"lepas minum susu,
tidurlah wahai anak-anakku,
ummi nak baca buku,
abi sayang kamu."
Lirik ini tercipta secara spontan apabila saya mengulit si kecil Mujib, dan saya sangat-sangat mengharapkan agar dia tiduuuuur lena.. sebab banyak lagi yang perlu saya buat ulangkaji. exam pun dah tak lama ni. Kebetulan abi diaorang takde kat umah ( kalau tak.. malu aaa nak dodoi macam tu...). hari ini saya memulakan taggungjawab serta amanah saya sebagai seorang pendidik. Teringat pada sabda Rasulullah saw yang maksudnya: "Tiada iman bagi yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya." (Hadis ini diriwayat oleh at-Tabrani, dinilai sahih oleh Albani). Semoga...
Berbalik kepada persoalan tentang bekalan seorang pendakwah … Mungkin posting kali ini agak "berat" untuk di baca. Sesetengah orang tu, kalau dengar perkataan ni pun dah rasa janggal,tak tahu lah apa yang menjanggalkan dirinya.. Pun bagaimana walau (perkataan sebenarnya - walau bagaimana pun) perlu kita memahami sifat-sifat sebagai seorang pendakwah. Paling tidak pun, ia menjadi satu momentum buat yang mahu dan sebagai sesuatu yang bermanfaat.insyaallah..
Pendakwah dan melaksanakannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diamalankan kecuali ianya di miliki oleh seorang pendakwah yang benar-benar komited dengan perjuangan islam. Ia dapat dirumuskan sebagai 5M.
Mu'ahadah
Dengan sifat ber mua'hadah, dengan cara mengingati dan merenungi perjanjian dengan Allah swt dapat memberikan rasa hibah dan takut serta gentar dengan Allah. Bila dah seseorang tu ada sifat ini, pastilah ada kekuatan jiwa untuk berkhidamat di jalanNya, walaupun tanpa "komisyen".
Muraqabah
Merasakan pengawasan Allah tu ada. Dengan adanya perasaan ini ia dapat membendung kecenderungan hawa nafsu yang jahat dari melakukan sesuatu yang mungkar.
Muhasabah
Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahawa beliau berkata, 'Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Tirmidzi, ia berkata, 'Hadith ini adalah hadith hasan')
Seorang pendakwah perlu menghisap dirinya setiap kali berlalu dan berakhirnya segala amalannya, adakah amalannya ikhlas, hanya menuntut keredhaan Allah, atau adakah perasaan riya' dalam amalannya. Muhasabah jika sering di lakukan, ia akan lebih membuatkan diri seseorang lebih dekat padaNya.
Mua'qabah
Memberi hukuman ke atas dirinya sebab seseorang tu rasa lalai atau alpa dalam beribadat. Bagi seseorang pendakwah, jika dia merasakan dirinya melakukan sesuatu kelalaian atau terlanjur melakukan sesuatu kesalahan, dia akan terus beristighfar memohon keampunanNya dan menangisi kekurangan dirinya serta membayangkan betapa dahsyat hukuman di
Mujahadah
Menghidupkan rasa kesungguhan dalam diri seseorang pendakwah melawan hawa nafsunya ke arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah, berusaha menambah dan melipat gandakan ketaatan kapada Nya.