Friday, September 18, 2009

sekadar gambar.


Saturday, September 5, 2009

Jualan Murah....


Hari ini merupakan hari yang ke 15 umat islam menunaikan ibadah puasa.. bagaimana dengan "jualan murah" yang ditawarkan oleh Allah swt di dalam bulan ini...? sesama kita muhasabah, dan sebaiknya hendaklah memanfaatkan semaksima yang mungkin apalagi untuk merebut malam lailatul qadr.. bukannya hanya sibuk dengan "lailatul kamdar".. (peringatan utk semua yang muslim termasuk saya sendiri yang terutamanya) hmm, sebab tu biskut raya pun dah siap awal, tak yah nak sibuk-sibuk time 10 tertakhir nanti..

Ramadhan pada tahun ini alhamdulillah, sempat saya mengikuti banyak kuliah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Ahmad Fadhli..(suami kecintaanku) kebiasaannya saya sempat ikut pada kuliah subuh dan tazkirah terawih di malam hari.. (kalau waktu lain tu saya tak sempat nak ikuti- kecuali pada hari isnin lepas bersama dengan YB Latif). aktiviti "mengikut suami" ke mana jua tempat kuliahnya dah lama saya tinggalkan.. (sebab masa dulu-dulu tu saya tak de anak kecil), tapi sejak ada bibik di rumah boleh la...

Marilah kita sesama penuhi amalan yang mulia di bulan ramadhan seperti membaca al-quran, berqiamullail dan beriktiqaf di masjid di 10 terakhir ramadhan. Kepada para isteri, kejutkan suami anda dan ingatkan beliau supaya beriktikaf di masjid... salam ramadhan.