Sunday, December 21, 2008

missed abortion - Dia yg m'jadikan segalanya

Seharian semalam saya banyak berada di luar rumah. menemani ibu saya yang keseorangan di rumah di guchil bayam. kemudian menemani suami saya ke majlis perasmian penutup BABA (bengkel asas bahas arab). kemudian terus ke majlis perkahwinan kakti di pulai chondong, bersama kami juga muhib dan mujib. penat melayan kerenah anak-anak di tempat orang. apalagi utk mengejar muhib yang tak betah duduk diam dan suka menangis. saya seperti biasa, berlari ke sana ke mari..

Dalam perjalanan ke pulai chondong, panik juga apabila saya period sedangkan telah sah pregnant 2 bulan lebih. hari ini saya ke klinik, saya keguguran rupanya... sebentar saja baby ada dalam perut.. Dia yang menjadikan, Dia juga yang mentiadakan...

'missed-abortion' iaitu keguguran yang berlaku secara tiba-tiba. Ia merujuk kepada usia kandungan dari 1 minggu ke 28 minggu secara amnya. Pelbagai sebab yang memungkinkan berlakunya keguguran. seperti ketidak seimbangan hormon atau jangkitan kuman terhadap janin, atau sebagainya.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

  • Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
  • Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
  • Pendarahan yang berketul-ketul· Sakit perut berpanjangan
  • Keluar lendir yang berbau dari faraj
  • Demam melebihi 38 darjah C

SELEPAS KEGUGURAN

Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu

· Jangan gunakan tampon

· Jangan douche vagina anda

· Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.

· Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran

Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

DILATATION AND CURETTAGE (D+C).

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.


PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN - NIFAS ATAU TIDAK?

Sekiranya seorang perempuan mengalami keguguran dan pendarahan, perlukah dia mengerjakan solat?

Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada jenis darah tersebut: nifas atau tidak? Para ulamak pernah mengemukakan syarat berkenaan perkara ini: "Jika perempuan itu melihat darah selepas melahirkan sesuatu yang menyerupai rupa bentuk manusia, maka ia adalah nifas, tetapi jika dia melihat darah selepas melahirkan sesuatu yang menyerupai gumpalan darah beku (nutfah atau 'alaq), maka ia bukanlah nifas." (al-Mughni ma'a al-Sharh al-Kabeer, 1/361).

Dalam kes yang kedua, ini dipanggil istihaadah (darah penyakit) dimana perempuan tersebut perlu mengambil wuduk untuk setiap kali solat hanya setelah masuk waktu solat dan kemudian bersolat. Jika apa yang dilahirkan itu ialah janin yang sudah cukup sifatnya atau yang sudah mempunyai sebahagian rupa bentuk anggota badan seperti tangan ataupun kepala ,maka darah itu adalah nifas. Jika perempuan itu mengatakan semasa di hospital mereka telah mengambilnya dan membuangnya dan dia belum sempat melihatnya, maka para ulamak mengatakan bahawa jangkamasa yang paling singkat untuk anggota badan janin terbentuk ialah 81 hari daripada tarikh mula hamil. (Majmoo'at Fataawa al-Shaykh ibn 'Uthaymeen, 4/292).

Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh 'Abd-Allaah ibn Mas'ood (r.a) yang menyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w), seorang yang sentiasa bercakap benar, bersabda: "Tiap-tiap manusia diolah kejadiannya didalam perut ibunya selama 40 hari kemudian 40 hari lagi menjadi 'alaqah (segumpal darah) kemudian 40 hari lagi menjadi mudghah (segumpal daging) lalu Allah menghantar malaikat untuk meniupkan roh dan disuruh menuliskan 4 perkara untuk hari depan si bayi: a. tentang rezekinya. b. tentang ajalnya. c. amal perbuatannya. d. nasib celaka (dimasukkan ke dalam neraka) atau beruntungnya (dimasukkan kedalam syurga)..." (Lafaz ini diriwayatkan oleh al-Bukhaari, Fath, 6/303).

Mana-mana perempuan yang menghadapi masalah ini harus mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui situasi sebenar mereka.

Berkenaan dengan darah yang keluar waktu hampir-hampir bersalin: jika ia disertai dengan kesakitan semasa bersalin , maka ia adalah darah nifas, jika tidak, ia bukan. Shaykh al-Islam Ibnu Taymiyah (rahimahullah) berkata: "Apa yang perempuan lihat (darah) semasa sakit bersalin bermula itulah nifas. Apa yang dimaksudkan disini ialah kesakitan semasa proses beranak yang disusuli dengan melahirkan anak; jika ini bukan kesnya maka ia bukanlah nifas." (Majmoo' Fataawa Ibnu 'Uthaymeen, 4/327).

Tuesday, December 9, 2008

SaLAm aiDiL AdhA ...


Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam, semoga pengorbanan kita di terima di sisi Allah swt. Kepada yang berada di tanah suci, semoga selamat kembali ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur...

Sunday, December 7, 2008

9 zulhijjah..


"Puasa hari Arafah iaitu 9 zulhijjah (bersamaan 7 disember 2008) itu menghapuskan dosa 2 tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang" - riwayat muslim

Sunday, November 30, 2008

always look at the good things..


Demam, batuk dan selsema boleh kita ubati. Sakit kulit, gatal ker apa ker jugak boleh kita ubati dengan pelbagai jenis ubat yang ada di pasaran. Tapi kalau sakit berkaitan dengan sindrom autisme ni , setakat ni tkde lagi yg dapat pulihkannya, ini kerana ia bekaitan dengan psikiatri. dalaman.. kejiwaan… dan psikologi. Susah utk orang nak faham dan mengerti diri Muhib sebab dia kelihatan normal ( tiada yg dapat faham Muhib selain saya dan abinya.. dan saya benar2 harapkan sokongan keluarga terdekat).

Sedihnya saya lihat, apabila Mujib yang berusia 1 tahun 4 bulan memanggil “abe… abe… “(panggilan utk anak sulong kami, Muhib). Namun, Muhib buat tak tahu sajer. Situasi ini sering berlangsung di rumah membuatkan saya sering menangis. Sering saya utk pujuk diri sendiri : "Muhib mesti akan dapat bercakap dengan fasih pasni”, tetapi apa yang Muhib buat hanya bermain seorang diri… jika adiknya ada bersamanya, dia akan beralih kearah lain. Jika adiknya merampas barang mainannya, dia akan pasrah dan ambil barang lain.

Susahnya hati saya apabila dia sukar utk makan dan sukar utk tidur malam. Kalau dah tak makan, dia akan menangis menjerit jer.. so, saya bagi dia makan la kerepek atau biskut. kalau nak makan pun sedikit jer nasi putih.. kalau saya taruh eksesori lain dalam nasinya, dia terus tak mahu. Susah bagi di nak makan.. jadi macamnana saya nak buat diet GFCF utk dia.??

Tapi apa yang saya heran, kalau saya nak ke mana-mana.. dia tahu pulak utk bawak barang2 yang dia inginkan.. siap bawak 3 botol susu dan tin biskut yang dia suka tu… selalu macam tu. Dan apabila saya drive, dia tahu kalau saya gi ikut arah lain.. dia agak sensitive pasal arah.. dia nampak lain jer (dah dia tak boleh nak cakap).

Semalam kami membawanya utk “berubat” dengan makcik bidah.. suami macam tak berapa setuju.. tapi kami pergi jugak sebab dia bukan pun baca apa2 yang pelik.. saya dapat tau makcik ni pandai menubati kanak-kanak yang bengkak hati.. tak boleh bercakap, dan sebagainya, tapi Muhib tak mahu duduk umah orang.. dia menangis dan mengamuk jer.

Kehidupan saya kini agak berubah setelah Muhib didiagose sebagai mild autisme sejak beberapa bulan yang lalu. 25 November bebaru ni cukup 3 tahun dia (happy bitrhday anakku.. semoga kau cepat dapat bercakap dengan fasih nanti, ummi tetap menanti saat itu). Saya sering mencari maklumat tentang autisme.. berkongsi dengan parent yang ada anak istimewa ini merupakan rutin harian saya. Dan memang saya tak boleh nak tahan air mata dari terus mengalir kalau berdepan dengan anak istimewa macam ni. semoga kita sama2 bersabar...


Cuti sekolah... boleh dikatakan setiap hari saya membawanya mengikuti speech therapy (under encik Syahrul ikram) atau occupation therapy (under Hasniety) dalam 2 minggu ini. Saya sanggup utk membawa Muhib ke HUSM, dapat appoinment 2 kali seminggu utk OT. telah lama kami membawanya 2 kali setiap 1 minggu. kini, saya dapat faham sikit sebanyak tentang dunia autism, so saya kurangkan kepada 1 kali seminggu utk ke OT. tapi cukupkah kalau saya sajer yang faham "dunia" ini?

Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang itu jika dia sendiri tidak mampu utk menerima keadaannya. Begitulah hakikat sebenar dalam kehidupan di atas dunia ini, kita sering di uji dan ujian itu Allah tak akan bagi kalau kita tak mampu nak pikul. So, kita perlu menjadi hambaNya ang bersyukur dengan cara bersabar, berikhtiar dan berusaha untuk pulih. Firman Allah yang bermaksud :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-ankabut:2-3)

antara info pasal autisme :
http://www.scribd.com/doc/4810409/Autisma-siap-edit

P/S : Saya nak tangguhkan pekerjaan dan pengajian saya...?? utk sebuah pengharapan..

Thursday, November 27, 2008

Monday, November 3, 2008

Friday, October 24, 2008

Husnul Khatimah

(gambar - mati ketika di dalam solat, sujud.)


Husnul Khotimah (Penyudahan Yang Baik)


Umat Muslim pastinya mahukan kesudahan hidup kita adalah penyudahan yang baik. Perlunya kita berdoa dan melakukan amal kebaikan sentiasa, menjaga perkara mungkar dan sentiasa mengharapkan keampunan dari Allah. Bahagianya kita jika kita berakhir dengan penutup yang baik. Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:

Sempat mengucap dua kalimah syahadah,berpeluh didahi.
Sabda Rasulullah: Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi. (Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi)

Mati pada malam atau hari Jumaat.
Sabda Rasulullah: Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

*Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).

*Diselamatkan dari seksa kubur.

*Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.

*Diperhiasi dengan iman.

*Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).

*Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
(Riwayat oleh Tarmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Mati kerana melahirkan anak, Mati kerana taun.
Sabda Rasulullah: Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). (Riwayat oleh Muslim)

Mati akibat sakit perut.
Sabda Rasulullah: Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.
(Riwayat oleh Muslim)

Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

Mati terbakar
. (Riwayat At-Tabrani)

Mati dalam nifas.
(Riwayat At-Tabrani)

Mati kerana sakit TB.

Sabda Rasulullullah: Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.
(Riwayat Tabrani)

Mati akibat luka perang di jalan Allah.
Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga.(Riwayat Daud)

Mati mempertahankan harta.(Riwayat Bukhari.)

Mati kerana mempertahankan diri.
Sabda Rasulullah: Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. (Riwayat Abu Daud)

Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.

Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu
(ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

Berkata Abu Laith - Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:

*Menjaga sembahyang 5 waktu.
*Banyak bersedekah.
*Banyak membaca Al Quran.
*Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

*Meninggalkan dusta.
*Meninggalakan sifat khianat.
*Meninggalkan sifat mengadu-domba.
*Menjaga kencing.

lepas SMU,PMR dan PMRU




Saturday, October 4, 2008

Gambar Kanak-kanak raya

Amalina... cak! Muhib tak nak bergambar..

Mujib menanti hidangan pagi raya... :-)

dah hilang dah kopiahnyer.. alahai.

Mujib dan Irfan tengok tok pa ker tuh??

Puasa enam di bulan syawwal

Assalamualaikum semua... salam aidilfitri dari kami buat semua sahabat... semoga dapat pertingkatkan lagi amalan kita... posting kali ni just copy paste jerk.. ehekkk (tuan empunya tulisan ni ada bagi keizinan utk saya), tapi di harapkan berguna dan bermanfaat buat kita setelah meraikan hari raya aidilfitri utk tidak lupa kepada puasa enam :-)


Puasa enam di bulan syawwal

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaam di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawwal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.
Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawwal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Di dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha’ dan puasa enam hari di bulan Syawwal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan pausa yang satu? Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha’ dan puasa enam dengan berniat puasa qadha’ dibulan Syawwal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha’ terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha’ sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.

Di dalam kitab As-Syarqawi ‘Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qadha’ yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawwal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam.

Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawwal. Namun, pahala yang diperolehi tentulah kurang daripada orang yang benriat kedua-duanya sekaligus. Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardhu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekaligus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qadha’ akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha tuhannya.

Persoalan seterusnya, bagaimanakah jika seseorang khususnya wanita ingin berpuasa secara berasingan di antara puasa enam dan puasa qadha’, yang manakah yang sewajarnya didahulukan? Adakah di dalam kes ini kaedah mendahulukan yang wajib dipakai? Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi iaitu salah seorang ulama AL-Azhar menyatakan, puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan di dalam bulan Syawwal sahaja. Adapun puasa qadha’, seseorang itu bebas melakukan di dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan datang. Ini bertepatan dengan amalan Ummul Mukmin Aisyah RA yang berpuasa qadha’ di bulan Sya’ban dan diperakui oleh Rasulullah SAW dan dikira sebagai sunnah taqririyyah. Namun, jika ia menggabungkan kedua-duanya sekaligus, ia juga diharuskan.

Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama melakukan ibadat puasa enam yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ini. Samada ingin menggabungkan puasa enam dengan puasa yang lain atau ingin melakukannya secara berasingan, itu terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan yang ada pada diri kita. Apa yang penting ialah kita ingin ia menjadi saksi di hadapan Allah SWT nanti sebagai tanda bahawa diri ini benar-benar ingin mencari dan memburu keredhaanNya. Semoga kita dimasukkan di dalam golongan yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

Ahmad Fadhli bin Shaari,
Kuliyyah Dakwah Islamiyyah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.
24 November 2003 / 30 Ramadhan 1424

catatan : pendapat Syeikh Atiyyah Saqr dan Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi dirujuk di dalam laman web www.islamonline.net

Sunday, September 21, 2008

Detik kematian


-Perkara-perkara sunat dilakukan selepas roh keluar dari jasad-



Detik kematian


Tertulis kematian

Pada suratan kehidupan

Namun hanya Allah yang tahu

Bilakah ajal bakal bertamu


Detiknya menghampiri

Tanpa petanda yang menanti

Bila tiba saatnya nanti

Tak siapa dapat melarikan diri


Itu hakikat dan kepastian

Hadirnyanya tidak pernah kita alukan

Tua dan muda , miskin dan kaya

Semua insan pasti melaluinya


Sakit dirasa tidak terkata

Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya

Hanya amalan bias redakan

Beban derita diambang kematian


Denyutan nadi akhirnya terhenti

Bersama nafas yang tak terhela lagi

Kerana jiwa meninggal pergi

Pulang kembali untuk mengadap illahi


Dari Allah kita datang

Kepadanya kita pasti pulang



Sama-sama kita doakan semoga penutup kehidupan kita adalah penutup yang baik iaitu husnul khatimah.. insyaallah


Monday, September 8, 2008

Minda kanak-kanak autisme lebih tajam


Minda kanak-kanak autisme lebih tajam

KUALA LUMPUR 14 Julai - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran mendapati kanak-kanak autistik (menderitai autisme) mempunyai ketajaman minda yang lebih hebat berbanding kanak-kanak normal.


Penolong Pengarahnya, Abdul Rahaman Mohd. Darus berkata, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan golongan terbabit, mereka didapati mampu mempelajari dan mengingati perkara yang mereka minati dengan cekap dan cepat tanpa sebarang bantuan daripada tenaga pengajar.


"Saya pernah menemui seorang kanak-kanak autistik berbangsa Cina yang berumur 12 tahun, mampu menulis lima baris doa harian yang tertulis pada dinding sebuah kelas Pendidikan Islam dengan lengkap baris tajwidnya tanpa diberi latihan khusus.


"Kami hanya menyedari kelebihan kanak-kanak itu selepas tiga tahun beliau secara rutin melintasi kelas Pendidikan Islam tersebut untuk menghadiri kelas pendidikan moral yang bersebelahan dengannya," katanya selepas majlis perasmian Seminar Mempertingkatkan Kesedaran bagi Kanak-kanak Autisme di sini semalam.


Namun begitu, beliau berkata, kelemahan komunikasi golongan autistik adalah punca ibu bapa mereka gagal mencungkil kebolehan yang tersembunyi itu.


Katanya, minda golongan autistik boleh menyerap perkara tertentu yang berlaku di sekeliling mereka dengan cepat walaupun secara zahirnya mereka kelihatan seolah-olah dalam kebingungan.


Bagaimanapun, Abdul Rahaman berkata, golongan itu lebih suka berada dalam dunianya sendiri dan degil untuk berkomunikasi dengan masyarakat menyebabkan mereka dianggap membebankan dan berpenyakit bagi sesetengah pihak.


"Apa yang lebih merisaukan ialah jika golongan autistik ini tidak dilatih dengan betul, mereka

berkemungkinan akan hilang tumpuan kepada semua perkara yang ada di keliling mereka," katanya.


Oleh itu, katanya, ibu bapa diharap dapat mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran agar mereka dapat dilatih untuk berkomunikasi secara normal.


Sementara itu, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak berkata, kehadiran pakar-pakar dari Kementerian Pelajaran diharapkan berupaya membantu golongan terbabit.


Beliau berkata, seminar seperti itu membolehkan ibu bapa mengetahui cara yang lebih efektif untuk membimbing anak-anak autistik.


Golongan autistik mula dikesan sejak tahun 1960-an dan didapati kanak-kanak golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak biasa serta mempunyai bakat yang tersendiri seperti melukis, fotografi serta menyanyi.

- Bernama

Monday, August 25, 2008

Autisme -Harapan pulih masih ada!


Bismillah.


Assalamualaikum... Kepada semua ibu bapa yg mempunyai anak istimewa autisme, bersabarlah dengan ujian Allah.. Terapi anak dengan sebaiknya, jangan sesekali salahkan diri sendiri, itu semua ujian Allah yg ingin menguji ketabahan anda! mungkin Allah akan gantikan kesusahan ini utk kenikamatan yg lebih abadi.. sedikit maklumat yg saya copy paste..


Autisme mungkin tidak ada dalam senarai perkataan yang biasa digunakan tetapi jangan terkejut atau hairan kerana kanak-kanak seperti ini mungkin ada di sekitar tempat tinggal anda.


Keadaan fizikal kanak-kanak autisme yang normal seperti kanak-kanak lain membuatkan kelainan yang ada pada mereka sukar dikesan melainkan anda melihat beberapa gejala biasa yang mungkin ada pada mereka.


Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zasmani Shafiee, autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu.


Katanya, kanak-kanak autisme ini biasanya menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ.


Autisme merupakan satu masalah biologikal yang mengganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Sehingga kini tiada ubat-ubatan khusus yang boleh mengatasi nya.


“Kajian menganggarkan 75 peratus daripada kanak-kanak autisme mempunyai masalah rencatan akal sementara 25 peratus mempunyai IQ seperti kanak-kanak normal dan ada ketikanya mencapai IQ yang begitu tinggi.


“Kanak-kanak autisme yang mempunyai IQ tinggi ini biasanya cukup bijak di sekolah terutama dalam bidang yang membabitkan kekuatan hafalan tetapi apabila menyentuh aspek bahasa, mereka agak lemah,” kata beliau.


Dr. Zasmani menerangkan demikian dalam ceramah bertajuk Apakah Autisme dan Kepentingan Pengesanan Awal pada seminar autisme yang dianjurkan oleh Persatuan CHILD dan dibiayai oleh Yayasan Pendidikan Progresif Sabah di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


Biasanya kanak-kanak seperti ini tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya tetapi mereka mempunyai kemahiran yang begitu baik dalam bidang muzik, lukisan dan matematik.


“Saya pernah memberi kaunseling kepada seorang remaja autisme yang begitu bijak terutama dalam mengingati tarikh, saya mengujinya dengan memberikan tarikh lahir saya dan dia dapat memberi hari saya dilahirkan dengan betul.


“Di samping itu saya juga memberi tarikh-tarikh lain untuknya dan amat menakjubkan dia dapat menekanya dengan betul, ini membuktikan ada ketikanya mereka juga mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada kita” jelas beliau.


Keadaan ini membuktikan kanak-kanak tersebut boleh dipulihkan dan menjadi seperti kanak-kanak normal walaupun mungkin mereka akan tetap bermasalah dalam bersosial dengan orang lain.


Kajian menunjukkan dalam 10,000 kelahiran terdapat antara tiga atau empat bayi dilahirkan dengan masalah autisme.


Bagaimanapun, apabila dicampur dengan masalah perubatan yang lain, jumlah ini meningkat tiga kali ganda iaitu 12:10,000 kelahiran.


“Masalah autisme lebih cenderung terjadi di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan iaitu nisbah 4:1,” kata nya.


Kanak-kanak autisme boleh dikenali menerusi beberapa gejala seperti pertuturan yang tidak mempunyai makna untuk difahami oleh orang lain.


Mereka juga sering meniru perkataan-perkataan yang disebut oleh orang lain dengan hanya menyebut perkataan di hujung ayat sahaja (echolalia)


Kanak-kanak autisme tidak dapat memahami apa yang disebut oleh orang lain dan ada ketikanya mereka mungkin dapat bercakap tetapi tidak menggunakan yang sepatutnya untuk berkomunikasi.


Mereka tidak dapat memberitahu apa yang mereka hajati sebaliknya hanya mampu menarik tangan ibu bapa atau penjaga dan membawa kepada sesuatu yang mereka hajati itu, sebagai menyatakan apa yang mereka mahukan.


Dalam masalah perkembangan bahasa pula, mereka mungkin tidak boleh bertutur langsung, boleh bertutur atau boleh bertutur dengan bahasa yang hanya difahami mereka sendiri.


Lazimnya kanak-kanak autis suka melakukan sesuatu perkara secara berulang kali, gemarkan kepada ketepatan dan persamaan dalam semua hal termasuklah mengulang-ulang sesuatu pertanyaan atau perkataan.


Jelas Dr. Zasmani lagi, masalah autisme ini boleh dikesan seawal setahun lebih terutama apabila mereka tidak berinteraksi dengan orang lain sama ada melalui pertuturan, gerak badan atau mimik muka.


Suatu lagi kebiasaan yang boleh diperhatikan, mereka tidak berkebolehan untuk bertentang mata dengan orang lain atau sering memandang sipi, tidak dapat melahirkan perasaan menerusi senyuman, masam atau mengerutkan muka.


Mereka lebih suka bersendirian atau berada dalam dunia mereka sendiri serta tidak tahu mengawal perasaan dan ada ketikanya menjadi agresif atau terlalu aktif.


Menerangkan lebih lanjut, Dr. Zasmani berkata, anak-kanak autisme biasanya tidak mempunyai fikiran abstrak dan tidak pandai berimaginasi, lantas mereka tidak boleh mengagak fikiran orang lain menerusi gerak badan seseorang


“Mereka mungkin tidak faham sama ada kita marah ataupun tidak dengan hanya memerhatikan mimik muka kerana tidak boleh membaca perasaan orang lain seperti kanak-kanak normal,” katanya.


Disebabkan kanak-kanak autisme juga kurang daya imaginasi semasa bermain, mereka lebih gemar bermain sendirian.


Cara mereka bermain juga agak ganjil suka memutar sesuatu objek, gemar mengatur atau menyusun sesuatu benda seperti permainan dan buku.


“Sesetengah kanak-kanak autisme akan meronta-ronta atau menangis dengan kuat apabila kehendaknya tidak dituruti dan keadaan inilah yang membuatkan sesetengah ibu bapa tidak mahu membawa mereka keluar berjalan-jalan,” katanya.


Namun masih ada harapan untuk memulihkan mereka dengan komitmen padu daripada seluruh keluarga dan guru-guru yang terlibat secara langsung.


“Terapi berterusan seperti yang dilakukan di pusat-pusat khas untuk kanak-kanak autisme seperti yang dilakukan di Tadika CitaCita di Kota Kinabalu, Sabah ini membolehkan kanak-kanak ini dipulihkan daripada masalah tersebut, kata Dr. Jasmani.


Bagaimanapun ia memerlukan komitmen daripada semua pihak.


“Perlu diingat lebih awal kanak-kanak tersebut dikesan dan dihantar untuk terapi, lebih besar kemungkinan untuk mereka pulih,” tegas beliau.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa sekiranya anak belum boleh bercakap di usia dua tahun atau tidak menunjukkan perkembangan seperti kanak-kanak lain walaupun pada usia yang lebih muda, mereka bolehlah membawa anak untuk pemeriksaan lanjut.


Sebelum ditentukan terapi bagaimana yang bersesuaian, mereka akan melalui beberapa peringkat ujian termasuk ujian pendengaran.


Jika terdapat beberapa gejala autisme dan ujian lain menunjukkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah tersebut, ibu bapa akan dinasihatkan untuk melakukan beberapa terapi di rumah.


Katanya, program latihan awal amat penting untuk kanak- kanak autisme dan sekiranya mereka dapat berkomunikasi di awal usia, masalah tingkah laku boleh dikurangkan atau dibentuk.


Tumpuan khusus amat penting bagi memastikan mereka benar-benar boleh berkembang dengan baik dan dapat bergaul secara sedikit demi sedikit dengan rakan- rakan.

Wednesday, July 2, 2008

Thursday, June 26, 2008

Tuesday, June 17, 2008

Mengharap redhaMu

Selesai tugasan mengajar di sekolah, saya tidak terus pulang ke rumah, saya masih di meja.. ingin mengambil masa berharga ini utk menelaah subjek " sistem undang-undang di malaysia" , sambil menanti kelas tambahan yang berlangsung kul 3ptg. perjalanan hari ini seperti hari-hari biasa di sekolah kecuali sedikit tekanan kerana saya hampir menempuh peperiksaan tak lama lagi.


Balik dari sekolah saya terus solat asar.. mengemas apa yang patut.. dan.. online... mencari apa sajer maklumat yang saya inginkan, tanpa ketinggalan terus ke pautan web suami saya..


"hujan" tiba membasahi pipi saya selepas membaca posting suami saya hari ini di dalam webnya. saya melihat gambar-gambar lama muhib.. terkenang memori ketika membesarkannya.. senyumamnya.. keaktifannya dulu.. keceriaannya, senyumannya dulu...


Bagaimanakah hati seorang bapa dapat mengungkap bait-bait "syahdu" seperti ini jika tidak kerana sama-sama merasai apa yang saya rasa.. lantas, hati saya yang saya rasa 'kuat' kembali bergelinang.. tapi saya sedar, ada insan lebih sukar dari kami. Ya Rabb.. gantikanlah kekurangan ini dengan kelebihan..



Bicara Buat Anakanda


Lahirmu membawa kebanggaan pada ayah bonda,


Ketika laungan azan Jumaat terbang ke udara,


Kau hadir bagi menyambung perjuangan ayahanda,


Sungguh, hanya air mata abi menjadi saksi,


Sewaktu tangisan pertamamu menerjah ke telinga,


Syukur dan tahmid tidak pernah putus


Kerana hadirnya anakanda…


Kau sudah mula membesar..


Biar apapun bicara mereka


Kau tetap anak kami… ayah dan bonda,


Selagi hayat kami dikandung badan,


Kau akan kami lindungi


Kau tetap buah hati kami


Temanilah kami sepanjang hayat.


Anakanda,


Dindamu memanggil-manggil dirimu,


Ayah bonda menyeru-nyeru namamu,


Ketahuilah, kami akan sentiasa menyayangimu


Walau ke mana kaki kami melangkah,


Hati kami sentiasa bersamamu


Takkan kami biarkan dirimu keseorangan,


Menongkah arus hidup dalam cabaran mengganas ini,


Memang, dunia ini terlampau ganas untukmu,


Namun, kau perlu terus berjuang,


Andai hayat kami berakhir,


Teruskanlah hidupmu wahai anakanda,


Kau punya doa kami,


Dengan izin Allah, kau kan punya adinda-adinda,


Allah akan memeliharamu.


Anakanda,


Bicaramu mungkin tersembunyi di benakmu,


Namun, hari itu pasti akan tiba juga,


Pada saat kamu akan menjadikan hati kami bangga,


Kalau tidak di sini, pasti di sana….


Pembikinan Rumah kami..









Monday, June 16, 2008

Thursday, June 12, 2008

Sekadar Gambar...

Bila tiba malam...
Kempunan nak anak pompuan...
Mujib jadi mangsa.. huh

splash..
di bukit bakar


ok la..
bersama abi... :-)
takut kena flash..
dalam kete.. tak ingat nak gi mana :-)

Mujib ketika berusia 5 bulan
muhib.. muhib.. look here..

Saturday, May 31, 2008

Banyak sebab anak lambat berckp

Oleh Rohaniza Idris

Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak2


AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain.


Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’ walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.


Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.


Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.


“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.


“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya


Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.


Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.


“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)


“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.


Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.


“Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.


Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.


Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.


Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.


Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.


Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.


FAKTA: Percakapan kanak-kanak


  • Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-linguistik).

  • Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.

  • Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’ sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.


  • INFO: Tip membantu anak bercakap



  • Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap!

  • Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas

  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

  • Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

  • Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali

  • Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya

  • Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak

  • Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

  • Monday, May 19, 2008

    Komunikasi yang baik : apakah rahsianya??


    saya mengambil artikel ini tanpa keizinan tuannyer dahulu. kejab lagi saya infom la kat dia.. rasa-rasa tuannyer tak marah.. :-)


    KOMUNIKASI YANG BAIK : APAKAH RAHSIANYA?

    Saya sering ditanya oleh beberapa orang rakan, bagaimana caranya memiliki komunikasi yang baik khususnya di hadapan khalayak? Soalan ini sebenarnya memerlukan satu jawapan yang agak fleksibel bergantung kepada keadaan dan minat seseorang dalam mendalami seni komunikasi. Tambahan pula, saya bukanlah orang yang terbaik untuk bercerita tentang teknik komunikasi, namun setidak-tidaknya saya mempunyai pengalaman yang harus dikongsi dengan ikhwah dan akhawat. Bagi saya sendiri, apa yang telah dicapai di dalam hidup saya bukanlah yang terbaik yang boleh dicapai oleh seseorang, anda rasanya mampu mencapai lebih dari ini sekiranya anda mahu!


    komunikasi adalah seni

    Adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi yang baik ialah satu perkara yang perlu ada kepada setiap individu yang ingin muncul sebagai da’ie. Namun, hakikat yang perlu diakui ialah Allah SWT tidak menjadikan semua individu mempunyai kebolehan semulajadi untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea secara spontan di hadapan khalayak.

    Bagi saya, komunikasi ialah satu seni (art). Sebagaimana seseorang memiliki kemahiran di dalam seni peperangan, melukis, khat malah sukan sekalipun, maka begitulah juga dengan seni komunikasi. Malah kalau boleh saya namakan ia adalah art of speaking. Seni inilah yang perlu di up-date kan dari masa ke semasa sesuai dengan tuntutan zaman.

    Jika timbul persoalan, kenapa anda perlu menguasai seni ini? Jawapannya, masyarakat umum hanya akan mempercayai maklumat yang anda sampaikan jika ia meyakinkan mereka. Namun, bagaimanakah anda boleh meyakinkan mereka seandainya anda sendiri kelihatan tidak meyakinkan? Lebih dari itu, anda tidak mampu mempersembahkan maklumat dengan cara yang terbaik. Seni komunikasi yang baik ialah kunci kepada persembahan maklumat yang berkesan! Saya umpamakan seperti seseorang yang menjual ubat di jalanan, kaedah dia mempersembahkan produknya itulah kadang-kadang merupakan faktor utama untuk melariskan jualan. Ia berbeza dengan seseorang yang tidak mampu mempromosikan produk dengan baik, sekalipun produknya memang baik, ia tidak mampu dijual dengan laris.

    Berdasarkan pengalaman dan fakta, saya akan cuba menghuraikan beberapa rahsia asas dan kaedah-kaedah berkomunikasi dengan baik dan memberikan ucapan yang sempurna.


    Apakah Rahsia Asas Untuk Menguasai Seni Komunikasi Dengan Baik?


    Pertama : Sekitar 10 tahun yang lampau (1993 : umur saya 13 tahun), ketika saya baru saja menjejakkan kaki ke alam remaja, satu cita-cita terpahat di dalam diri saya, aku mesti menjadi ahli komunikasi yang baik! Cita-cita ini terpahat di dalam diri saya buat beberapa lama sehinggalah saya mempunyai hak milik ke atas duit saku saya sendiri untuk membeli kaset-kaset ceramah dan sebagainya. Waktu itu, saya mempunyai beberapa penceramah yang menjadi idola peribadi saya. Saya mula mengkaji bagaimana penceramah-penceramah ini mengemukakan ideanya dengan cara yang berbeza antara satu sama lain. Lalu, timbul keinginan di dalam hati saya bahawa saya perlu memiliki kemahiran ini. Saya simpulkan, rahsia pertama ialah keinginan! Tanyalah diri sendiri, mahukah anda memiliki komunikasi yang baik. Kalau ya, anda sebenarnya sedang menerokai jalan untuk berjaya, dan anda sudahpun 50% berjaya! Malangnya kalau tidak, rencana ini bukanlah untuk anda!


    Kedua : Anda perlu mempunyai ‘sesuatu’ untuk dinyatakan. ‘Sesuatu’ yang dimaksudkan bahan. Seorang penceramah yang baik tidak seharusnya hanya mempunyai bahan-bahan yang sama sahaja untuk diulangi di tempat yang sama. Bagaimanakah anda boleh mengumpulkan bahan-bahan seperti ini? Ia sebenarnya tidaklah terlalu payah di zaman teknologi dan maklumat seperti sekarang. Anda boleh bercerita tentang kisah-kisah di dalam Al-Quran dengan membaca kitab-kitab tafsir yang mudah didapati di perpustakaan. Anda juga boleh bercerita tentang isu-isu semasa dengan hanya membelanjakan sedikit wang untuk membeli akhbar-akhbar. Anda juga mungkin boleh membeli kaset-kaset penceramah yang sudah agak terkenal dan mengkaji bagaimanakah metodologi pendekatan mereka mengemukakan sesuatu isu. Pepatah Arab juga ada menyatakan : فاقر الشئ لا يعطى


    Namun anda perlu beringat-ingat apabila berbicara tentang agama khususnya kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis. Pastikan apa yang anda sampaikan mempunyai sandaran yang benar-benar kukuh! Jikalau tidak, sekali sahaja anda terlanjur, pendengar akan memandang rendah terhadap anda. Lebih jauh dari itu, anda akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Saya sudah melihat ramai di kalangan penceramah yang baik namun tidak berhati-hati semasa membaca nas-nas daripada Al-Quran mahupun Hadis. Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan menyebabkan kelemahan tertonjol dengan begitu jelas.


    Ketiga : Seterusnya, apabila anda mempunyai keinginan dan bahan, kenapakah anda masih gugup untuk berkomunikasi di hadapan khalayak? Jawapannya, anda memerlukan latihan. Biasakan diri anda untuk bercakap di hadapan khalayak. Jangan sesekali melarikan diri apabila dipertangungjawabkan. Tidak perlu menunggu medan-medan yang besar (seperti rapat umum) untuk berucap, mungkin sudah cukup dengan kumpulan-kumpulan usrah, kelas pembelajaran dan sebagainya.


    Saya masih ingat latihan yang saya terima untuk membiasakan diri dalam menyampaikan ucapan. Saya dilatih untuk memberikan kuliah di madrasah-madrasah ketika saya berumur 15 tahun. Masih saya ingat guru saya, Ustaz Mohd Mansor Haji Daud - sekarang KPP (Pendidikan) YIK – sering membawa saya ke tempat-tempat beliau menyampaikan kuliah. Beliau diundang untuk memberikan pengisian di dalam program mahasiswa, masyarakat kampung dan lain-lain. Semuanya memerlukan pendekatan yang berbeza. Pendekatan-pendekatan seperti inilah yang didedahkan kepada saya di dalam perjalanan pergi dan balik. Seterusnya, beliau sering mengarahkan saya untuk menggantikan tempat beliau menyampaikan kuliah dan ceramah di lokasi-lokasi yang berdekatan. Apa yang merimaskan, beliau sering memberitahu saya untuk berbuat demikian lebih kurang 10-20 minit sebelum program bermula! Namun, itulah yang melatih saya dan membiasakan diri saya untuk memberikan ucapan tanpa persediaan. Sehingga kini, saya sebenarnya berterima kasih kepadanya keana mendera saya sedemikian rupa.


    Itu hanyalah sekadar pengalaman, saya yakin seandainya kita semua sentiasa mencari peluang untuk melatih diri berkomunikasi di hadapan khalayak, ia mampu untuk menghilangkan gementar dan mengikis gugup. Apa yang menjadi masalah ialah, ramai di kalangan kita sering mengelakkan diri bila ditaklifkan untuk berkomunikasi di hadapan khalayak hatta di dalam kelas sekalipun! Sikap ini ialah sesuatu yang negatif di dalam hidup kita. Untuk berjaya, anda perlu mengikis sikap negatif ini.


    Ketiga-tiga rahsia asas di atas (keinginan, bahan dan latihan) ialah perkara-perkara yang bagi saya tidak dapat tidak harus dimiliki oleh seseorang yang mahu menguasai seni komunikasi. Semakin lama kita berkecimpung di dalam bidang ini, maka semakin kita masak sebenarnya dengan asam garam komunikasi yang akhirnya menjadikan kita manusia yang berpengalaman. Seterusnya, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak petua-petua yang harus anda amalkan apabila berkomunikasi di hadapan khalayak. Antaranya :


    1. Mengawal perasaan gemuruh : anda harus cuba untuk memerangi perasaan ini semaksima yang mungkin. Tidak dapat dinafikan, perasaan ini pastinya akan bertandang tambahan pula jika anda bercakap di hadapan orang yang anda segan dan hormati (berdasarkan pengalaman saya, paling sukar ialah berucap di hadapan guru-guru dan pensyarah kita sendiri). Namun ia perlu dikawal. Anggaplah bahawa anda ingin menyampaikan bahan yang masih belum diketahui oleh pendengar.


    2. Membuka ucapan dengan pembukaan yang baik : Pembukaan yang baik ialah satu keistimewaan yang mampu menarik pendengar untuk mendengar ucapan seterusnya. Ucapan biasanya dibuka dengan kata-kata aluan selepas sedikit puji-pujian kepada Allah, selawat dan doa. Ia satu pembukaan yang cukup sempurna dan bertepatan dengan sunnah. Seterusnya anda perlu mengambil berat mengenai protokol ucapan mengikut keutamaan pendengar dimulai dengan pengerusi majlis sendiri. Pembukaan dan permulaan ucapan yang baik inilah yang membentuk persepsi awal (first impression) pendengar terhadap anda. Agak istimewa juga jika anda dapat memulakan ucapan dengan serangkap pantun, namun ia juga tidak sesuai jika dilakukan sentiasa.


    Elakkan sama sekali menyatakan sesuatu yang membuatkan pendengar menjadai tidak tertarik dengan apa yang akan anda sampaikan. Sebagai contoh, anda menyatakan “Maafkan saya kerana tidak bersedia untuk berucap, ini kerana saya baru saja dimaklumkan..” Perkataan-perkataan seperti ini seolah-oalh anda ingin memindahkan kesalahan dan kecacatan ucapan anda kepada orang lain sekalipun anda bukanlah benar-benar bernita demikian. Buatlah sebaik mungkin dan biarlah pendengar yang menghakimi mutu ucapan anda.


    Jika anda boleh menghafal mana-mana pembukaan ucapan yang biasa diucapkan oleh Rasulullah SAW, itu lebih baik kepada seorang da’ie.


    3. Bahasa yang sesuai : Sesuaikan bahasa yang ingin digunakan dengan keadaan pendengar. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang terlalu tinggi dan intelek apabila berbicara dengan masyarakat umum di kampung-kampung. Ia akan menyebabkan anda ditolak dari awal lagi. Begitu juga jangan menggunakan bahsa kampung yan rendah mutunya bila berhadapan dengan golongan yang terpelajar. Ia akan menyebabkan anda dipandang rendah dan apa yang akan anda sampaikan dianggap sebagai tidak bermutu. Gunakan contoh-contoh bidalan yang berkaitan dengan persekitaran pendengar. Sebagai contoh, apabila anda menyampaikan ceramah agama di hadapan pelajar-pelajar jurusan sains, anda oleh mendatangkan contoh-contoh yang berkait rapat dengan sains yang terdapat di dalam Al-Quran. Jika anda mampu untuk melakukan seperti ini, anda sebenarnya memberikan satu keyakinan kepada pendengar dan juga kepada diri anda sendiri!



    Dalam masa yang sama, anda juga boleh menggunakan sekali-sekala lenggok bahasa yang mempunyai nilai sastera yang tinggi supaya apa yang anda sampaikan benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Pembacaan yang banyak boleh membantu anda dalam hal ini.


    4. Penutup yang sempurna : Apabila anda ingin menutup ucapan, cuba datangkan kesimpulan yang lengkap terhadap apa yang anda sampaikan secara ringkas. Elakkan dari mengamalkan sindrom ‘susah nak berhenti’. Jangan sesekali mengulangi dengan ulangan yang banyak ungkapan ‘Akhirnya....’ dan sebagainya secara berulang-ulang. Apabila anda menyatakan anda ingin menghentikan ucapan, maka lakukan segera tanpa bertangguh-tangguh dan meleret-leret. Lebih baik anda menghentikan ucapan ketika pendengar masih asyik dengan apa yang anda sampaikan daripada anda berucap panjang lebar dalam keadaan pendengar sudah bosan dan melihat jam berulang kali!


    Akhir kata, teori-teori yang saya paparkan ini bukanlah merupakan teori mutlak untuk berjaya. Apa yang penting ialah, semangat ingin mencuba dan istiqomah dengan semangat yang ada. Jangan sesekali lari dari tugas dan dan memilih untuk berada di belakang semata-mata kerana tidak mahu berkomunikasi di hadapan khalayak. Percayalah, orang penakut tidak akan berjaya selama-lamanya.


    www.ahmadfadhli.com

    15 Februari 2003