta menjadikan suasana rumah yang membolehkan kita beribadat kepada Allah. Rumah juga merupakan ‘madrasah’ pertama kehidupan kita untuk beramal, berukhuwwah dan membina masa depan keluarga. Kalau dah umah pun tunggang langgang, pastilah hidup pun tunggang langgang kan?

Menangisi kesalahan dan dosa.

Percayalah… dosa akan membuatkan hati seseorang itu tidak tenang. Semakin banyak seseorang tu buat dosa, semakin tidak tenanglah dirinya. Sebab tu timbulnya keluh kesah dan sebangainya. Cara untuk menghilangkan dosa ialah dengan bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Sesungguhnya beruntung kalau hati seseorang itu sering menangisi dosa-dosa yang telah dilakukan.

Demikian sederhana kunci kebahagiaan yang di berikan oleh Rasulullah saw dengan penuh makna tersirat tetapi besar erti untuk kita mencapainya. Terpulanglah pada kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan. Semoga kebahagiaan di dunia dan di akhirat milik kita bersama... insyaAllah. Sama-sama kita berdoa...

Friday, May 25, 2007

Rahsia alam.... Buah-buahan

Siapa yang tak suka makan buah, angkat tangan? hehe... Rasanya tak ramai yang tak sukakan buah. Saya sendiri termasuk dalam kategori 'hantu buah'.. suka sangat makan buah.. sebab saya tahu buah-buahan mengandungi gula semula jadi yang mampu merangsang otak menjadi lebih cekap berfikir dan mengingati sesuatu perkara. Bila makan buah tak payah nak takut terkena kencing manis ke apa ker... sebab ia manis yang ori..

Buah-buahan sebenarnya menjadi sumber air utama selepas air biasa, sebabnyer... 80 peratus kandungan buah-buahan terdiri daripada air. Jadi maknanya, sayuran pun tak mampu menggugat kedudukan buah dalam bab jumlah kandungan air ni.

Setiap manusia akan mengalami masalah depresi... takde sape yang dapat elak daripada kejadian ni, sebab tu nak kena makan buah secukupnya... kalau tak percaya, cuba amalkan makan buah selama 30 hari.. pasti ada kesannya...

Sebuat pasal kolestrol pula, semua orang mahu mengelaknya.. macam-macam makan ubat itu ubat ini... sebenarnya dalam buah-buahan, ianya 100% bebas dari kolestrol. Malah ia juga di katakan boleh menguruskan badan.... sebabnyer, dalam buah ada fiber... fiber ni elok untuk mengatasi maslah peredaran darah... mengurangkan kolestrol.. dan memudahkan anda membuang air. Jadi, untuk mengambil fiber yang banyak.. buahlah jawapannya...

Buah juga mudah di dapati.. tapi kekadang mahal kan? (hm...itula, kalau ada peniaga buah terbaca artikel ni, harap sangat dimurahkan sedikit harga buah-buahan tu....). Tapi kalau anda ada kelapangan atau kawasan rumah yang ada lebihan tanah.. baik tanam sendiri buah-buahan kan.. ?

Antara buah-buahan yang saya boleh buat kesimpulan tentang khasiatnya ialah:

Betik : mempunyai khasiat melancarkan pencernaan makanan, anti sembelit dan.... meningkatkan nafsu makan.. jadi, kalau anak-anak anda tak suka makan.. galakkan mereka makan betik. Insyaallah.. 'lalu' diorang makan nanti.

Tembikai : Baik untuk mengelakkan kanser... penghilang dahaga... kan?

Nenas : Membantu dalam pencernaan protien, menyihatkan mata, menurunkan kolesterol darah dan menjaga kesihatan kulit.

Limau : Menyembuhkan masalah seriawan, menghilangkan batu hempedu, dan mencegah sembelit.

Epal : Mengandungi antioksidan dan flavonoids yang mana ia menambahkan aktiviti vitamin C dengan menolong menurunkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.

Kiwi : Ia banyak mengandungi kalium, magnesium, vitamin E, serat, dan mengandungi 2 kali ganda vitamin C berbanding sebiji buah oren.

Hmm... banyak lagi lah buah-buahan lain yang banyak khasiatnya... jambu, pisang, strawberi, oren, rambutan, anggur dan sebagainya.. yang boleh di rumuskan ialah, makanlah buah-buahan kerana ia sangat baik untuk kesihatan diri kita... bila badan sihat banyak perkara yang kita boleh buat nanti.... okey... itu saja buat kali ini.

Monday, May 21, 2007

Memuji Isteri



Hmm.. laman srikandi kali ingin membawa anda semua ke alam ‘kesuamian’.. ‘memuji isteri’ sesuai untuk bacaan bagi insan yang bergelar suami…tapi kalau orang perempuan baca pun apa salahnyer…. kan?

Sebagai seorang isteri mestilah kita sering ingin dipuji oleh suami kita.. betul tak? Rasanya takde isteri yang tak nak suaminya memberi pujian kepada dia. Bukan nak menggalakkan untuk jadi riak atau bangga ker apa ker…jauh sama sekali, tapi perasaanya akan membuatkan kita berasa diri dihargai dan disayangi.. betul tak wahai sekelian isteri?

Yelah, dari bab memasak lauk pauk.. membuat hidangan petang… membuat air.. mengasuh anak.. membasuh baju… menyeterika pakaian… menyelenggarakan rumah… memenuhi kehendak suami dan sebangainya… takkan sikit pun tak boleh nak bagi pujian, kan? Sebenarnya bagi seorang isteri, pujian akan menjadikannya lebih ‘semangat’ untuk melakukan kerja rutinnya…

Tapi kekadang kalau suami tak pernah nak bagi pujian walaupun dah hidup bersama berpuluh tahun… tiba-tiba memberi pujian pada kita.. ish… gerun jugak tu.. kot ada ‘something wrong’ jer… contohnya, isteri buat nasi lemak, suami yang selama ni tak pernah nak bagi pujian tetiba buat pujian mengejut… tentulah si isteri akan rasa ‘ada udang di sebalik mee’… kekadang benda yang tak patut beri pujian di beri pujian, macammana si isteri nak percaya.. jadi, kalau nak puji tu biarlah bertempat yer…

Seharusnya isteri perlu ada rasa percaya dan yakin pada suami dalam hidup berumah tangga.. janganlah su’uz zann (bersangka buruk) terhadap suami… suami pula janganlah membiarkan isteri dalam berkeadaan demikian… nanti hilang harmoninya…

Sebenarnya kita boleh bezakan antara pujian yang diberikan pada kita ikhlas atau tidak. Pujian yang ikhlas sentiasa menimbulkan perasaan positif kepada si penerima sebenarnya. Jadi, Pujilah isteri anda dengan teknik-teknik yang betul supaya isteri bertambah kasih dan sayangnya kepada anda. Memuji isteri dengan cara yang betul akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri , antaranya ialah:

a.Isteri akan berasa dirinya sangat istimewa dan berbeza daripada wanita-wanita lain.

b. Keyakinan diri si isteri akan naik dan keupayaannya akan meningkat.. Hasilnya dia akan dapat meninggikan lagi prestasinya.

c.Keyakinan isteri terhadap diri suami akan bertambah teguh.

d. Isteri akan bertambah yakin bahawa hubungan perkahwinannya masih kukuh.

e. Isteri akan bertambah yakin bahawa dirinya masih disayangi.

f. Si isteri merasa yakin bahawa cara dia melayan suami adalah betul, seperti yang dikehendaki oleh suami.

g. Estim-diri si isteri akan meningkat.

h. Isteri akan bersikap lebih terbuka untuk mendengar nasihat dan teguran daripada suami.

Percayalah…. jadi, janganlah lupa untuk memuji isteri anda... yer? hmm... :)

Thursday, May 17, 2007

Menyemai Budaya Membaca


Ish.. Nak pilih buku mana ni ?... "Kisah Parameswara" ni macam sejarah jer...


Buku "Keluarga Dollah yang suka membazir" ni macam dah pernah dengar...


Nanti... Muhib nak tengok hak lain la.. nak cari buku... buku.... yang tajuk dia.. "Sejarah perjuangan Nabi" tak jumpa pun nih... ish, kat mana dia letak?

Ops... dah selerak... biar Muhib susun balik.. tak baik selerak-selerak... nanti umi marah...

Umi... abi... Muhib ambil buku ni lah..."Kisah raja bersiung" lah... nanti abi tolong bacakan yer..
----------------------------
Budaya membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak-anak mereka.. yela,semua mak bapak mahukan anak mereka berjaya,kan? Jadi kita kenala usaha sikit.. anak-anak ini sebenarnya perlu dididik menjadi ‘ulat buku’.

Tidak semua anak dilahirkan bijak. Kebanyakan anak dididik untuk menjadi bijak. Kesannya kita akan lihat tetapi bukan segera, didikan tersebut hanya boleh dilihat dan dinilai setelah beberapa tahun.. kita kena usahalah sikit…

Membaca cerita sebenarnya adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka belajar membaca.Muhib sejak kecil lagi dia memang tak banyak menangis.. suka tengok sekeliling dia jerk… tidur pun tak banyak..(selalu je gerak kaki dan tangan dia..) sebab tu saya ambil kesempatan dia yang tak tidur dan tak menangis ni dengan bercerita dengan dia… (apa jua jenis buku pun takpe sebenarnya asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka… buku-buku sirah ker… storybook ker…) saya baca mangadap dia dengan menggunakan ekspesi gaya terutama sekali suara.. tak perlu lama pun, saya buat cukup 5 hingga 7 minit jer sekali cerita…percayalah, dia akan cepat ‘ tangkap’ dan kekadang kita akan terkejut dengan respon yang baby berikan.. kita pun seronok kan bila tengok perkembangan begitu….

Ada beberapa teknik di bawah ini sebagai panduan untuk menyemai budaya membaca di kalangan anak-anak:

Biarkan anak melihat anda membaca sebagai satu keseronokan.
Jangan memaksa anak anda membaca kalau mereka tak suka.. tetapi sedayanya cuba terapkan dengan cara ; amalan kita yang suka membaca… kita bacalah apa pun 'produk' bahan bacaan di hadapan mereka.. nak baca newspaper ker.. nak baca buku apa saja pun kita baca depan dia…biar dia tengok kita begitu... (Muhib masa kecil selalu mengoyakkan newspaper abi dia.. sekarang pun asyik nak ambil buku yang umi nak baca... kena bagi jugak buku lain kat dia...)

Galakkan anak anda “membaca” kepada anda.
Bila anak anda buat begitu… jangan lupa untuk memuji atas usahanya itu walaupun nampak kecil tapi ia amat berharga untuk si kecil… dan kekadang try cari buku dalam bahasa asing pula… seperti bahasa Inggeris dan bahasa arab.. galakkan mereka menguasai dua bahasa tersebut..

Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda tulisan.
Kalau kita naik kereta nak ke mana-mana.. tentu banyak terdapat signboard yang ada tulisan… banyak sangat kan? jadi sambil-sambil duduk dalam kereta tu apa salahnya bagitahu si anak…bacakanlah untuk dia.. memang dia tak reti lagi baca… tapi itulah sebenarnya satu galakkan untuk mereka membaca.. selain kat atas jalanraya, kat makanan kita beli pun kekadang ada tertulis sesuatu.. jadi, bacalkan untuk mereka.

Simpan bahan-bahan membaca dan menulis di tempat yang mudah di ambil.
Buku, majalah, pensel dan kertas simpanlah di tempat yang mudah untuk mereka ambil. Tapi para ibu kenalah rajin-rajin untuk menyimpan balik bahan-bahannya.. kena buat ‘dek’ dengan keselerakkan yang anak-anak tinggalkan… takpelah… sebab itu yang menjadikan kita ‘slim’ nanti... hehe

Jangan jadikan waktu membaca sebagai ugutan.
Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda kurang berminat untuk membaca… Jangan memaksa anak anda membaca. Cuba jadikan masa membaca masa yang menyeronokkan agar anak anda dapat memupuk minat membaca. Jangan jadikan masa membaca seolah-olah masa yang menggerunkan mereka.. nanti mereka ‘lari’ dari tabiat yang suka membaca. try cari inisiatif lain...

Jangan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain.
Tahap keupayaan anak-anak tak sama walaupun mereka adik beradik bahkan walaupun mereka kembar seiras.. ada antara mereka cepat menerima apa yang kita ajarkan dan ada pula yang sebaliknya.. kekadang anak-anak pintar tidak menunjukkan prestasinya sekarang tapi di masa akan datang… setelah kita sebagai ibu bapa berusaha yang terbaik untuk anak-anak, berdoa dan bertawakkallah.. semoga mereka menjadi anak berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara nanti.. jadi, jangan cuba bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain yer… walaupun anak kita ‘lebih’... ingat tu yer..

Wednesday, May 16, 2007

Kisah dua ibu hamil


Hari ini 16 Mei sambutan Hari Guru di sambut di merata tempat.. ia disambut sebagai memperingati jasa dan penat lelah serta tabur bakti terhadap anak-anak didikannya... tetapi dalam sambutan yang menggalakkan kita bersikap terima kasih serta bersikap amalan murni ini ada pula kisah yang cukup menyayat hati, kedua-duanya kisah mengenai ibu yang hamil..

Sekali baca berita ni agak meyeramkan saya sebabnya tergamak si suami tendang perut isteri yang mengandungkan anak dia kerana si isteri tak mahu menggugurkan anak yang ada dalam kandungannya... ingatkan kes begini terjadi kalau anak tu anak luar nikah.. tapi ini sebaliknya, anak tu memang anak 'dalam nikah' tapi cuma masih belum mendaftar di Jabatan Agama Islam Kelantan je... di mana sikap penyayang lelaki tersebut? hilang sudahkah pertimbangan akal warasnya?


Dalam pada itu juga satu lagi berita sedih seorang ibu yang mengandung dua bulan (Rosmawati Rasidin, 27) maut ditimpa pokok kelapa sawit yang tumbang di bilik tidurnya di Jalan Tanjung, Kampung Batu 9, Sijangkang. Manakala suaminya Mohd. Arshad Aziz, 29, dan bayi mereka Nurul Azwa, 10 bulan selamat dalam kejadian tersebut.... takziah buat keluarga mereka.. semoga mereka bersabar atas ujian Allah swt.

Kedua-duanya berita tentang ibu hamil tetapi berlainan kisah... apa yang penting sama-samalah kita mengambil iktibar... Jadilah insan yang bertimbang rasa dan berfikiran positif.... dan... ingatlah ajal dan maut kita ada di mana saja... apabila datang masanya kita tidak dapat 'lari' dari ketentuan ajal yang telah pun Allah tentukan.... walau di mana... walau berapa pun usia kita.. walau apa pun sedang kita lakukan... doalah sentiasa, agar kita mendapat husnul khatimah...

Selamat Hari Guru


16 Mei... Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah banyak berjasa... Jasamu ku kenang selamanya

Monday, May 14, 2007

Perihal Sang Semut


Nampakkah anda kalau haiwan kecil yang bernama semut melintas di depan anda? Saya kekadang terfikir juga apabila melihat mereka berjalan dalam satu barisan… dan apabila ada semut berlainan jalan atau arah… mereka seolah-olah ‘berbisik’...seperti ada berita yang mereka syer dengan sahabatnya sang semut yang lain.

Banyak pepatah Melayu yang menggunakan modal ‘semut’ sebagai sandaran. “Di mana ada gula di situ ada semut”... “Pijak semut pun tak mati ”...(saya pun tak faham, kenapa perlu pijak semut sampai mati untuk menyatakan dia seseorang yg baik?) tak pasal-pasal kita guna perkataan ‘semut’ tanpa minta izin dari tuannya untuk menjadi pepatah kita.

Bila sebut “semut”… sesiapa pun kenal spesis haiwan yang kecil ini, walaupun ia kecil tetapi mempunyai keistimewaan sehinga Allah swt menyebutnya di dalam al-Quran. Di dalam surah an-naml, ayat 17-18 Allah swt berfirman yang bermaksud :

"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Pada masa dahulu.. mereka yang membaca ayat ini akan mempersendakan bahawa al-Quran adalah sebuah cerita dogeng kerana ia menceritakan tantang semut yang bercakap antara satu sama lain. Namun, bagaimanapun ia telah dibuktikan oleh sains moden bahawa corak kehidupan semut hampir sama dengan corak kehidupan manusia. Berikut antaranya yang saya petik dari buku "Al-Quran dan Sains Moden... Faktanya bercanggah atau tidak?" oleh Dr Zakir Naik :

1) Semut akan menanam ‘jenazah’ semut lain yang telah mati.

2) Semut juga mengamalkan sistem yang sama dengan manusia dalam melakukan kerja kerana di kalangan mereka terdapat ketua dan pekerja-pekerja dalam melakukan sesuatu kerja.

3) Mereka ber‘cakap’ pada waktu-waktu tertentu.

4) Mereka menggunakn sistem yang canggih untuk berkomunikasi.( cara dia la tu kot)

5) Mereka menukar barang-barang mereka dalam ‘pasar harian’.

6) Mereka dapat menyimpan biji-bijian dengan lama pada musim sejuk. Apabila bijian itu bercambah mereka akan memotongnya untuk mengelakkannya daripada rosak. Jika bijian tersebut terkena air, mereka akan mengeluarkannya untuk dijemur di bawah matahari.

Sunday, May 13, 2007

13 Mei... Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu Buat Bonda Tersayang
(Hjh Habsah binti Abdul Kadir dan Hjh Noriah Abd Rahman)

Umi.. ibu… mama… mak..mummy.. dan sebagainya… tak kisahla apa jua panggilan yang dipanggil untuk orang yang telah membawa kita ke dunia ini dengan izin Allah, seorang wanita yang sanggup mengandungkan kita sembilan bulan dengan penuh kerelaannya… dengan kepayahan dan penat jerih bertarung nyawa semata-mata mahu melihat kita selamat dan sihat keluar dari rahimnya. Tiada manusia yang mampu tersenyum dalam kesakitan… tiada insan yang mampu mengucup dalam kemarahan… hanya mereka…. mereka yang bergelar ibu..

Saya semakin memahami hati dan perasaan seorang ibu setelah saya sendiri bergelar seorang ibu.. (anak saya belum mampu untuk mengucapkan hari ibu untuk saya…hmm, sebab dia masih kecil). Hati saya akan berasa sayu apabila mengingati detik dulu.. kini dan selamanya ibu menatang bagaikan emas permata dengan belaian kasih dan sayang.. mereka berkhidmat untuk kita siang dan malam. Kalau ada nyamuk gigit sikit, pasti dia akan susah hati.. kalau kita demam sikit pasti dia akan risau.. kalau kita menangis sikit pasti dia akan runsing… mana ada insan lain seperti golongan mereka ini? Benarlah… syurga di bawah telapak kaki ibu.

Hari ini 13 Mei 2007, rakyat seluruh dunia menyambut Hari Ibu atau juga disebut Mothers Day. Ia disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun… hakikat yang sebenarnya, jasa mereka tak terbalas walau setiap hari kita menyambut Hari Ibu… tetapi sekurang-kurangnya Hari Ibu yang disambut ini menjadi ‘hadiah’ untuk mereka… dan yang paling penting, perlu sangat kita jadikan hari ini sebagai hari memuhasabahkan diri.. merenung kembali segala jasa mereka walau mereka tidak pernah mengharapkan balasan.

Pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka untuk kita memang tidak ternilai harganya dan tidak boleh di bayar dengan segala kekayaan serta kemewahan. Hati seorang ibu ini pasti cukup untuk merasa puas sekiranya kita mengingati dan menghormatinya sebagai tanda dialah yang sentiasa bertakhta di hati.

Mereka memang insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Rugilah mereka yang tidak menyayangi ibunya seperti ibunya menyayangi dia…Rugilah mereka yang tidak mahu mengambil kesempatan untuk mendapat ganjaran pahala kerana menjaga seorang ibu. Wahai insan bergelar anak, jagalah mereka sebelum mereka ‘pergi’.

Selamat Hari Ibu…. untuk semua insan bergelar ibu

Friday, May 11, 2007

Orang-orang yang didoakan malaikat


Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak", Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimuliakan. mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya. (Surah al-anbiyaa’ ayat 26-28)

Malaikat merupakan makhluk Allah yang taat dan patuh terhadap segala perintahNya .. Mereka juga telah lama diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia yang pertama lagi... malah malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Nabi Adam as.
Para malaikat tidak pernah membangkang atau melawan segala perintah Allah. Mereka makhluk yang diciptakan Allah swt daripada cahaya. Memandangkan mereka adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah swt…Mahukah kita jika kita ialah termasuk dalam kategori orang yang sentiasa didoakan oleh para malaikat? Tentunya mahu kan….? Antara golongan tersebut ialah :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang duduk menunggu solat.
3. Orang yang berada di sof hadapan dalam solat.
4. Orang yang menyambungkan sof solat (dia tidak membiarkan berlaku kekosongan di dalam sof solat).
5. Para malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solat setelah melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang-orang yang berinfak.
10. Orang yang makan sahur.
11. Orang yang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Wednesday, May 9, 2007

Khasiat Serai



Tak lama lagi saya akan 'say good bye' pada pokok serai yang saya tanam di belakang rumah ini sejak mula-mula pindah ke sini lagi sebab bulan depan kami akan berpindah ke rumah lain yang lebih selesa... sekarang pokok serai ni dah tumbuh merimbun pun... bukan apa, nanti lepas ni mesti teringat betul kat serai belakang rumah ni.. yelah, selalu sangat saya guna serai ni bila nak masak.... nak buat tomyam, rendang dan lain-lain lah... kalau tak masukkan serai dalam masakan tentu kurang sedap nanti... hmm, betapa kuatnya pengaruh serai ni, kan?

Kekadang selalu juga saya kirim serai buat kawan-kawan di bumi ambiya' (Mesir).. sebab khabarnya kat sana takde serai. Selain tanam buat makan sendiri… elok juga bagi kat orang lain.. buat tanda ingatan dari kejauhan… hehehe....

Serai dalam bahasa saintifiknya ialah "cymbopogon citragus" (saya tengok kamus), bagus tau untuk wanita dalam pantang.. mak saya buat mandi wap selepas beberapa minggu bersalin dengan menggunakan serai dan beberapa jenis tumbuhan lain seperti daun limau purut + pandan + daun kunyit + lada hitam. Semua bahan ni direbus dalam periuk besar, bila dah gelegak.. halakan semua wapnya ke badan dan muka.. bila dah suam air rebusan tadi, boleh lah di buat air mandian. hmm... tahu tak apa kesannya?Badan kita akan terasa segar dan berbau wangi selain dan ia dapat menyeimbangkan pengeluaran minyak di kaki.. (kalau kaki jenis berpeluh).

Apa yang saya tahu sebelum ini, serai juga elok untuk rawatan demam... kerana ia boleh menyejukkan badan yang panas... (dengan cara - mandi air rebusannya atau airnya dibuat tuaman kat badan dan dahi). Serai juga kaya dengan kandungan “citral” yanag dapat membantu prses pencernaan, melegakan kekejangan, meredakan ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala… (cara ; minum rebusan air serai).

Entah kenapa saya bercakap tentang serai pada kali ini.. bukannya saya nak promote produk berasaskan serai.. hmm, mungkin tadi tertengok serai kat belakang umah ler tadi ni.. apa pun harapnya dapat berkongsi manfaat. Mana tahu boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang memerlukan… rawatan ni asli dan murah.. tak keluar duit pun… kan? Kekadang makan ramuan asli gini, lebih baik dari telan panadol… iyer tak?

Tuesday, May 8, 2007

Wuduk dengan segelas air


"Wuduk Secawan Air"... Saya membelek-belek majalah i keluaran terbaru bulan ini.. (belinya dah lama, tapi belum khatam lagi.. ehek.. banyak agenda la katakan...) hmm, tajuk ni nampak menarik dan serta merta ingatan saya singgah pada syarahan Prof dalam kuliah semester lepas... beliau menceritakan pengalamannya yang berada di perantauan... dan menggunakan hanya segelas air untuk berwuduk. Kita boleh ke buat begitu? hmm... (tepuk dada tanya lah iman..)

Rasulullah saw mengajar kita supaya mempunyai akhlak dalam penggunaan air.. penting untuk kita tidak membazir sekalipun kita mengambil wuduk di sungai yang mengalir.. (apalagi kalau guna air aip yang mengalir deras…)

Kita patut bersyukur sebenarnya sebab bumi Malaysia ni kaya dengan sumber air.. di mana-mana pun ada air... takde yang ada sungainyer kering kontang kecuali kita yang mengontangkannya (dengan cara pencemaran...). Kekadang sikap kita yang alpa menjadikan kita tanpa was-was menggunakan air tanpa bersikap cermat.. (dengan kata lain - membazir!). Kalau tak percaya, acu try tengoklah sikap segelintir dari kita... time ambil wuduk... habis semua kuyup.. kalau tak basah kuyup semua, tak sah.... sebenarnya dia nak ambil wuduk ke atau nak mandi wuduk..?

Ambil wuduk syaratnya rata di bahagian anggota yang fardu je… setelah niat, membasuh muka, membasuh kedua tanga hingga ke siku, menyapu air ke kepala, membasuh kedua kaki hingga buku lali dan tertib. Kalau semua bahagian tadi rata.. dah kira sah wuduk kita.

Cuma ada bahagian sunatnya – membasuh tangan, berkumur, sapu air ke hidung, menyapu semua bahagian kepala dan telinga. Dan rasanya tidak basah kuyup kalau semua bahagian ini diratakan…hmm… sebab tu, ada orang boleh ambil wuduk dengan hanya segelas air ..!

Monday, May 7, 2007

Punca Utama Keguguran


Apabila seseorang itu pernah mengalami keguguran dalam proses kehamilan, pasti kesan ke atas emosi dan psikologinya memerlukan masa yang lebih untuk kembali kepada emosi yang normal... walaupun tak pernah lagi saya merasainya, tapi saya dapat memahami perasaannya tika itu.

Rasa marah, tak percaya, bersalah, sedih, tertekan dan sebagainya pasti membuatkan seseorang wanita itu merasa sedikit tertekan dan emosi terganggu... Kala inilah, peranan seorang suami amat penting untuk memberikan keyakinan kepada si isteri untuk teruskan kehidupan seperti sedia kala.

Adalah normal sebenarnya bagi seseorang itu merasa sedih selepas berlaku keguguran. Rasa kasih dan sayang yang telah dikorbankan sepanjang proses kehamilan tidak dapat ditukar ganti dengan apa-apa pun.. tapi hendaklah kita sentiasa bersikap redha... redha terhadap ketentuan illahi. Allah swt hendak menguji tahap kesabaran seseorang dan dengannya keimanan kita ditingkatkan sekiranya kita sabar dan redha.

Terdapat beberapa faktor sebenarnya yang menjadi punca keguguran.. anatarnya ialah...:

Umur

Risiko kepada wanita yang hamil terlalu awal iaitu kurang daripada usia 15 tahun dan yang berusia lebih daripada 35 tahun.

Kemalangan yang tidak diingini

Termasuklah kemalangan jalan raya yang serius, terjatuh dan cedera. Kaalu kita bergerak dengan pergerakkan yang terlalu aktif pun tak leh juga seperti berlari, memanjat dan naik tangga turun tangga yang tinggi dengan kerap di awal kehamilan. (Ada juga petua ; kata orang masa hamil 9 bulan tu molek naik tangga turun tangga.. cepat bersalin nanti...)



Rahim tidak kuat

Ada juga sesetengah wanita mempunyai rahim yang tidak kuat dan tidak berupaya untuk menampung berat kandungan yang semakin hari semakin membesar.

Jangkitan kuman

Keguguran juga boleh berlaku akibat jangkitan kuman seperti virus, dan kuman akibat penyakit kelamin.

Pemakanan

Orang tua dulu kata bila mengandung tak boleh makan buah nenas dan rebung. Tapi kesahihannya masih tidak di ketahui. Tapi ada kes yang berlaku di mana keguguran berlaku di sebabkannya. (kalau tengok drama dalam tv.. kan ada mak mertua dia tak suka kat menantu ni sampai nak bunuh cucu dia dalam kandungan.. dia bagi makan buah nenas.. saya tak ingat cerita apa - tapi tak boleh nak buat hujah kan, sebab tak tahu betul ke tak... tapi seeloknya jauhlah daripada memakan 2 jenis tumbuhan ni).



~~ Semoga bermanfaat~~

Sunday, May 6, 2007

Wanita


Wanita merupakan perhiasan.. wanita juga sentiasa mahukan perhiasan... tapi, perhiasan sebenar ialah wanita yang solehah.. hmm, laman srikandi kali ni ingin membawa anda seketika ke alam wanita... (jika anda wanita, renung-renungkan dan jadikan ia sebagai iktibar... jika anda bukan wanita, jadikan ia sebagai ilmu).

Semua wanita makruf bahawa menutup aurat baginya adalah wajib dari semua angota badan kecuali muka dan tapak tangan... (tapi ada juga yang buat-buat tak tahu sedangkan dia tahu). Islam menetapkan hukum ini tentu ada asbab dan hikmahnya..semuanya untuk maslahat kita, bukannya untuk menyusahkan kita.

Ramai kan sekarang wanita mencukur bulu keningnya..? berpakaian tapi seperti tidak berpakaian... dedah sana.. dedah sini.. tudung labuh di jadikan singkat...pakai baju seperti balut buah nangka... macam-macam lagi le.. mereka berbuat demikian seolah-olah seperti tiada apa-apa... tahukah mereka bahawa Allah murka atas perbuatan ini? Apalah gunanya jika hidup kita.. hidup dalam kemurkaan Allah swt.. takde rahmah dan berkah ...

Cuba renung sejenak beberapa anggota badan kita serta dalil ke atasnya.. :

1. Bulu kening
“Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-Nur: 31.

4. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

5. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

6. Gigi
“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

7. Muka dan leher
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.”


8. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat Muslim dan Bukhari.

9. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

10. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31.

Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

11. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. '

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

12. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” AnNur : 31.

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” Riwayat Al Bazzar.

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

13. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab :59.

Semoga dapat di jadikan pedoman...

Saturday, May 5, 2007

Menjaga Masa

Eh, macammana engkau buat ek? nak jaga anak, nak jaga suami…. nak kerje lagi.. study lagi…? Macammana engkau bahagikan masa yer? Soalan ni selalu berlegar dalam perbualan di kalangan isteri-isteri yang rasa tak cukup masa untuk menguruskan banyak hal (dan dia pun tahu bahawa dia bukannya superwomen..). Bahkan sesiapa pun sering berkata… “saya tak cukup masa!” (hmm… saya sendiri pernah menyatakan demikian..hehe, maklumlah masa tu memang rasa tak cukup masa).

Tapi perlu kita ingat bahawa Allah swt menjadikan kita sebagai hamba yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak mengikut perancangan yang kita buat dengan baik dan sempurna. Dalam dunia ini, Allah swt bagi masa 24 jam untuk kita dalam sehari... tak de seorang pun yang duk atas muka bumi Allah ni dapat 23 jam atau 25 jam dalam sehari…. (ke ader orang yang dapat 25 jam sehari? kalau ada, bagila setengah jam untuk saya….erkk)

Dalam hadis sohih ada menyebut… hadis daripada riwayat Imam Bukhari yang bermaksud :

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah S.A.W memegang bahuku seria bersabda : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebahagian seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : apabila kamu berada pada waktu petang , jangan tunggu menjelangnya waktu pagi . Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang , gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati .

Maka, elok untuk kita menjaga dan menguruskan masa supaya penggunaan masa dapat dimanfaatkan sebaik mungkin... cuba dahulukan apa yang perlu di dahulukan.. perkara yang kurang penting di kesampingkan dulu… yelah.. takkan nak buat juga kalau perkara tu memang dah takde faedah langsung. Rugila kalau buat gitu.. ibarat mencangkul angin. Semoga kita tidak termasuk dalam kategori orang-orang yang rugi. Di bawah ada sedikit teknik bagaimana untuk kita menggunakan masa dengan efektif :

Merancang penggunaan masa.

Masa merupakan satu elemen penting kepada manusia sehinggakan Allah swt ada menyebutnya di dalam al-Quran. Penyediaan jadual waktu adalah cara terbaik untuk menjadikan penggunaan masa lebih efektif dan sistematik . Apabila kita sering merancang penggunaan masa, dengan sendirinya kita dapat mengimbang di antara benda yang penting dengan benda yang tidak penting. Dengan cara begitu, kita dapat memperuntukkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan menjauhi aktiviti yang tidak berfaedah.


Pengurusan masa dengan bijak.

Apabila kita ada masa lapang… gunakannya untuk tujuan yang berfaedah dan cubalah untuk sentiasa mengkreatifkan masa dengan pelbagai kegiatan bermanfaat… Paling kurang pun, apabila berada di dalam kenderaan, di perhentian bas atau menunggu seseorang yang tidak kunjunga tiba…. Masa tu, kita boleh membaca buku, surat khabar atau bacaan yang berfaedah. Malah kalau kita ada bawa mashaf al-Quran kita boleh membacanya.. (atau sekadar berzikir… ) yang penting jangan duk saja… selain isi masa dengan benda berfaedah... secara tak langsung kita juga akan dapat pahala, kan ke untung tuh?


Menentukan urusan hidup.

Ada ke kat atas muka bumi ini manusia yang tidak ada urusan dalam kehidupannya? Bila kita fikir… budak kecil pun ada urusannya yang tersendri… mereka bermain dan mempunyai aktiviti yang tersendiri.

Kita sebagai orang dewasa tentunya mempunyai banyak urusan yang perlu dibereskan. Dengan adanya pengurusan kehidupan yang baik kita dapat mendisiplinkan diri dan mengkaji semula kualiti penggunaan masa yang telah kita lalui.

Penggunaan masa yang efektif adalah faktor kejayaan tokoh-tokoh dunia sepanjang zaman. Napoleon pernah berkata : “Rahsia kemenanganku di medan perang tersembunyi di sebalik kelemahan musuh yang tidak tahu nilai masa 5 minit . Sama-sama kita berfikir…

Satu lagi, kita juga boleh menggunakan jadual atau diari.. penggunaannya adalah cara yang efektif untuk mengukur pencapaian wawasan yang telah kita gariskan. Samaada tercapai ataupun sebaliknya…. Paling kurang kita dapat memuhasabahkan diri, betul tak? Apa yang jelas ialah… masa amat berharga… sesaat yang berlalu tidak akan dapat di kembalikan walaupun di bayar dengan segunung emas sekalipun!