Monday, April 28, 2008






Sunday, April 13, 2008

Saya perlukan semangat...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum warahmatulah buat teman yang singgah ke blog ini...

(saya alu-alukan pandangan saudara semua tentang autisme.. untuk yang mempunyai anak autisme, saya ingin sangat berkongsi dengan anda... add saya nuryani1781@yahoo.com)

Setelah sekian lama saya tidak menulis di dalam blog... kebetulan, saya tidak bekerja pada hari ini.. terlintas untuk saya menulis (atau mungkin boleh diistilahkan sebagai "luahan perasaan"). Selaku seorang ibu kepada 2 anak kecil yang tidak jauh jurang usia mereka, mengharapkan anak-anak menjadi insan terbaik di dunia dan akhirat. Mengharapkan yang terbaik untuk Muhib selaku anak sulong untuk menjadi ketua keluarga dan akan menjaga adik-adiknya nanti di waktu kami sudah beruban atau sudah tiada di bumi ini lagi.

Bermula Muhib masih dalam awal kandungan, saya mendoakan yang terbaik untuknya.. solat hajat dan qiam sentiasa ada.. semoga selamat semuanya... dan saya perrcaya, semua bakal ibu pun akan buat buat macam tu.... setiap tika saya sering merangsangnya dengan dendangan al-quran dan suara ceramah abinya... setiap hari saya menjadikan kismis, kurma, pistacio dan susu sebagai snek harian saya tika itu... (mengandungkannya saya mengidam buah teratai -selepas menonton rancangan malaysia discovery) alhamdulilah, semasa melahirkannya, saya tidak mengalami apa-apa masalah atau kesakitan yang kuat dan tidak mengambil masa yang lama di labour room untuk melahirkannya.. Saat membesarkannya pun tidak menjadi masalah buat kami... kerana dia tidak banyak meragam... sentiasa tersenyum dan banyak mengeluarkan bunyi, membuatkan kami bahagia...

Setiap masa saya mengajarnya membaca buku, bermain dan menonton pengajaran kanak-kanak melalui internet.. sejak dini saya ajarnya mengadap laptop dan membaca buku. Muhib memang suka belek buku dan kitab-kitab abinya. Perkembangannya pun agak cepat bermula meniarap... merangkak... berjalan.. tapi.. bila bab bercakap ... dia lemah... dia memang suka bercakap sejak tempoh bibling dan sehingga kini. dia hanya menggunakan bahasanya yang tersendiri...

Apa yang saya ingin coretkan di sini sebenarnya.. bukanlah cerita lampau mengenai muhib.. tapi sebenarnya saya sedang dan masih mencari sebab mengapa dia lambat untuk bercakap..

2 april bebaru ni... sambutan hari autisme sedunia... maka, banyaklah artikel di internet dan di tv mengenai autisme... termasuklah juga dalam blog saiful islam pun ada cerita pasal ni.. http://saifulislam.com/?p=1701 tambahan pula, dalam paper hari ni pun ada liputan tentangnya.. membuatkan saya tergerak untuk meluahkannya pada kali ini.

Tika dulu, dia suka berlari ke sana ke mari... dan kekadang melambai-lambaikan tangannya sambil berlari sambil mengeluarkan bunyi.. bunyi itu hanya dia yang faham.. saat itu saya sangkakan itu perkara biasa... (kini.. saya tahu itu ciri-ciri autism).

Tika dulu, dia suka membelek buku-buku dan kitab-kitab abi yang ada di ruang keluarga selama lebih setengah jam tanpa henti... saya sangkakan itu tabiat yang bangus... (kini saya tahu bahawa kalau anak-anak melakukan sesuatu kerja dengan tempoh yang lama.. ia perlukan perhatian dari kita.. sebab itu ciri-ciri autsime).

Muhib memang tak banyak eye contact. itu yang buat saya risau sangat. macam-macam saya buat supaya dia lihat saya bila saya bercakap. tapi tumpuannya pada benda lain. Dia juga seolah-olah buat macam pekak apabila dipanggil. dia suka pegang sesuatu dengan penuh pemerhatian dan kekhusyukan. contonya: ketika dia memegang kereta mainan, seolah-olah dia mengkaji cara kereta itu dibuat.. apabila saya perhatikan gelagatnya.. dia macam banyak berfikir... kalau di taman permainan.. dia asyik memerhati setiap alat permainan.bukannya bermain seperti budak seusia dengannya, sebaliknya terus memerhati dan kekadang dahinya berkerut... lagaknya kekadang seperti orang dewasa!!

Semuanya membuatkan saya menangis... salahkah saya jika saya mahukan anak yang sempurna?

Kalau di tempat kerja.. masing-masing menceritakan tentang anak mereka yang suka berceloteh... alangkah gembiranya hati seorang ibu apabila mendengar anak mereka bercakap.. walaupun pelat.. kekadang kepelatan anak tersebut boleh menjadikan kita gembira dan ketawa.. betul kan?? tapi tidak bagi saya. saya cuma boleh mendengar dan tumpang gembira di atas perkembangan anak-anak rakan sejawat. Semuanya ujian bagi saya.

Tika dulu, ketika dia berusia 18 bulan.. dia bercakap dengan banyak tapi saya tidak faham apa bahasanya.. dan apabila dibandingkan dengan sepupunya... nampaknya, Muhib ada masalah... saya mula bertanyakan pandangan orang.. ramai yang kata.. "takde masalah"... "biasa la".. "perkembangan budak tak sama" ... "mungkin sebab Muhib lambat skit". Saya mula tak sedap hati.. dan saya takkan nak duk diam saja tanpa usaha dan ihktiar... saya melayari internet dan sebagainya... saya terkejut melihat pelbagai artikel mengenai autisme. sejak itu, saya sentiasa menangis dan rasanya kini sudah kering air mata saya. tapi saya tahu itu semua ujian dari Nya..

Selepas itu, saya mulakan dengan langkah awal utk ke hkb.. pediatrik.. hearing dan sejak muhib berusia 2 thn 1 bulan dia menerima terapi speech dari cik wani dan cik amelia... sehinggalah kini. tapi setakat ini doktor takdelah diagnosis autism, cuma dia ada sedikit ciri-ciri autism... dan masih awal lagi utk kata dia mengalami autisme sebab dia baru berusia 2thn 5bulan. Cuma apalah lagi harapan dari seorang ibu... kalau bukan untuk kesejahteraan anaknya... Buat semua teman, doakan lah juga semoga anak saya tidak mempunyai masalah. saya benar-benar perlukan sokongan.... agar terus bersemangat dan tidak putus asa.